CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Meraba Kemaluan Remaja Lelaki, Kevin Spacey Dihadapkan Ke Mahkamah

4-3-2019 12:50 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4122| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pemenang anugerah Oscar, Kevin Spacey, 59, dihadapkan di sebuah mahkamah di Massachusetts atas tuduhan meraba kemaluan seorang remaja lelaki, 18 tahun di sebuah restoran bernama Club Car pada tahun 2016. Pelakon itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.



Kredit foto: CNN


Perbicaraan dijadualkan 4 Mac depan. Hakim membenarkan permohonan Kevin untuk tidak hadir ketika perbicaraan nanti tetapi perlu sentiasa boleh dihubungi melalui panggilan telefon. Beliau juga diarahkan menjauhkan diri daripada remaja lelaki itu dan keluarganya.



Kredit foto: Facebook



Hakim turut membenarkan permintaan peguam Kevin untuk menyita telefon mangsa yang dikatakan bukti utama dalam kes tersebut. Kes ini menjadi sangat hangat dengan kehadiran media yang menjerit  'Underwood 2020!' merujuk kepada watak Kevin dalam siri TV, House of Cards.


Kredit foto: Carian Google


Skandal yang dihadapi Kevin mula-mula didedahkan oleh pelakon Anthony Rapp pada Oktober 2017 melalui laman web Buzzfeed yang menyatakan Kevin Spacey yang ketika itu berumur 26 tahun telah menindihnya dan cuba melakukan seks dengannya ketika beliau masih di bawah umur. Bagaimanapun kes ini  ditolak polis memandangkan telah lama berlalu.


Kredit foto: Shutterstock


Sebulan selepas pendedahan Anthony Rapp, hos rancangan Boston TV, Heather Unruh mendakwa Kevin telah meraba kemaluan anak lelakinya yang berumur 18 tahun di Club Car. Laporan susulan beliau kepada pihak polis menyebabkan Kevin kini berdepan tuduhan skandal terbaru. Sehingga kini, lebih 30 lelaki mendakwa Kevin melakukan gangguan terhadap mereka.


Kredit foto: Reuters

Menurut kertas pertuduhan, remaja itu cuba mendapatkan gambar selfie untuk Instagram bersama Kevin selepas shift kerjanya selesai, tetapi Kevin bertindak membuka zip seluar dan merabanya. Beliau hanya melarikan diri selepas Kevin ke tandas dan seorang wanita yang melihat kejadian tersebut menggesanya pergi.


Kredit foto: sickchirpse

Menafikan perkara tersebut, peguam Kevin menyalahkan anak remaja Unruh yang katanya memutarbelit fakta. 'Remaja 18 tahun itu yang menggoda Kevin dahulu, menipu umur, minum arak dan tidak menolak apabila Kevin meraba kemaluannya selama tiga minit'.  Sekiranya didapati bersalah, Kevin berhadapan hukuman maksimum 5 tahun penjara dan mendaftar sebagai pesalah seks.


Semoga keadilan ditegakkan dan pesalah dijatuhkan hukuman yang setimpal. - CARI 
3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-3-2019 01:10 PM
Filem2 kevin spacey best...
Quote saviour_09 4-3-2019 01:20 PM
amboi

pencabul bersiri sis?
Quote royaldanish 4-3-2019 04:25 PM
umbut replied at 4-3-2019 05:10 AM
Filem2 kevin spacey best...

terkejut sangat baca news ni 1st time kluar dulu.. series wild card sangat best
Quote Sang_Pencinta 4-3-2019 05:34 PM
Dia berlakon best dlm The Usual Suspect
Quote Gumball 4-3-2019 05:54 PM
gosshhh..
American Beauty sangat..
Quote giyomi 4-3-2019 06:00 PM
akak tak tau siapa specky ni tp akak nak tanya, sekadar raba aja kah?
Quote Gumball 4-3-2019 06:02 PM
giyomi replied at 4-3-2019 06:00 PM
akak tak tau siapa specky ni tp akak nak tanya, sekadar raba aja kah?

bukak zip seluar mangsa dan raba kemaluan mangsa, sis
Quote giyomi 4-3-2019 06:04 PM
Gumball replied at 4-3-2019 06:02 PM
bukak zip seluar mangsa dan raba kemaluan mangsa, sis

haiyoo in public...dia mmg suka wat in public kot ditonton org ramai.
Quote Victorioussss 4-3-2019 09:15 PM
Padan muke. Iols xsuke dia ni jahat sangat dlm movie 21
Quote 234126 4-3-2019 09:30 PM
Sedih la dia ni. Movie semua best2. Paling suka american beauty. Tapi alahaiiii semata2 nafsu. Hancur semua
Quote Spicymami 4-3-2019 10:00 PM
Dah lama tau dia ni pedo
Quote beloomberk 5-3-2019 08:57 AM
Victorioussss: Padan muke. Iols xsuke dia ni jahat sangat dlm movie 21


Prof mickey..xpuas ati trus failkn student.
Quote makbedah 5-3-2019 10:33 AM
Kalau betul dia buat padan muka, kalau tak too bad sebab dah ramai tak nak ambil dia since kes pedo ni.
Quote SY_Mumi 5-3-2019 09:44 PM
Im a fan of Kevin Spacey acting & films
'House of Cards' series takda dia terus malap.

Dah sememang nya he is gay in real life
Ntahlah ai just rasa must be something tat he did, that alot of people want to bring him down.
His career trus doomed.
Quote gerbera.memopad 6-3-2019 09:12 AM
dia memang openly gay kah selama ni? motip iols tak tahu?
Quote Juju89 6-3-2019 04:20 PM
berhadapan dengan tuduhan yang berat.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072451 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top