CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Tiga Isteri Denda Sebulan Tanpa Seks Kalau Buat Kesalahan

15-11-2018 10:21 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4572| Komen: 18|Original author: Oleh: Suzy


Ivan Sukhov, bapa kepada sembilan anak sedang mencari wanita 'tinggi, langsing dan penuh kasih sayang' untuk menjadi isterinya yang keempat. 

Siapa yang berminat menjadi isteri keempat lelaki ini harus ketahui bahawa dia mengamalkan undang-undang tersendiri di rumahnya iaitu dengan menetapkan untuk menolak melakukan hubungan kelamin selama sebulan setiap kali isterinya melakukan sesuatu yang mengganggunya.

Lelaki berusia 34 tahun dari Rusia itu hanya boleh memiliki seorang isteri yang sah dari segi undang-undang, dua lagi isterinya hanya tinggal bersama atas perjanjian sefahaman. Ivan memasang impian untuk memiliki lebih ramai isteri dan berhasrat meramaikan anaknya sehingga mencapai 50 orang. 


Foto: Mirror UK

Sebelum berpoligami, Ivan tinggal bersama isterinya yang sah, Natalia Sukhova selama 11 tahun. Dia kemudian merasakan keinginan yang kuat untuk menjadi ketua keluarga yang besar dan memiliki lebih ramai isteri dan anak. Natalia yang bekerja sebagai jururawat di hospital, bagaimanapun menentang hebat hasrat suaminya itu pada mulanya.

"Saya tidak mampu membayangkan situasi seperti itu, tetapi kemudian saya berubah fikiran kerana dia benar-benar ingin memiliki sebuah keluarga besar," katanya.


Moto: Mirror UK

Ivan kini memiliki sembilan orang anak dan enam daripada mereka adalah anaknya bersama Natalia, manakala tiga lagi hasil perkongsian hidup dengan pasangannya Anna, yang kini hamil anak ke-10. 

Keluarga itu tinggal di sebuah flat dengan tiga tempat tidur, tetapi Ivan merancang untuk menjual flat itu dan membeli rumah lebih besar di pinggir kota. Setiap malam, Ivan mengundang salah seorang daripada wanita itu untuk bersamanya.

Ivan berkata, "Jika salah seorang isteri saya melakukan kesalahan, saya tidak akan mengundangnya ke tempat tidur selama sebulan." 

Bagaimanapun, kesemua isterinya dilaporkan hidup harmoni bersama dan sangat ramah antara satu sama lain. - CARI
15

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 15-11-2018 10:33 AM
Poligami.....poligami.....poligami.....topic kesukaan lobai....ngesek2 banyak anak bersepah bersidai...nak bagi makan pakai pun x mampu....terkangkang kiap bini carik makan.....yg penting nafkah batin cukup katenyaaaaa.......hmmmmmmmmmm
Quote prettyuglybabe 15-11-2018 10:38 AM
ingatkan melayu je poligami
Quote Cyempaka 15-11-2018 10:47 AM
macam drama magnificent century la pulak. Suleyman xpanggil Mahidevran ke bilik dia sebab buat kesalahan katanya. padahal tengah syok kat Hurrem
Quote zulka 15-11-2018 10:51 AM
untong la tok janggut....celup sana sini
Quote hotmak 15-11-2018 10:57 AM
mak aih, isteri 3 anak 9 nak masuk 10 org, duduk rumah flat

makan kebajikan terjaga ke semua tu, lg ada hati nak tambah isteri, ingat perempuan ni kilang anak apa
Quote whadda 15-11-2018 11:06 AM
yang pakai tudung tu islam ke.. siap berniqab tapi rambut berjuntaian ke depan
Quote buapakperut 15-11-2018 12:04 PM
denda itew takle tahan huhu. kalau bini jahat dah lama cari jantan lain
Quote weezerfan 15-11-2018 12:29 PM
Ni mesti kristian ortodox ni.. Spesis pak lobai ngesek jua
Quote capiloton 15-11-2018 01:11 PM
Edited by capiloton at 15-11-2018 01:12 PM
Cyempaka replied at 15-11-2018 10:47 AM
macam drama magnificent century la pulak. Suleyman xpanggil Mahidevran ke bilik dia sebab buat kesal ...

best giler kan life mcm tu.
kalo tetiba rasa horny, pilih jer sesapa dia nak suroh dtg bilik.

ingat nak buat camtu gak lah.
tapi kena tunggu jadi jutawan baru bole buat camtu.
siap kan harem, tempat utk org pompuan tinggal, sekali dengan anak2.
ada bibik, nanny, penjaga, assistant apa semua.
i duduk at my own bedroom.

bila i rasa nak bersama jer, i panggil la salah sorang bini masok bilik.
or ikut turn, seminggu sekali.
ok tak agak2 life macam tu?

baru la rasa macam soltan suleyman

Quote tri-max 15-11-2018 01:15 PM
macam haremmmmmmm
Quote tom2 15-11-2018 01:43 PM
kalau dapat bini yg hari2 nak,tak ke kesian terpaksa kongsi
Quote chinta89 15-11-2018 01:52 PM
omg dh kenapa perempuan2 ni sanggup weyh
Quote mieymiey 15-11-2018 03:33 PM
Bini 3, anak 9. Tinggal kat flat 3 bilik?
Quote pokaibanktokyo 15-11-2018 05:38 PM
Tak padan dengan miskin
Quote chicozinn 16-11-2018 11:12 AM
ni namanya miskin tapi nafsu mengalahkan gajah..btw aku penah terbaca yg negara USSR xpsti ukraine ke russia terlampau ramai andartu sbab jantan xrmai..so msti bini2 dia sggup jadi madu asalkan "berlaki" kekdahnya..
Quote precious_chicas 18-11-2018 03:51 PM
payung emas? hahaha
Quote onexox97 18-11-2018 04:47 PM
dlam van jeeee
Quote batmana 18-11-2018 06:05 PM
Recently, he accepted a woman named Madina to enter his family and become his third wife. Madina is a Muslim while Ivan is Russian Orthodox, and she had to go against the wishes of her parents and religion to be with him.


ivan ni kafir
sorg tu muslim

ni masalah tak paham hukum..main tala aja

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.124328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top