CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Sesat, 'Lepak' Dengan Beruang Dalam Hutan

28-1-2019 12:55 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4226| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Casey Hathaway mendakwa seekor beruang melepak dengannya semasa dia hilang di dalam hutan selama dua hari. Kredit foto: Facebook
Seorang kanak-kanak lelaki di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan hilang selama dua hari mendakwa dia 'melepak dengan seekor beruang' ketika ditemukan semula pada 24 Januari lalu.

Memetik laporan Mirror, Casey Hathaway yang berusia tiga tahun bermain di luar rumah moyangnya bersama dua kanak-kanak lain sebelum dia merayau-rayau di dalam hutan berdekatan.

Pencarian yang melibatkan ratusan orang dengan dibantu oleh penggunaan dron, helikopter dan anjing pengesan dilancarkan namun Casey masih tidak dapat ditemukan.

Ramai yang bimbang dengan keadaaan budak lelaki itu kerana suhu di kawasan tersebut berada pada tahap beku serta hujan lebat dalam masa beberapa hari selepas Casey dilaporkan hilang.


Mujurlah, seorang wanita tempatan, Lisa Fraker berjaya menemukan Casey apabila dia pulang ke rumah selepas menyertai operasi pencarian.

Dia membuat panggilan kecemasan setelah mendengar bunyi seperti kanak-kanak menangis berhampiran kawasan rumahnya.

Operasi pencarian Casey turut dibantu dengan penggunaan dron, helikopter dan anjing pengesan. Kredit foto: Facebook
Pegawai unit panggilan kecemasan, Kapten  Shane Grier seterusnya menemukan Casey di kawasan semak namun dia dilihat tidak mengalami kecederaan serius dan dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk menerima rawatan bagi luka dan lebam pada badannya.

Ibu saudaranya, Breanna Hathaway menulis dalam laman Facebook miliknya bahawa keadaan Casey semakin baik dan dia kelihatan sihat serta tersenyum dan suka berbual.

Casey meminati rancangan kartun Masha and the Bear. Kredit foto: Carian Google
"Casey kata dia melepak dengan seekor beruang selama dua hari. Tuhan telah menghantar seorang kawan untuk menjaganya," katanya sambil menambah, anak saudaranya itu merupakan seorang peminat rancangan kartun Rusia, Masha and the Bear.

Tidak pasti pula sama ada dakwaan Casey itu benar atau sekadar imaginasi tetapi awasilah anak-anak ketika mereka bermain di luar rumah bagi mengelakkan berlaku insiden tidak diingini. - CARI
12

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote safriehalim 28-1-2019 02:23 PM
Baiknya beruang tu. Mungkin kenyang sgt masa tu.
Quote safriehalim 28-1-2019 02:24 PM
Baik beruang tu, mungkin kenyang sgt masa tu.
Quote tikusmontok 28-1-2019 02:36 PM
safriehalim replied at 28-1-2019 02:23 PM
Baiknya beruang tu. Mungkin kenyang sgt masa tu.

beruang bunian agaknya.
Quote buapakperut 28-1-2019 02:44 PM
mowgli versi kokesen kah. susah nk percaya, beruang kan ganas
Quote saviour_09 28-1-2019 02:56 PM
budak ni suka tengok kartun bear
imaginasi dia la kot
Quote JohnDeSouza 28-1-2019 03:21 PM
Malaikat penjaga yg menyamar kot
Quote kroit92 28-1-2019 03:42 PM
nasib baik jumpa. kalau tak jadi Feral Child dah. contoh common kita dengar, macam Tarzan tu la. membesar dengan gorilla. tapi dalam dunia sebenar, ada yang membesar dengan serigala, anjing
Quote slavehunter 28-1-2019 03:43 PM
Tapi selalu dengar cerita binatang liar tak serang kanak2 dalam hutan....selalu nya jadi protector utk kanak2 tu. Entah la...yg diserang selalu orang besar.
Quote slavehunter 28-1-2019 03:44 PM
JohnDeSouza replied at 28-1-2019 03:21 PM
Malaikat penjaga yg menyamar kot

Boleh jadi.
Quote OttoVonBismark 28-1-2019 04:05 PM
badass
Quote gigahertz 28-1-2019 04:11 PM
slavehunter: Tapi selalu dengar cerita binatang liar tak serang kanak2 dalam hutan....selalu nya jadi protector utk kanak2 tu. Entah la...yg diserang selalu orang  ...

macam predator la. dia serang lelaki yg bersenjaata.kalau perempuan , kanak2, org tua sakit, perempuan pregnant dia lepaskan. tapi kalau alien mmg kurang ajar  orang pregnant pun dia salur benih ikut mulut..dia buat direct kat hospital.{:run
Quote mrsLucky 29-1-2019 02:28 AM
Syukurlah jumpa...kasihan tu 2 hari hilang... kalau orang dewasa pon trumatised apa lagi budak kecik. I rasa dia merayau masuk hutan sebab nak cari bear. Ialah suka tengok kartun bear..ingat cete bear tu betul..
Quote amyza 29-1-2019 07:31 AM
Oklah bear jaga,dia selamat.
Teringat budak2 org asli yang hilang ramai2 dalam hutan. 2org jer yang selamat, yang lain mati. Ntah apa cerita yang selamat tu, mesti trauma.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.073990 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top