Sejak berkahwin dengan Putera Harry, semakin menjadi-jadi isu serangan peribadi terhadap Meghan Markle.
Kredit foto: Mirror/WireImage
Banyak cerita tidak enak didengari mengenai Duchess of Sussex itu terutama mengenai sikapnya yang dikatakan mendesak, 'mengikut kepala sendiri' dan sering 'menyimpang' dari protokol diraja.
Malah, hubungannya dengan kakak iparnya, Kate Middleton turut dikatakan dingin hingga menjejaskan hubungan adik-beradik antara Harry dan Putera William sebelum Duke dan Duchess of Sussex itu memilih untuk keluar dari istana.
Kredit foto: Mirror/Getty Images
Terbaru, Telegraph melaporkan, bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang juga berkawan baik dengan Harry memberi pesanan kepada Meghan.
Dalam satu temu bual bersama Good Housekeeping, Michelle menasihati Meghan supaya tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan dan beliau perlu ingat bahawa perjalanannya masih panjang.
Kredit foto: Telegraph/AFP/GETTY IMAGES
"Seperti saya, Meghan mungkin tidak pernah mengimpikan kehidupan seperti ini dan dihimpit tekanan daripada diri sendiri dan orang sekeliling.
"Jadi, nasihat saya jangan terlalu gopoh ketika melakukan sesuatu.
"Beberapa bulan pertama di Rumah Putih, banyak perkara saya fikirkan terutama anak-anak. Saya akan pastikan mereka pergi ke sekolah dengan baik dan dapat kawan baru sebelum memulakan tugasas sesuai dengan kedudukan saya.
Kredit foto: GOOD HOUSEKEEPING
"Apa yang saya mahu sampaikan adalah, terdapat begitu banyak peluang untuk berbuat baik dengan platform seperti itu dan saya fikir, Meghan boleh memaksimumkan impaknya terhadap orang lain serta kebahagiannya sendiri, jika dia melakukan sesuatu uyang melambangkan personalitinya," katanya. - CARI |