CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Anak Kekasih Sampai Mati Kerana Tumpahkan Jus Atas Xbox

14-1-2019 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3521| Komen: 16

Lelaki berusia 19 tahun berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membelasah anak kekasihnya hingga maut hanya kerana kanak-kanak itu menumpahkan jus di atas permainan Xbox miliknya.




Jonathan Fair, 19, dari Waukegan, Illinois didakwa atas empat pertuduhan membunuh pada Rabu lalu dan mahkamah menetapkan jaminannya sebanyak ASD5 juta (RM20,487,500), lapor Lake County News-Sun.

Daily Mail melaporkan, dalam kejadian pada malam 13 Disember lalu, Fair dikatakan sedang menjaga Skylar Mendez, 4, ketika ibu mangsa tiada di rumah sebelum memukul kanak-kanak perempuan itu kerana menumpahkan jus di atas Xboxnya.



Fair kemudian membawa mangsa ke hospital dan memberitahu doktor bahawa Skylar terjatuh dan terhantuk kepalanya.

Namun, ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mengaku dia menggoncang tubuh dan memukul kanak-kanak terbabit sebagai hukuman kerana telah menumpahkan jus berkenaan.

Hasil pemeriksaan juga mendapati mangsa menunjukkan kesan penderaan termasuk diterajang beberapa kali. Doktor di Hospital Kanak-kanak Lurie di Chicago cuba menyelamatkan Skylar, namun gagal. 


Kredit foto: Daily Mail

Pada mulanya, keluarga mangsa percaya kematian Skylar adalah satu kemalangan. Namun, sebaik menyedari ianya satu pembunuhan, mereka menyifatkan lelaki terbabit seorang yang tidak berperikemanusiaan. - CARI
6

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 14-1-2019 11:51 AM
celaka betoi
Quote Artemesiaa 14-1-2019 12:09 PM
Anak sendiri pun ada sanggup berbuat sebegitu inikan pulak anak orang
Quote EvieWanKenobi 14-1-2019 05:45 PM
dahsyatnya kena belasah..
Quote chicozinn 15-1-2019 09:41 AM
syurga la tempatmu nak..sedih baca citer budak2 meninggal pagi2 ni..da la tadi dgar berita kat gua musang budak mati kne langgar dpan rumah pengasuh..huwaaa
Quote kenarikelabu 15-1-2019 10:27 AM
Sial celaka punya manusia.   Sanggup kau buat mcm tu kat anak yg comel tuh. Hishh!!!!
Quote moonbug 15-1-2019 11:01 AM
Muka psiko semacam
Quote raxief 15-1-2019 11:08 AM
lawa budaknya.. kesian
Quote leylapple 15-1-2019 11:09 AM
budak2 lagi nie...

apa yang dia tau pasal tanggungjawab?
Quote arm_band 15-1-2019 11:38 AM
what are you smoking boy? naik hantu begitu sekali
Quote bulan_gerhana 15-1-2019 11:43 AM
ayooo again ke.. berita budak kecik mati dek kerana di dera.. nak plak didera dgn bf mak... hadoiiii

seb mende ni jadi kat nun US sinun.. kalo kat mesia dah lama kene hencap dgn netizen and all the bawangs..

kang timbul la cite.. bape umo mak dia... mana pak betul dia. mak dia divorce ke or anak lu__ N_Ka_..
mula lah melalut jadi masalah sosial la..

hadoiii
Quote are-ja 15-1-2019 12:11 PM
comelnye budak tu!
hamjad pnye jantan
Quote mieymiey 15-1-2019 12:44 PM
Comelnya budak tu
Jantan 19 tahun kaki game maknya harap jaga budak?
Selayaknya dipenjara sampai mampus!
Quote Otaku85 15-1-2019 01:05 PM
Dekat sana masih ramai yg berumur 40 tahun lebih main game.
Quote SissySembah 15-1-2019 01:08 PM
jantan jobless lah tu kan??

takkan sebab game yg takde hasil pun nak mengamuk???

gfnya asalkan berlaki ke dik??
takut jadi andartu???
Quote umbut 15-1-2019 01:12 PM
bulan_gerhana replied at 15-1-2019 11:43 AM
ayooo again ke.. berita budak kecik mati dek kerana di dera.. nak plak didera dgn bf mak... hadoiiii ...

Ye keeeeeeee...
Quote LautBiru52 15-1-2019 02:35 PM
4 tahun. Sebaya anak aku. Sedihnyaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.131097 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top