Tidur kurang daripada 5 jam akan menyebabkan risiko anda terkena serangan jantung dan strok yang sama besarnya dengan perokok, dalam kajian terbaharu yang dilakukan kepada lelaki berusia. Seperti yang kita sedia maklum, kurang tidur memang suatu aktiviti yang tidak sihat untuk tubuh badan kita. Kajian di eropah mendapati aktiviti kurang tidur atau terlebih tidur boleh mendatangkan masalah kardiovaskular yang menyebabkan saluran arteri mengeras, serangan jantung, strok, jantung gagal berfungsi dengan baik dan sebagainya.
Lebih sejuta orang melibatkan diri dalam kajian tidur ini di eropah tersebut. Kajian ini cuma mengukuhkan sahaja bahawa aktiviti kurang tidur memberi impak kesihatan yang teruk untuk tubuh badan manusia. National Sleep Foundation di Amerika pernah mengeluarkan jadual statistik mengenai jumlah tidur yang sihat dan tidak sihat melalui laman sesawang mereka. Berikut adalah jadual tersebut. Setelah melihat statistik kajian di Eropah, mereka mendapati kurang tidur akan meningkatkan risiko penyakit kronik sebanyak 33%. Dalam satu kajian berasingan, 27% mereka yang kurang tidur atau sering berjaga juga berisiko dengan strok, kegagalan jantung, aneurisme(radang otak) yang berpunca daripada saluran arteri yang mengeras dan tersumbat.
Secara keseluruhannya, kajian-kajian ini memberikan kita sebab-sebab untuk menjaga jumlah masa tidur kita. Namun kajiannya ini juga membuktikan terlebih tidur juga sama bahayanya dengan kurang tidur. Oleh itu, kita haruslah menjaga tidur kita dengan sebaiknya. - CARI |
12
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 26-2-2019 06:51 PM
akak baka panda kena tidur 12 jam sehari
gigahertz replied at 27-2-2019 07:04 AM
zaman sst mana boleh tido awal
NurAlia14 replied at 27-2-2019 09:43 AM
Tdo kuat+heavy smoker = ?
Artemesiaa replied at 27-2-2019 12:16 PM
Rehat dan tidur yang cukup penting untuk kesihatan
ADVERTISEMENT