Wanita ini disamun dan dicederakan hingga luka bercucuran. Setelah perompak itu lari, wanita ini ke rumah berdekatan kejadian (Bangsar) untuk meminta pertolongan. Namun penghuni ketiga-tiga buah rumah tersebut tidak menolong sebaliknya menghalau dia yang sangat memerlukan bantuan. Akhirnya, ada individu yang mengenali wanita ini menolong memberikan telefon untuk menghubungi talian kecemasan. Ia tidak terhenti setakat itu kerana dia mendakwa operator tidak tahu berbahasa Inggeris hinggakan terpaksa menaiki perkhidmatan Grab untuk ke hospital. Ada dua persoalan penting di sini iaitu tiadanya keprihatinan segelintir masyarakat kita terhadap kesusahan orang lain dan keduanya ialah operator tidak tahu berbahasa Inggeris? Menurut pemilik status, dua wanita yang seorangnya pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Sushmita Asad dan seorang teman serumahnya diserang pada jam 1.30pagi setelah pulang bekerja separuh masa di sebuah restoran di Bangsar. Lebih menyedihkan ialah apabila rumah yang diketuknya tidak memberi pertolongan. "Semua pandai jadi keyboard warrior ja." Mungkin tuan rumah mempunyai alasan sendiri untuk tidak menolong mangsa namun ini juga menyebabkan penjenayah menjadi raja dalam masyarakat. Jika penduduk setempat tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling membuatkan kejadian ini makin berleluasa. Ini kerana penjenayah juga akan memerhati keselamatan sesebuah tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang serangan. Jika kejiranan tersebut nampak kuat pengawalannya, mungkin penjenayah tidak berani membuat onar. Tidak hanya semangat kejiranan yang dipersoalkan, isu operator yang tidak tahu berbahasa Inggeris turut diperkatakan hingga mangsa putus asa meminta bantuan. Namun ini membuatkan netizen berasa pelik kerana tidak mungkin operator tidak tahu berbahasa Inggeris kerana dia lah orang pertama yang akan dihubungi jika ada sebarang kecemasan. Adakah kerana dialek pengadu yang tidak biasa kedengaran di telinga atau apa cerita sebenarnya? "Aku pernah kerja operator 999, setiap panggilan yang diterima ada 3 soalan basic ja. Kadang-kadang bila caller panik, satu jawapan pun tak dapat. Jangan kata in English, in bahasa pun sama. Biasa part adress tu memang problem kalau caller panic. Bagi netizen, mustahil operator tidak tahu berbahasa Inggeris. Jika ya, pasti ada silap ketika pengambilan pekerja. Bagaimanapun, isu ini harus ditangani dengan cermat. Dalam isu operator tidak tahu berbahasa Inggeris perlu menyiasat kedua-dua pihak untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Manakala bagi orang awam pula perlu didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sikap ambil tahu dan prihatin supaya penjenayah boleh lupus dari membuat kerjanya. - CARI |
18
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
waz replied at 23-10-2018 03:52 PM
toksahkan time panic...
aku ni kdg2 bekerja dgn team yg dr india...
kalu teleconference ya ampunnn ...
waz replied at 23-10-2018 03:52 PM
toksahkan time panic...
aku ni kdg2 bekerja dgn team yg dr india...
kalu teleconference ya ampunnn ...
ADVERTISEMENT