CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nasi 3 Budak Gemok Jadi Fenomena, Dah Terbongkar Resipi Rahsianya

23-11-2018 04:30 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 40420| Komen: 46|Original author: Oleh: Diba S.

Anda mungkin dah pernah dengar tentang kisah 3 orang anak muda yang berniaga nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang digilakan ramai tu. 

Kalau tak sempat lagi nak mengunjungi gerai mereka, boleh cuba resipi ini kerana ia sebiji apa yang mereka jual!
kredit:Rasa
Bahan-bahan:

1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak masak secukupnya
1 cawan daun kari
Sedikit air
1 sudu rempah kari ayam daging

1 sup bunjut
Kicap manis secukup rasa
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 asam keping

Cara-Cara:

kredit:Rasa

1. Gaul ayam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing

2. Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Panaskan minyak semula. Kisar bawang-bawang, dan halia dengan sedikit air.

3. Masukkan daun kari dalam minyak yang panas tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing

4. Masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tambah air dan asam keping

5. Masukkan sos tiram dan semua kicap. Kacau sampai mendidih. masukkan ayam goreng dan kacau sampai semua masak sebati

Foto:Rasa
Resipi sambal belacan gesek:


Foto:Rasa
Bahan-bahan:
10 ke 15 biji cili api merah
6 hingga 8 cili api hijau
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula
1 sudu belacan
Jus limau secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:

1. Hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.

2. Tambah gula, garam & belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.

3. Panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semua bahan tumbuk dalam 5 minit.

Siap dihidangkan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari dan ulam-ulaman!

Foto:Rasa
Selamat mencuba! -CARI
35

Bagus
26

Marah
23

Terkejut
25

Sedih
32

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 23-11-2018 04:39 PM
tak pernah dengar pulak..tapi ayam masak kicap tu nampak menyelerakan..yumss!
Quote munchkin 23-11-2018 05:16 PM
Sedap juga. Saya perah rasa. Dia taklah rasa kicapppp saja. Kicap dia melekat pada ayam. Kira kuah kicap tak berapa basah. Sambal teramat pedas  (bagi saya). Cubalah.
Quote kaki_jalan88 23-11-2018 05:32 PM
sedap bagi saya la.rasa dia x sama dengan  sambal kicap yg lain.
Quote riyadhK 23-11-2018 07:48 PM
Cili gesek tu nampak sedap jah cicah ulaman
Quote arsasa 23-11-2018 08:30 PM
Pernah cuba..sedap jugak tapi sambal cili tu pedas ya amat
Quote chicozinn 23-11-2018 09:01 PM
Rasa sambal gesek tu kalu gantikan sume pkai cili padi ijau mgkin ok kot..tp cm kering lauknya ni..nti aku nk wat tp wat sup ksong ala2 sup ayam la bru sdap skit..last2 jd nsi aym penyet sbb ade smbal..hehe
Quote debab76 23-11-2018 10:13 PM
sedapnya chuolsss!! mana nak cari kat shah alam yach? tetiba ngidam.
Quote moonbug 24-11-2018 02:35 PM
debab76: sedapnya chuolsss!! mana nak cari kat shah alam yach? tetiba ngidam.


Diorang ada buat delivery Shah Alam with minimum order. Kalau nak walk in dulu kat Menara U seksyen 13 tapi sekarang mcm dah takde. Sekarang walk in Hartamas, Wangsa Maju dgn Kota Damansara yg hari-hari bukak
Quote moonbug 24-11-2018 02:37 PM
Seronok tgk budak bertiga ni berniaga dari mula-mula start dulu pakai rice cooker kecik, nasi habis masa orang tgh beratur ramai-ramai, kena pegi beli rice cooker baru hahaha. Sampai dah viral sampai sekarang dah merata-rata cawangan. Cuma sambal tu kurang sikit tang biji cili melambak tu
Quote Keropok12 25-11-2018 03:29 AM
Sedapnya tq cari
Quote KuewTeuwKungFu 25-11-2018 09:09 AM
Klu murah n sdap mmg viral
Quote unoryah 25-11-2018 02:15 PM
tahniah untuk 3 budak gemok ni
Quote putribatrisya 25-11-2018 04:50 PM
moonbug replied at 24-11-2018 02:35 PM
Diorang ada buat delivery Shah Alam with minimum order. Kalau nak walk in dulu kat Menara U seks ...

kota damansara kt mana uolss?
Quote Missfadh 25-11-2018 06:10 PM
Sambal tu nmpk sedap.
Quote Note93 25-11-2018 06:24 PM
Sedapnya tengok gambar..lepas ni boleh try
Quote moonbug 25-11-2018 08:39 PM
putribatrisya replied at 25-11-2018 04:50 PM
kota damansara kt mana uolss?

Uptown KD uols
Quote alesandra 26-11-2018 02:08 AM
penah tgk psl diorg kat tv...
Quote makton 26-11-2018 08:00 AM
nampak sedapppp
Quote puanbintang 26-11-2018 10:50 AM
sedapnya sambal gesek tu, makan pulak dengan nasik panas2....nyummmy!

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.234473 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top