View: 2811|Reply: 18
|
Lelaki Tiga Isteri Denda Sebulan Tanpa Seks Kalau Buat Kesalahan
[Copy link]
|
|
Ivan Sukhov, bapa kepada sembilan anak sedang mencari wanita 'tinggi, langsing dan penuh kasih sayang' untuk menjadi isterinya yang keempat.
Siapa yang berminat menjadi isteri keempat lelaki ini harus ketahui bahawa dia mengamalkan undang-undang tersendiri di rumahnya iaitu dengan menetapkan untuk menolak melakukan hubungan kelamin selama sebulan setiap kali isterinya melakukan sesuatu yang mengganggunya.
Lelaki berusia 34 tahun dari Rusia itu hanya boleh memiliki seorang isteri yang sah dari segi undang-undang, dua lagi isterinya hanya tinggal bersama atas perjanjian sefahaman. Ivan memasang impian untuk memiliki lebih ramai isteri dan berhasrat meramaikan anaknya sehingga mencapai 50 orang.
Foto: Mirror UK
Sebelum berpoligami, Ivan tinggal bersama isterinya yang sah, Natalia Sukhova selama 11 tahun. Dia kemudian merasakan keinginan yang kuat untuk menjadi ketua keluarga yang besar dan memiliki lebih ramai isteri dan anak. Natalia yang bekerja sebagai jururawat di hospital, bagaimanapun menentang hebat hasrat suaminya itu pada mulanya.
"Saya tidak mampu membayangkan situasi seperti itu, tetapi kemudian saya berubah fikiran kerana dia benar-benar ingin memiliki sebuah keluarga besar," katanya.
Moto: Mirror UK
Ivan kini memiliki sembilan orang anak dan enam daripada mereka adalah anaknya bersama Natalia, manakala tiga lagi hasil perkongsian hidup dengan pasangannya Anna, yang kini hamil anak ke-10.
Keluarga itu tinggal di sebuah flat dengan tiga tempat tidur, tetapi Ivan merancang untuk menjual flat itu dan membeli rumah lebih besar di pinggir kota. Setiap malam, Ivan mengundang salah seorang daripada wanita itu untuk bersamanya.
Ivan berkata, "Jika salah seorang isteri saya melakukan kesalahan, saya tidak akan mengundangnya ke tempat tidur selama sebulan."
Bagaimanapun, kesemua isterinya dilaporkan hidup harmoni bersama dan sangat ramah antara satu sama lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Poligami.....poligami.....poligami.....topic kesukaan lobai....ngesek2 banyak anak bersepah bersidai...nak bagi makan pakai pun x mampu....terkangkang kiap bini carik makan.....yg penting nafkah batin cukup katenyaaaaa.......hmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan melayu je poligami |
|
|
|
|
|
|
|
macam drama magnificent century la pulak. Suleyman xpanggil Mahidevran ke bilik dia sebab buat kesalahan katanya. padahal tengah syok kat Hurrem
|
|
|
|
|
|
|
|
untong la tok janggut....celup sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih, isteri 3 anak 9 nak masuk 10 org, duduk rumah flat
makan kebajikan terjaga ke semua tu, lg ada hati nak tambah isteri, ingat perempuan ni kilang anak apa
|
|
|
|
|
|
|
|
yang pakai tudung tu islam ke.. siap berniqab tapi rambut berjuntaian ke depan |
|
|
|
|
|
|
|
denda itew takle tahan huhu. kalau bini jahat dah lama cari jantan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti kristian ortodox ni.. Spesis pak lobai ngesek jua |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 15-11-2018 01:12 PM
best giler kan life mcm tu.
kalo tetiba rasa horny, pilih jer sesapa dia nak suroh dtg bilik.
ingat nak buat camtu gak lah.
tapi kena tunggu jadi jutawan baru bole buat camtu.
siap kan harem, tempat utk org pompuan tinggal, sekali dengan anak2.
ada bibik, nanny, penjaga, assistant apa semua.
i duduk at my own bedroom.
bila i rasa nak bersama jer, i panggil la salah sorang bini masok bilik.
or ikut turn, seminggu sekali.
ok tak agak2 life macam tu?
baru la rasa macam soltan suleyman
|
|
|
|
|
|
|
|
macam haremmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat bini yg hari2 nak,tak ke kesian terpaksa kongsi |
|
|
|
|
|
|
|
omg dh kenapa perempuan2 ni sanggup weyh |
|
|
|
|
|
|
|
Bini 3, anak 9. Tinggal kat flat 3 bilik? |
|
|
|
|
|
|
|
ni namanya miskin tapi nafsu mengalahkan gajah..btw aku penah terbaca yg negara USSR xpsti ukraine ke russia terlampau ramai andartu sbab jantan xrmai..so msti bini2 dia sggup jadi madu asalkan "berlaki" kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Recently, he accepted a woman named Madina to enter his family and become his third wife. Madina is a Muslim while Ivan is Russian Orthodox, and she had to go against the wishes of her parents and religion to be with him.
ivan ni kafir
sorg tu muslim
ni masalah tak paham hukum..main tala aja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|