Kebiasaannya, bahan-bahan seperti kismis, pisang atau coklat diadun bersama roti untuk menambah lagi perisa dan kelazatannya. Namun, sebuah kedai roti di Finland, Fazer Bakery mengambil pendekatan berbeza dengan menggunakan tepung khas yang dihasilkan daripada cengkerik kering yang dikisar halus. Menurut laporan Food Insider pada 17 Januari lalu, sebanyak 70 ekor cengkerik diperlukan bagi menghasilkan sebuku roti. Tepung cengkerik yang diimport dari Belanda itu menjadikan roti yang dihasilkan Fazer Bakery mengandungi lebih banyak protein berbanding roti biasa. Kedai roti tersebut berpeluang mengimport tepung cengkerik dalam kuantiti yang besar setelah Finland menarik balik larangan penjualan serangga untuk digunakan dalam makanan. Ketua Pegawai Eksekutif Fazer Bakery, Markus Hellstrom berkata, roti yang diperbuat daripada tepung cengkerik itu mempunyai rasa yang lazat. "Kami mahu menjadi peneraju dalam revolusi makanan. Kami mahu melonjakkan pertumbuhan dalam kategori roti dengan roti artisan buatan tangan, juga pada masa hadapan. "Di Fazer Bakery, kami menghasilkan dan menguji pelbagai jenis roti baharu. Roti Kriket Fazer yang pertama dihasilkan di dunia merupakan salah satu contoh," jelasnya.
Food Insider turut menyatakan lebih dua bilion orang di seluruh dunia memakan serangga yang dikatakan kaya dengan asid lemak, kalsium, besi dan vitamin B12. Harap-harap tiada kedai roti yang tampil mencipta kelainan dengan membuat roti yang menggunakan tepung lipas pula. - CARI |
7
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT