CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Dialah Kawan Baik Saya" - Hrithik Roshan Muat Naik Status Emosional Tentang Bekas Isteri

5-12-2018 12:36 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 11992| Komen: 24|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Hrithik Roshan merupakan seorang pelakon Bollywood yang cukup disegani. Beliau berjaya mencipta nama di persada antarabangsa dengan bakatnya serta rupa paras yang kacak.


Hrithik Roshan bersama dua anaknya. 
Sumber foto: Carian Google

Empat tahun lalu, kita digemparkan dengan perceraian artis ini dengan isterinya, Sussanne Khan iaitu anak kepada pelakon veteran Sanjay Khan. Punca perceraian mereka tidak didedahkan, namun Hrithik pada tahun-tahun sebelumnya mempunyai terlalu banyak kontroversi yang mengaitkannya dengan skandal sepanjang 13 tahun mereka berumah tangga. 


Sumber foto: bollywood shaadies.com

Hrithik Roshan dan bekas isteri. 
Sumber foto: santabanta.com

Antara aktres yang dikatakan mempunyai skandal dengan beliau ialah Barbara Mori. Jika anda masih ingat, Barbara pernah memegang watak heroin dalam telenovela Ruby yang pernah ditayangkan di TV3. Kontroversi ini timbul apabila mereka digandingkan bersama dalam filem Kites.


Hrithik Roshan bersama Barbara Mori. 
Sumber foto: glamsham.com

Bagaimanapun, Hrithik Roshan dilihat sentiasa bersama bekas isteri dan anak-anaknya. Namun, Sussanne menjelaskan kepada media mereka masih berkawan dan berusaha menjadi ibu bapa yang baik demi anak-anak; Hrehaan dan Hridhaan.

Terkini, Hrithik Roshan memuat naik status yang agak beremosi di Instagram beliau mengenai bekas isteri dan anak-anaknya. Status berkenaan seolah-olah menggambarkan beliau akur dengan takdir yang memisahkan mereka, tetapi ia tidak akan menghalang beliau dan Sussanne daripada bersatu dalam hal anak-anak tercinta.


Sumber foto: IG Hrithik Roshan

Status itu juga berbaur penghargaan terhadap bekas isterinya yang sentiasa bersama beliau dalam naik turun kehidupannya dari awal hingga sekarang serta usaha Sussanne yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak walaupun mereka sudah bercerai. 

Walaupun Sussanne pernah menegaskan mereka berdua tidak mungkin akan kembali bersama, Sanjay Khan dan orang sekeliling masih mengharapkan mereka kembali bersama. Peminat juga tidak terkecuali. 


Sumber foto: Carian Google

Hrithik dan Sussanne membuktikan kepada semua bahawa perceraian tidak seharusnya melibatkan anak. Ibu bapa yang baik tidak akan membuat anaknya rasa kekurangan atau terkesan kerana perceraian. Semoga masih ada sinar harapan buat pasangan ini. - CARI
14

Bagus
9

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 5-12-2018 01:18 PM
Huhu sedih lak..nmpk hritik syg lg kt bini nya..tp isteri dia lak syg sbg kawan je..
Quote bluebellvine 5-12-2018 01:46 PM
hensemnya anak-anak hitrik.. dh besar nnt mesti jadi pelakon mcm ayahnya.
Quote puanbintang 5-12-2018 02:00 PM
  jenis yang setia kot hitrik ni...syg ex wife lagi gitu..
Quote manehnya 5-12-2018 03:06 PM
ada la tu dia buat sampai bini dah x mau kat dia... cheating!
Quote meklalala 5-12-2018 04:21 PM
respect!
Quote mu@h@h@ 5-12-2018 06:23 PM
Bagusnya dh cerai tp boleh jd kawan... I ngan ex husben dh mcm apa lg.. Langsung xbertegur dh jd musuh.. Xtau la apa lg yg dia xpuas hati.
Quote mu@h@h@ 5-12-2018 06:23 PM
Bagusnya dh cerai tp boleh jd kawan... I ngan ex husben dh mcm apa lg.. Langsung xbertegur dh jd musuh.. Xtau la apa lg yg dia xpuas hati.
Quote MayaDelaRosa 5-12-2018 08:38 PM
Wah...curlasss sgt kandel dgn ruby......Iols mmg minat giler barbara ni masa drama ruby...
Quote onexox97 5-12-2018 09:32 PM
macam akan hensemmcm ranbir kapoor anak dia bila besar nanti
Quote chinta89 6-12-2018 09:39 AM
sayangnya lahai x berbaik semula.. deols sgt serasi sama cantik sama padan, tp tu lah Susanne dah x nak.

anak2 deols hensem.
Quote chauky314 6-12-2018 09:47 AM
ingat sebab bini dia yang ada scandal.... upernya hritik sendiri
Quote annehuda 6-12-2018 09:54 AM
agaknye ni kes mcm John Cena kot. kaki celup sana sini.
sampai John Cena putus tunang, merayu-rayu dlm tv show kt ex heols
skali tu kantoi tunang tak tahan kaki celup heols
Quote kisahkeaku 6-12-2018 03:58 PM
oh..igtkan dorg masing2 ada skandal.kan kata ex wife dia pun ada skandal dgn arjun ampal???
Quote awexgaban7 6-12-2018 04:41 PM
ok la tu masih boleh berkawan....
Quote Acik2kepam 6-12-2018 07:08 PM
Lawa bini dia, selalunya bini hero boliwod nih biasher2 aje nak plak bila dh beranak pinak tapi bini dia nih lawa dan makin berumur mcm makin lawa nampak tgn kurus jaa
Quote borrow 6-12-2018 09:49 PM
Kening anak 1st mcm bersambung ek. Ai predict dedua nanti mesti encem mcm ayah.
Quote BoongaKertas 8-10-2019 10:11 AM
iols terus cari benang hrithik lps tgk movie heols WAR dgn tigershroff tu. heloknya heols on screen!
Quote 3480 14-10-2019 05:32 PM
Aku suka tgk telenovela ruby dlu.. tgk dr 1st sampai last episode.. ruby msa muda mcm rupa Megan fox
Quote hanasensei 14-10-2019 09:22 PM
Org prmpuan ni kalau msa dia sayang.. Kau skandal berpuluh kali kantoi pun dia redho jer. Tp once hati dia dh tolak ko, memang dia buang terus laki tu dlm hidup. Sbb tu dia boleh accept hitrik ni sbgai kwan demi anak2. Sbb cinta dia dah mati cuma jaln kan tggungjawab sbgai ibu jer..
Tp Hrap2 la hitrik betul2 insap.. Bukan senang nk dpat wife cantik n bertolak ansur camni..

Mcm lah hitrik bca komen aku ni.. Haha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.094895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top