View: 2216|Reply: 12
|
Perokok dan Tidak Cukup Tidur Sama Tinggi Risiko Terdedah Penyakit Kronik
[Copy link]
|
|
Tidur kurang daripada 5 jam akan menyebabkan risiko anda terkena serangan jantung dan strok yang sama besarnya dengan perokok, dalam kajian terbaharu yang dilakukan kepada lelaki berusia. Seperti yang kita sedia maklum, kurang tidur memang suatu aktiviti yang tidak sihat untuk tubuh badan kita. Kajian di eropah mendapati aktiviti kurang tidur atau terlebih tidur boleh mendatangkan masalah kardiovaskular yang menyebabkan saluran arteri mengeras, serangan jantung, strok, jantung gagal berfungsi dengan baik dan sebagainya.
"Kita tidur satu pertiga semasa hidup tapi masih kurang mengetahui impak keperluan biologi dalam sistem kardiovaskular." Kata Dr. Epameinondas Fountas, salah satu penulis meta-analisis tentang jumlah waktu tidur yang baik untuk jantung dalam laporan EurekaAlert!.
Lebih sejuta orang melibatkan diri dalam kajian tidur ini di eropah tersebut. Kajian ini cuma mengukuhkan sahaja bahawa aktiviti kurang tidur memberi impak kesihatan yang teruk untuk tubuh badan manusia. National Sleep Foundation di Amerika pernah mengeluarkan jadual statistik mengenai jumlah tidur yang sihat dan tidak sihat melalui laman sesawang mereka. Berikut adalah jadual tersebut.
Setelah melihat statistik kajian di Eropah, mereka mendapati kurang tidur akan meningkatkan risiko penyakit kronik sebanyak 33%. Dalam satu kajian berasingan, 27% mereka yang kurang tidur atau sering berjaga juga berisiko dengan strok, kegagalan jantung, aneurisme(radang otak) yang berpunca daripada saluran arteri yang mengeras dan tersumbat.
"Kajian yang lebih banyak perlu untuk memberi kejelasan tentang mengapa, tapi kita tahu bahawa pengaruh tidur terhadap pemprosesan biologi seperti metabolisme glukosa, tekanan darah dan keradangan - semua memberi impak terhadap penyakit kardiovaskular." Kata Dr. Epameinondas Fountas lagi.
Secara keseluruhannya, kajian-kajian ini memberikan kita sebab-sebab untuk menjaga jumlah masa tidur kita. Namun kajiannya ini juga membuktikan terlebih tidur juga sama bahayanya dengan kurang tidur. Oleh itu, kita haruslah menjaga tidur kita dengan sebaiknya. - CARI
Sumber Rujukan:Business Insider, National Sleep Foundation |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
akak baka panda kena tidur 12 jam sehari |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-2-2019 09:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 26-2-2019 06:51 PM
akak baka panda kena tidur 12 jam sehari
Terima kasih baca. Hahaha... Kadang-kadang bolehlah, jangan selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sst mana boleh tido awal |
|
|
|
|
|
|
|
paling lama pun tido 6 jam je dapat
huntung la dapat lebih 8 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Tdo kuat+heavy smoker = ? |
|
|
|
|
|
|
|
maka, tidurlah secukupnya |
|
|
|
|
|
|
|
Rehat dan tidur yang cukup penting untuk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2019 10:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
gigahertz replied at 27-2-2019 07:04 AM
zaman sst mana boleh tido awal
Terima kasih baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2019 10:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
NurAlia14 replied at 27-2-2019 09:43 AM
Tdo kuat+heavy smoker = ?
Terima kasih baca. Hah, yang ini akan menghasilkan kombinasi...yang... Hehehe... Jaga kesihatan ya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2019 10:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Artemesiaa replied at 27-2-2019 12:16 PM
Rehat dan tidur yang cukup penting untuk kesihatan
Terima kasih baca. Ya, setuju sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg kesihatan kena jaga baik tua mahupun muda....
health is wealth
|
|
|
|
|
|
|
|
Insufficient sleep has been linked to the development and management of a number of chronic diseases and conditions, including type 2 diabetes, cardiovascular disease, obesity, and depression.
For more details please visit this website
https://pillowocean.com/best-wedge-pillows-for-vertigo/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|