CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Koleksi Tudung Duck Vlogger Ini Boleh Bayar Sebuah Kereta?

15-10-2018 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9347| Komen: 50|Original author: Oleh: Whitney

Kredit Foto: AishaLiyana
Bagi perempuan Islam yang berhijab, sudah pasti mereka akan mempunyai pelbagai koleksi tudung kepala. Mana mungkin mereka hanya mengenakan tudung yang sama setiap hari. Tudung kepala bukan sahaja menjadi tuntutan syariat malah turut menonjolkan gaya dan keyakinan diri selain daripada pakaian yang dipakai setiap hari.

Tudung kepala mempunyai pelbagai warna, jenis dan jenama serta harga yang berbeza. Antara tudung kepala yang menjadi kegilaan ramai wanita ialah jenama Duck yang harga mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bagi sehelai tudung. Ia bukan sahaja selesa dipakai tetapi materialnya yang sangat berkualiti dan memberi keyakinan kepada setiap wanita yang memakainya.

Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang seorang Vlogger wanita yang dikenali dengan nama AishaLiyana yang mempunyai begitu banyak koleksi tudung jenama Duck. Dia terkejut melihat koleksi tudung Duck milik wanita itu dan membandingkan dengan koleksi tudung wanita-wanita lain termasuk dirinya yang hanya mampu membuat koleksi tudung yang dijual di pasar malam sahaja. 






Kayanya boleh buat koleksi Tudung Duck!
Ramai netizen wanita yang teruja melihat koleksi tudung yang dimiliki oleh vlogger terkenal itu. Masing-masing mengatakan dia seorang yang kaya kerana harga sehelai  tudung Duck bukannya murah tetapi ratusan hingga ribuan sehelai. 


Wanita mana yang tak mahu tudung Duck?

Tanya sahaja mana-mana wanita, pasti mereka mahukan tudung jenama Duck yang begitu terkenal ini. Netizen turut membayangkan betapa indahnya hidup jika dapat menyarung tudung tersebut di kepala. Lucunya, ada yang siap membuat kira-kira lagi untuk mengetahui jumlah harga semua koleksi tudung Duck milik wanita tersebut. 

Netizen cemburu tapi tak mampu

Status wanita ini sudah pasti membuatkan ramai netizen berasa cemburu. Maklumlah, siapa yang tidak teringin memakai tudung Duck yang menjadi kegilaan ramai wanita tetapi apakan daya, bukan semua orang mampu membelinya dan membuat koleksi seperti Vlogger tersebut. Ada netizen yang berkira-kira untuk membeli tudung Duck tetapi perlu mengutamakan perkara lain yang lebih penting. 



Sekali pandang macam sama je dengan tudung pasar malam

Tetapi, bukan semua wanita yang ambil kisah tentang jenama tudung yang dibeli dan dipakai. Ada juga wanita yang tidak tahu menahu tentang jenama tudung yang dipakai oleh wanita lain kerana bagi mereka, tudung yang dipakai dilihat seakan sama sahaja. 

Jika kalian mampu untuk memakai tudung Duck, apa salahnya kan? Tetapi bagi yang tidak mampu, pakai sahaja tudung kepala jenama apa sekalipun asalkan ia dapat menutup aurat dengan sempurna. Setuju tak? - CARI 

18

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 15-10-2018 12:37 PM
kalau iols satu kaler satu helai dah. kosser nak beli segala shades of maroon, grey tu.
Quote 3480 15-10-2018 12:47 PM
Suka tgk dia susun kaler tudung
Quote idakamaruddin 15-10-2018 12:55 PM
iolss xleh blah ngn aisyah ni kalau x mekap sebijik muka nanny jaga taska..muka cantik sbb mekap ngn fake eyelashes je lbh..kening pn cukur
Quote Artemesiaa 15-10-2018 01:05 PM
Jenis kecik2 susah nak dapatkan semua tu suka berbuat sebegitu
Quote mieymiey 15-10-2018 01:06 PM
Iols selalu shopping tudung dengan mak.
Nak beli pink belacan, mak iols dah bising 'eh ko dah ada tudung warna tu'.
Padahal yang tu pink lain.
Tapi, akhirnya iols tak jadi beli.
Sebab pandangan mak2 kan lagi telus
Quote meklalala 15-10-2018 01:13 PM
ashaliyana tu ashalee ke???
Quote chinta89 15-10-2018 01:14 PM
idakamaruddin replied at 15-10-2018 12:55 PM
iolss xleh blah ngn aisyah ni kalau x mekap sebijik muka nanny jaga taska..muka cantik sbb mekap ngn ...

sepatutnya artikel tu kena ckp pakai make up sekati n eyelashes baru la nampak berkeyakinan. bukan sb pakai duck yg mbuatkan si pemakai kelihatan anggun n berkeyakinan spt kata penulis.


Quote CiliPadiSedap 15-10-2018 01:21 PM
kepala paip rumah kaka pun ada tudung harga RM 2.6 billion. ko mampu?
Quote moonbug 15-10-2018 02:21 PM
Dah dia mampu biarlah
Quote zameyla 15-10-2018 02:28 PM
mieymiey replied at 15-10-2018 01:06 PM
Iols selalu shopping tudung dengan mak.
Nak beli pink belacan, mak iols dah bising 'eh ko dah ada  ...

pandangan mak ko macam aku....
kalau dah ada warna pink, cari warna hijau lak,
tak kira la pink belacan dah ada ke belum...


Quote smeetasmitten 15-10-2018 03:05 PM
Duckie ni keja apa?
Quote mieymiey 15-10-2018 03:17 PM
zameyla replied at 15-10-2018 02:28 PM
pandangan mak ko macam aku....
kalau dah ada warna pink, cari warna hijau lak,
tak kira la pin ...

Gigih jugak aku nak kena explain kat mak.
Hat yang ni gelap sikit, pastel sikit.
Mak aku macam 'eh sama jer pink'.


Quote armin 15-10-2018 03:22 PM
Sponsor kan.. dpt free boleh la buat koleksi mcm ni. Ada je yg sheols beli. Well sheols bertudung so tak kisahla. Ada org kumpul kasut, handbag. Tudung pun actually byk brand lain lawa2. Entah2 sheols ada byk lg tudung brand lain jgk
Quote armin 15-10-2018 03:22 PM
Sponsor kan.. dpt free boleh la buat koleksi mcm ni. Ada je yg sheols beli. Well sheols bertudung so tak kisahla. Ada org kumpul kasut, handbag. Tudung pun actually byk brand lain lawa2. Entah2 sheols ada byk lg tudung brand lain jgk
Quote Lolzer 15-10-2018 03:51 PM
idakamaruddin replied at 15-10-2018 12:55 PM
iolss xleh blah ngn aisyah ni kalau x mekap sebijik muka nanny jaga taska..muka cantik sbb mekap ngn ...

betul ahahahaha
Quote haryatie 15-10-2018 03:58 PM
lahir dlm keluarga yg kaya boleh la...
bersyukur kita dgn apa yg ada
bg aku pakai la tudung brand apa pun kalau org tu da lawa,
kemas, bersih...tudung rm10 pun ttp nampak lawa
Quote insulin 15-10-2018 03:59 PM
Errrrrrr...... Itu cumalah sehelai kain...
Quote idakamaruddin 15-10-2018 04:10 PM

x keje pn duk buat tuto mekap je..pastu sume nak speaking..siap slang tu x tahan

uols tgk muka sheols sblm mekap cane... mmg muka budak2 sgt...

harap fake eyelashes ngn mekap beriya ngn contact lense je buat sheols muka matang
Quote chicozinn 15-10-2018 05:06 PM
Jual la duck ori rega singgit pun aku tetap xnak beli..shawl malas rega lima hengget je idaman ati meollss sbb xpyah kne gosok n xrenyuk

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top