CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Islam Trauma Ditampar, Dipaksa Tanggalkan Hijab

9-1-2019 11:59 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4579| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Jenan Ayesh diserang dalam satu insiden berunsur jenayah kebencian di Dallas, Texas pada 29 Disember 2018. Kredit foto: Enid News & Eagle

Seorang wanita Islam dari Enid, Oklahoma, Amerika Syarikat terpaksa mengharungi pengalaman penuh trauma apabila hijabnya ditanggalkan dan disuruh 'pulang ke negara asal' dalam insiden di Dallas, Texas kira-kira seminggu lalu.

Memetik laporan HuffPost pada 9 Januari, kejadian itu berlaku semasa Jenan Ayesh dan keluarganya bercuti di Dallas.

Dalam sidang media di Oklahoma City pada 4 Januari lalu, Jenan menyatakan fikirannya terganggu kerana ibu dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun turut menyaksikan insiden berkenaan.

"Adalah sukar bagi saya untuk mengharungi pengalaman ini. Saya tidak pernah menyangka akan diserang sebegini, lebih-lebih lagi di hadapan ibu saya.


"Satu pengalaman yang sukar bagi ibu dan anak perempuan saya yang menyaksikan kejadian itu. Tiada kanak-kanak yang sepatutnya melihat ibu mereka diperlakukan sedemikian rupa," katanya dalam sidang akhbar anjuran Majlis Hubungan Amerika-Islam Cawangan Oklahoma (CAIR-OK).

Jenan dalam sidang media anjuran CAIR-OK. Kredit foto: HuffPost
Jenan memberitahu, serangan itu berlaku pada 29 Disember 2018 ketika dia dan keluarganya menunggu kenderaan untuk pulang selepas mengunjungi Menara Reunion iaitu destinasi pelancongan yang popular di Dallas.

Kata Jenan, seorang wanita ingin menggunakan sebuah pintu yang terhalang kerana dia dan keluarganya sedang berdiri di hadapannya.

Wanita itu tiba-tiba berang dan meminta Jenan 'pulang ke negara asalnya' namun apabila dia menjelaskan bahawa Amerika Syarikat adalah negara asalnya, suspek bertanya mengapa Jenan memakai hijab.

Jenan mendakwa, wanita tersebut menampar mukanya sebanyak dua kali, menanggalkan hijabnya dan menarik rambutnya sebelum lari dari tempat kejadian.

Berikutan insiden itu, dia mengalami sakit kepala, leher dan dada pada keesokannya serta membuat laporan polis pada hari yang sama.



Sementara itu, jurucakap Jabatan Polis Dallas, Carlos Almeida berkata, kes tersebut sedang disiasat dan diklasifikasikan sebagai jenayah kebencian.

Nampaknya, masih ada rakyat Amerika Syarikat yang tidak memahami maksud hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan negara itu. - CARI
4

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 9-1-2019 12:07 PM
Kat US rakyatnya bangkit bagi moral support kat mangsa

Kalau kat Msia berbondong2 penyokong UMNO akan ulang kicau balik tongsan


Quote pokaibanktokyo 9-1-2019 12:23 PM
Decaffeinated replied at 9-1-2019 04:07 AM
Kat US rakyatnya bangkit bagi moral support kat mangsa

Kalau kat Msia berbondong2 penyokong UMNO  ...

Bodoh. Mana ada orang tongsan berani buat onar sini
Quote Decaffeinated 9-1-2019 01:02 PM
pokaibanktokyo replied at 9-1-2019 12:23 PM
Bodoh. Mana ada orang tongsan berani buat onar sini

Tuntut layanan sama rata pun satu dosa kan?
Quote Malaysia.Doom 9-1-2019 01:05 PM
Setiap orang ada hak untuk berpakaian...berbudaya dan beragama selagi tak ganggu keamanan dan moral masyarakat.

Kalau di pakai secara moral kenapa nak lempang?
Quote Simunggu 9-1-2019 02:12 PM
org kapir buat mcm ini pada org Islam...Islam x pernah buat perkara mcm ini pada org kapir...fikir fikirkan lah...
Quote fushimi 9-1-2019 02:37 PM
aku rasa pempuan ni kena tampar sebab halang laluan orang lain

aku pun pernah nak angin bila ada orang duk halang escalator kat mall
Quote weezerfan 9-1-2019 02:41 PM
Kesian ummah US takut bebenar dgn hijabis..
Quote taikor 9-1-2019 02:51 PM
Simunggu replied at 9-1-2019 02:12 PM
org kapir buat mcm ini pada org Islam...Islam x pernah buat perkara mcm ini pada org kapir...fikir f ...

Kat US ade kawasan2 hostile Muslim yg orang putih pon takut nak masuk. Kira saling benci membenci dan balas membalas dendam yg akhirnya merugikan semua pihak
Quote white_musk 9-1-2019 02:52 PM
Sama juga seperti di malaizi.  Perempuan selalu di ugut jika tak bertudung bungkus aurat.  
Quote kroit92 9-1-2019 02:52 PM
kesiannya.. anak dia mesti trauma tengok mak kena pukul kan
Quote CharlesDera 9-1-2019 02:53 PM
hangpa tunggu rentung2 pindah US buat kuil merata....konfirm pucat2 ni cari lempang kepala rentung2 ni pulak..wakakakkakakakak
Quote littleblossom 9-1-2019 04:52 PM
Kesiannya..smpai mcm tu sekali
Quote FOTHER-MUCKER 9-1-2019 05:14 PM
Simunggu replied at 8-1-2019 10:12 PM
org kapir buat mcm ini pada org Islam...Islam x pernah buat perkara mcm ini pada org kapir...fikir f ...

Betul ke? Arab christian Di Middle East tu dan termasuk penganut dan bangsa lain tu?
Quote mygreentea 10-1-2019 09:17 AM
emmm........
Quote Simunggu 10-1-2019 09:57 AM
FOTHER-MUCKER replied at 9-1-2019 05:14 PM
Betul ke? Arab christian Di Middle East tu dan termasuk penganut dan bangsa lain tu?

terlalu sedikit..mcm tak nampak kes org Islam kacau org kapir....tapi kes palestin, rohingia..dll..mcm mana??
Quote clarizsa 10-1-2019 10:06 AM
white_musk replied at 9-1-2019 02:52 PM
Sama juga seperti di malaizi.  Perempuan selalu di ugut jika tak bertudung bungkus aurat.

Exactly
Vice versa je kann

Dua2 pun tak bagus

Jangan paksa2 org laa
Quote SissySembah 10-1-2019 11:46 AM
dah kamu sendiri yg nak ikut fahaman kuno dik..... orang lain pun dah lama tinggalkannya...
kalau tak mampu adapt fahaman dan culture semasa... balik sahaja lah ke negara miskin dunia ketiga kamu itu yg memang makin ekonomi merundum sebab nak sgt ikut ajaran kuno...

or else natural selection akan membuat pilihan ... sape yg tak mampu adapt pandai2 la survive...
nampaknya memang dh tak lama dah pun sistur ini...
Quote SissySembah 10-1-2019 11:51 AM
Simunggu replied at 9-1-2019 06:12 AM
org kapir buat mcm ini pada org Islam...Islam x pernah buat perkara mcm ini pada org kapir...fikir f ...

org islam lagi teruk... di bomnya org kafir siap bwk kapal terbang hentam menara twin tower.... dlm sejarah siap rasulullah merompak lagi kaum qurash...
tp mereka in denial... tak nk mengaku... walaupun tertulis dlm sejarah dlm wikipedia semua tu... muka tktau malu tak nk mengaku walaupun org boleh baca merata2 sejarah mereka....

in the end... ummah kafir ini dah wujud berjuta tahun... islam takat 1400 tahun lebih sahaja wujud... lepas cedok dari agama kristian dan jews...
nampaknya tak lama nanti pupus la tu mcm ajaran babylonian....

kafir majoriti... dan dah wujud berjuta tahun... mereka takkan kesah pun pada minoriti nak pupus ni takat baru wujud 1400 tahun....


Quote Artemesiaa 10-1-2019 12:00 PM
Sebab tu kalau nak bincang dengan keluarga ke atau antara kawan2 janganlah duduk berdiri tengah jalan ramai2 hingga menghalang dan menganggu orang lain nak lalu.  Isu tudung tu sampingan je sebab nak lepaskan kemarahan atas sikap menghalangnys laluan tu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063602 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top