Setelah pembinaan yang mengambil masa sembilan tahun, jambatan atas laut terpanjang di dunia akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping siang tadi.
Kredit foto: https://www.taiwannews.com.tw/
kredit foto: https://www.scmp.com
BBC melaporkan, jambatan yang menelan belanja sebanyak USD 20 bilion atau bersamaan RM 83.19 bilion itu akan dibuka untuk kegunaan orang awam mulai esok iaitu Rabu ini.
Selain bertujuan untuk menghubungkan tiga kawasan utama yang terletak di selatan China, iaitu wilayah Hong Kong, Macau dengan bandar Zhuhai, pembinaan jambatan ini juga adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan China yang mahu mewujudkan Greater Bay Area merangkumi Hong Kong, Macau dan 9 buah bandaraya besar lain.
Sehingga kini, dilaporkan kawasan-kawasan berkenaan didiami sekitar 68 juta penduduk.
Kredit foto:
Fakta lain yang menarik, sebanyak 400 ribu tan besi telah diguna untuk menyiapkan jambatan ini. Jumlah yang sama yang diperlukan untuk mendirikan 60 buah Menara Eiffel.
Bagi membolehkan kawasan perairan berkenaan dilalui kapal dagang, sebuah terowong bawah laut sepanjang 6.7 kilometer juga dibina yang menghubungkan dua pulau tiruan.
Walaupun jambatan ini dibuka untuk kegunaan orang ramai, namun sebenarnya tidak semua yang dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Kredit foto: carian internet
Orang ramai yang berhajat untuk menggunakannya, mereka harus memohon permit iaitu pas kebenaran khas yang tertakluk kepada baki kuota dalam sistem.
Selain itu, semua kenderaan yang melaluinya perlu membayar tol.- CARI
Actually it's more to integrating HK and Macau into the mainland. PRC takmo kasi HK fefeeling HK people ni special sangat. Dorang pun orang mainland jugak.
Yes Marvelez, HK hub kewangan ketiga terbesar dunia.
Tetapi with recent rapid developments of many big mainland Chinese cities, bandaraya2 mega seperti Shanghai, Beijing dan Shenzhen sudah outshined HK.
Pernah tengok video ini.
Post time 24-10-2018 12:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
spiderman80 replied at 23-10-2018 11:59 PM
Yes Marvelez, HK hub kewangan ketiga terbesar dunia.
Tetapi with recent rapid developments of man ...
Eh sy igtkan Shanghai yg the highest GDP... masih Beijing ya....
Boleh lah lepasni org2 HK berpindah ke China yg besar tu. Sy pergi HK dulu sesaknya bangunan semua rapat2, rumah semua jenis bertingkat2 mcm apartment dan flat, yg rumah lot banglo semua utk golongan kaya mcm jackie chan n robert kuok tu.
Tapi so far sy pergi ke Beijing, Guangzhou dan Shanghai pun sama juga senario nya ramai manusia cuma Guangzhou masih ada rumah kampung2 style org cina dulu. Semua sesak dan ramai org. Tak tahu lah part mana yg China masih kurang populasi selain kawasan sepanjang tembok besar cina tu
On the other hand, Malaysia pun sibuk nak buat jambatan ke negara jiran yg satu tu. Juga bermotifkan ekonomi. Org dulu2 buat jambatan utk mudahkan pergerakan dan pengangkutan. Zaman skrg org buat jambatan sebab $$$$$