CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama

18-9-2013 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25640| Komen: 103


Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.



PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wangii 16-9-2013 02:07 AM
alhamdulillah.....sronok tgk penghijrahan artis ni....tahniah...
Quote hyie 16-9-2013 02:12 AM
terbaik dari ladang!

mohon @achik2009 tepek lagi picca sheols dari IG kalau ada...i tatau IG sheols apa..dia ni kan pernah join group penyanyi tamil kan? Lagu2 dia yang top pon aku dah lupa daaa...sebab konpius antara dia ngan amelina...

p/s: Lina hangit Watak dia dalam SAMBAL kot...yang azwan ali punya rancangan dulu tuu...
Quote achik2009 16-9-2013 02:35 AM




Quote malukokram 16-9-2013 03:01 AM
Syukur alhamdulillah.. Dia ni lawa je kat mata aku. Cume dulu nampak 'bersepah'... Tengok kat gambar ni dah nampak 'bersih' dan 'teratur' sket.. Tahniah kak leina. May ALLAH bless you.
Quote novlin 16-9-2013 03:10 AM
Alhamdullillah....
Quote munchkin 16-9-2013 03:37 AM
alhamdulillah...jawapan yang bernas dan matang. sejuk dengar.
Quote mitnick 16-9-2013 07:04 AM
baguslaa da berubah... cpt lmbt bkn soalnya yg penting ikhlas + berterusan
Quote meowlin 16-9-2013 07:45 AM
Alhamdullilah sape sangka org klu Allah nk br petunjuk. Sebab tu kita xblh judge org. Moga liena istiqamah & d sayangi Allah slalu.
Quote kodokke 16-9-2013 08:06 AM
alhamdullilah semoga Liana hangat dpt pertolongan Allah dlm menjalani hidup harian lebih diberkati lagi .
Quote MissMamamia75 16-9-2013 08:11 AM
Alhamdulillah....buang yg keruh..ambik yg jernih....
Quote kakakmanis 16-9-2013 08:16 AM
Alhamdulillah. Sejuk je hati tgk gmbar terbaru dia.
Quote perembes 16-9-2013 08:20 AM
alhamdulilah tapi harap disempurnakan lagi pemakaian tudung tu
Quote zafran_iman 16-9-2013 08:22 AM
Alhamdulillah....
Quote jojo67 16-9-2013 08:23 AM
kalu tengok gambaq dia tak mekap tu...mati2 tak caya yg tu leina hangat
Quote shaykays 16-9-2013 08:28 AM
Alhamdulillah....suka akak tengok dia ni sekarang..
Tapi muka die x makan tua kan
Quote achik2009 16-9-2013 08:28 AM
Quote mzr 16-9-2013 08:33 AM
Alhamdulillah
Quote MengkuduMasam 16-9-2013 08:35 AM
semoga beliau berdutung dlm ertikata sebenar ....

Quote wafeenaulia 16-9-2013 08:35 AM
Tahniah...

Muka maintain..

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.040781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top