Pelakon Raja Ilya menjelaskan dia berasa gementar bergandingan dengan aktor kacak, Aaron Aziz. Ilya kini sedang menjalani penggambaran sebuah 'supertelemovie' yang bakal disiarkan di Astro berjudul 'Suamiku Mr. Perfect 10'. Dalam projek tersebut, selain Aaron, Ilya diberi peluang bergandingan dengan Lisa Surihani dan Jehan Miskin.
"Untuk projek kali ini, sekali lagi saya diberi peranan antagonis. Saya merupakan seorang model dan telah bertunang dengan Aaron. Dalam masa yang sama, saya juga menjalin skandal bersama lelaki lain. Pengarah cerita ini memberikan saya kebebasan untuk mencorak watak saya sendiri. Saya rasakan agak berat sedikit kerana saya kena benar-benar jadi 'jahat'. Saya kena menghisap rokok dan sebagainya untuk merealisasikan watak saya," tutur Ilya ketika ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa. Ilya juga mendedahkan setelah dia dikenali dengan watak jahat dalam drama bersiri 'Dahlia', dia mendapat banyak tawaran untuk melakonkan jenis watak yang sama. Bersyukur dengan tawaran yang datang, Ilya menjelaskan sedikit sukar untuk dirinya menjayakan pelbagai watak antagonis untuk projek yang berbeza.
Ini kerana cabaran yang harus digalas adalah apabila dia perlu mempelbagaikan lagi karakter lakonannya agar setiap watak jahat yang dibawa tidak tampil serupa dengan sebelumnya. Ketika diusik soal cinta, Ilya menjelaskan yang dia kini selesa menghadapi kehidupan sebagai orang bujang."Saya masih sendiri. Sudah dua tahun saya kekal dengan status ini. Buat masa sekarang, saya selesa bersendiri. Belum lagi masanya untuk saya berdua. Saya mahu fokus dalam perjalanan karier seni saya sebagai pelakon dahulu," ujar pelakon ini penuh optimis. |
"Sebelum melakonkan babak-babak yang memerlukan saya memeluk Aaron atau sebagainya, saya minta izin darinya dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia"
"saya minta izin darinya dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia," cerita Ilya.
ADVERTISEMENT