Sejak berkahwin dengan Putera Harry, semakin menjadi-jadi isu serangan peribadi terhadap Meghan Markle. Banyak cerita tidak enak didengari mengenai Duchess of Sussex itu terutama mengenai sikapnya yang dikatakan mendesak, 'mengikut kepala sendiri' dan sering 'menyimpang' dari protokol diraja. Malah, hubungannya dengan kakak iparnya, Kate Middleton turut dikatakan dingin hingga menjejaskan hubungan adik-beradik antara Harry dan Putera William sebelum Duke dan Duchess of Sussex itu memilih untuk keluar dari istana.
Terbaru, Telegraph melaporkan, bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang juga berkawan baik dengan Harry memberi pesanan kepada Meghan. Dalam satu temu bual bersama Good Housekeeping, Michelle menasihati Meghan supaya tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan dan beliau perlu ingat bahawa perjalanannya masih panjang. "Seperti saya, Meghan mungkin tidak pernah mengimpikan kehidupan seperti ini dan dihimpit tekanan daripada diri sendiri dan orang sekeliling. "Jadi, nasihat saya jangan terlalu gopoh ketika melakukan sesuatu. "Beberapa bulan pertama di Rumah Putih, banyak perkara saya fikirkan terutama anak-anak. Saya akan pastikan mereka pergi ke sekolah dengan baik dan dapat kawan baru sebelum memulakan tugasas sesuai dengan kedudukan saya. "Apa yang saya mahu sampaikan adalah, terdapat begitu banyak peluang untuk berbuat baik dengan platform seperti itu dan saya fikir, Meghan boleh memaksimumkan impaknya terhadap orang lain serta kebahagiannya sendiri, jika dia melakukan sesuatu uyang melambangkan personalitinya," katanya. - CARI
|
13
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
armin replied at 3-12-2018 12:53 PM
Baju hitam atas tu mcm baju aku gi clubbing zaman 2000 dulu.
PristineOne replied at 4-12-2018 08:03 PM
Ehhh....rasa macam nampak la awek cun pakai baju tuh masa kelabing tahun 2000 tuh...
Tak ingat ka ...
vee_zara replied at 3-12-2018 09:26 PM
Knapa i still rasa true luv harry ni si chelsy tu.. Nmpk sesuai sgt meghan ni mcm trlalu dominan
ADVERTISEMENT