“Perbuatan ini amat tidak beretika dan kita tahu tidak boleh merokok di tempat sebegitu sekarang ini."
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata demikian berhubung insiden anggotanya yang dipercayai melanggar larangan merokok di premis makanan. Harian Metro melaporkan, polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota berkenaan selepas videonya memegang puntung rokok dalam premis makanan tular di laman sosial. “Jelas anggota itu beruniform dan kerajaan sudah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan. Tanda amaran dan larangan yang dipamer perlu dipatuhi semua pihak terutama mereka yang beruniform," katanya di sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bersama Ketua-ketua JPJKK di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengenal pasti terlebih dahulu lokasi kejadian berlaku. “Larangan ini dikuat kuasa di Semenanjung, tetapi Sabah dan Sarawak belum. Jadi, gambar itu kena lihat adakah berlaku di Semenanjung atau bukan. Saya sudah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk kenal pasti anggota dan akan buat tindakan sewajarnya,” katanya. Difahamkan, sejak semalam tular video anggota polis lengkap beruniform memegang sepuntung rokok di ruang makan premis makanan. Loading FB Post... Menerusi video itu, gaya anggota berkenaan menunjukkan dia seolah-olah sedang merokok. - CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT