CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan Atas Laut Terpanjang Dunia Dibuka Untuk Kegunaan Awam Esok

23-10-2018 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4052| Komen: 24


Setelah pembinaan yang mengambil masa sembilan tahun, jambatan atas laut terpanjang di dunia akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping siang tadi.


Kredit foto: https://www.taiwannews.com.tw/
kredit foto: https://www.scmp.com

BBC melaporkan, jambatan yang menelan belanja sebanyak USD 20 bilion atau bersamaan RM 83.19 bilion itu akan dibuka untuk kegunaan orang awam mulai esok iaitu Rabu ini.

Selain bertujuan untuk menghubungkan tiga kawasan utama yang terletak di selatan China, iaitu wilayah Hong Kong, Macau dengan bandar Zhuhai, pembinaan jambatan ini juga adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan China yang mahu mewujudkan Greater Bay Area merangkumi Hong Kong, Macau dan 9 buah bandaraya besar lain. 


Sehingga kini, dilaporkan kawasan-kawasan berkenaan didiami sekitar 68 juta penduduk.


Kredit foto: 

Fakta lain yang menarik, sebanyak 400 ribu tan besi telah diguna untuk menyiapkan jambatan ini. Jumlah yang sama yang diperlukan untuk mendirikan 60 buah Menara Eiffel.


Bagi membolehkan kawasan perairan berkenaan dilalui kapal dagang, sebuah terowong bawah laut sepanjang 6.7 kilometer juga dibina yang menghubungkan dua pulau tiruan.

Walaupun jambatan ini dibuka untuk kegunaan orang ramai, namun sebenarnya tidak semua yang dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut.


Kredit foto: carian internet

Orang ramai yang berhajat untuk menggunakannya, mereka harus memohon permit iaitu pas kebenaran khas yang tertakluk kepada baki kuota dalam sistem. 

Selain itu, semua kenderaan yang melaluinya perlu membayar tol.- CARI
13

Bagus
15

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 23-10-2018 06:28 PM
Berapa panjang jamb ni? dua kali baca jumpa panjang terowong ja
Quote cicicumel 23-10-2018 06:33 PM
Catpaw: Berapa panjang jamb ni? dua kali baca jumpa panjang terowong ja

55 km..ada dlm video tuh
Quote dani-rox 23-10-2018 07:46 PM
best nya jln2 drive waktu hujung minggu
Quote marvelez 23-10-2018 11:13 PM
Sy percaya je motif China sanggup belanja billion2 utk bina jambatan terpanjang ni motif utama dia adalah berunsurkan politik China - HK ...
Quote CiliPadiSedap 23-10-2018 11:13 PM
Panjang  lg kopek sis vokuru 56km
Quote Emperor95 23-10-2018 11:21 PM
Tahniah
Quote spiderman80 23-10-2018 11:43 PM
marvelez replied at 23-10-2018 11:13 PM
Sy percaya je motif China sanggup belanja billion2 utk bina jambatan terpanjang ni motif utama dia a ...

Actually it's more to integrating HK and Macau into the mainland. PRC takmo kasi HK fefeeling HK people ni special sangat. Dorang pun orang mainland jugak.
Quote marvelez 23-10-2018 11:49 PM
spiderman80 replied at 23-10-2018 11:43 PM
Actually it's more to integrating HK and Macau into the mainland. PRC takmo kasi HK fefeeling HK p ...

Ya betul. Nak control HK. HK kan antara lubuk  $$$$$$ terbesar dalam pasaran ekonomi
Quote spiderman80 23-10-2018 11:59 PM
marvelez replied at 23-10-2018 11:49 PM
Ya betul. Nak control HK. HK kan antara lubuk  $$$$$$ terbesar dalam pasaran ekonomi

Yes Marvelez, HK hub kewangan ketiga terbesar dunia.
Tetapi with recent rapid developments of many big mainland Chinese cities, bandaraya2 mega seperti Shanghai, Beijing dan Shenzhen sudah outshined HK.
Pernah tengok video ini.
[youtube]O9dKVGbND94[/youtube]
Quote marvelez 24-10-2018 12:39 AM
spiderman80 replied at 23-10-2018 11:59 PM
Yes Marvelez, HK hub kewangan ketiga terbesar dunia.
Tetapi with recent rapid developments of man ...

Eh sy igtkan Shanghai yg the highest GDP... masih Beijing ya....

Boleh lah lepasni org2 HK berpindah ke China yg besar tu. Sy pergi HK dulu sesaknya bangunan semua rapat2, rumah semua jenis bertingkat2 mcm apartment dan flat, yg rumah lot banglo semua utk golongan kaya mcm jackie chan n robert kuok tu.

Tapi so far sy pergi ke Beijing, Guangzhou dan Shanghai pun sama juga senario nya ramai manusia cuma Guangzhou masih ada rumah kampung2 style org cina dulu. Semua sesak dan ramai org. Tak tahu lah part mana yg China masih kurang populasi selain kawasan sepanjang tembok besar cina tu

On the other hand, Malaysia pun sibuk nak buat jambatan ke negara jiran yg satu tu. Juga bermotifkan ekonomi. Org dulu2 buat jambatan utk mudahkan pergerakan dan pengangkutan. Zaman skrg org buat jambatan sebab $$$$$
Quote Shirley23 24-10-2018 01:18 AM
Di China jer dah berapa banyak struktur mega. Kagum iols
Quote mbhcsf 24-10-2018 04:06 AM
wow...this is cool.
Quote benang_jahit 24-10-2018 06:10 AM
Bukan semua yg boleh lalu jambatan ni.
Quote Megikari 24-10-2018 09:07 AM
Kalau tetiba nak kencing ke nak yak2 cemana?
Quote meklalala 24-10-2018 09:18 AM
marvelez replied at 24-10-2018 12:39 AM
Eh sy igtkan Shanghai yg the highest GDP... masih Beijing ya....

Boleh lah lepasni org2 HK berp ...

rumah kat sana mahal sis..kerja sampai pencen pun belum tentu boleh beli rumah kat HK tu..itu yg tour guide bgtau mek dulu la..huhu
Quote meklalala 24-10-2018 09:19 AM
nak lalu pun takut..lalu jambatan pp pun mek tak sabar nak sampai darat..phewwww
Quote chinta89 24-10-2018 09:56 AM
fuyoooooooooooooo bestnya
Quote jetrofa 24-10-2018 09:59 AM
kemudahan membunuh diri terlongest d dunia..
Quote fushimi 24-10-2018 10:04 AM
Megikari replied at 24-10-2018 09:07 AM
Kalau tetiba nak kencing ke nak yak2 cemana?

apa susah sis berak dalam kertas pastu bungkus pastu campak je dalam laut SETTLE


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.147573 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top