CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gen x, Gen Y dan Gen Z. Anda Yang Mana Satu?

4-3-2019 04:37 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 3238| Komen: 10|Original author: Oleh: CSuy

"Gen Y manja", menurut sesetengah individu dari Gen X.
"Gen Z pemalas", getus sesetengah individu dari Gen Y pula.


Tetapi, pastikah mereka bahawa mereka bukan dari generasi yang sama? Di sini pentingnya untuk kita memahami latarbelakang setiap generasi.

Gen X, Y atau Z, pasti kritikan-kritikan negatif ini terkena batang hidung salah seorang dari ahli keluarga kita sendiri. Lebih teruk lagi, kritikan-kritikan ini mampu membentuk jurang yang akan merencatkan kerjasama antara generasi demi pembangunan sesebuah negara.

Jadi, mari kita kenali dahulu Gen X, Y dan Z serta sedikit latarbelakang di sebalik gelaran yang diberikan.

Gen X
Sebuah laporan Census di Amerika Syarikat pada 2010 mengelaskan Gen X sebagai kelompok individu yang lahir dari awal 1960-an ke awal 1980-an. Berdasarkan sebuah esei yang berjudul GenXegesis: Essays on Alternative Youth (Sub)Culture, Gen X adalah mereka yang membesar selepas Perang Dunia Kedua.


Memetik Wikipedia, gelaran lain adalah Post Boomers, New Lost Generation, Latchkey Generation, MTV Generation dan The 13th Generation.

Kredit Foto: Pixabay

LA Times menyifatkan Gen X sebagai generasi yang optimis dan berkeyakinan tinggi. Pengarang Neil Howe dan William Strauss menerusi sebuah artikel di Harvard Business Review menyifatkan Gen X sebagai "Generasi yang memiliki sifat keusahawanan paling tinggi di Amerika Syarikat" dan melabelkan generasi ini sebagai "high-tech savvy" dan "marketplace resillience".

Kredit Foto: Pixabay

Ciri-ciri lain:
Berdikari, minat yang mendalam terhadap sukan, pintar menggunakan sumber sekeliling, pragmatis (praktikal), sinis dan mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan.

Gen Y
Menurut Merriam-Webster, Gen Y merangkumi individu yang lahir di antara tahun 1980-an sehingga 1990-an.

Memetik Wikipedia, gelaran lain adalah Millennials, Echo Boomers, New Boomers, Generation Me, The Me Me Me Generation, Generation 9/11, Generation We, Generation Next, The Net Generation, The Burnout Generation dan Digital Natives.

Kredit Foto: Pixabay

Menurut sebuah buku berjudul Millenials Rising, Gen X dikenali sebagai generasi yang memiliki sikap moral dan sentimen komuniti yang tinggi. Selain itu, Gen X dilabelkan sebagai bercita-cita dan berkeyakinan tinggi, bekerja dalam kumpulan, dilindungi, istimewa, konvensional, dan tertekan.

Namun, pendapat ini disanggah oleh ahli psikologi Jean Twenge. Twenge menyatakan bahawa Gen Y memiliki ciri-ciri berikut: bertoleransi, memiliki "sense of entitlement" dan narsisistik.

Kredit Foto: Pixabay

Ciri-ciri lain:
Materialistik, kurang mementingkan institusi, politik dan falsafah kehidupan, mementingkan masa hadapan, kestabilan kewangan, kebebasan bersuara, rangkaian bersama rakan-rakan, pilihanraya dan hak mengundi, memiliki kesedaran social yang tinggi, sukakan kreativiti dan maklumbalas segera, dinamik, suka mengambil risiko, penutur asli bahasa digital, mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan dan memiliki keinginan yang tinggi untuk menjadikan dunia lebih baik.

Gen Z
Memetik agensi pekerjaan Canada, Randstad, Gen Z meliputi individu yang lahir dari 1995 sehingga 2014.

Menurut Wikipedia, kelompok ini mendapat jolokan gelaran iGeneration, The Centennials, The Delta Generation, The Founders, The Internet Generation, Mass Shooting Generation, Post Millennials, The Pluralist Generation dan Neo-Digital Natives.

Kredit Foto: Pixabay

Menurut Public Relations Society of America, Gen Z terdidik sebagai generasi yang mahu berdikari dan berkeusahawanan tinggi setelah menyaksikan pengalaman generasi terdahulu bergelut dengan krisis kewangan dunia. Gen Z turut berdepan dengan kadar tekanan emosi yang tinggi akibat kewujudan jurang ekonomi yang semakin ketara di kalangan ahli keluarga mereka.


Kredit Foto: Pixabay

Ciri-ciri lain:
Berazam tinggi, setia, belas kasihan, bertimbang rasa, bersifat terbuka terhadap idea baru, mementingkan pendidikan, progresif, memiliki ikatan digital dengan Internet dan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, menggunakan pelbagai jenis laman social bagi memenuhi keperluan yang berbeza dan mementingkan hubungan atas talian serta kemahiran sosial. 

Setelah membaca sedikit latarbelakang mengenai Gen X, Y dan Z, mari kita kembali kepada persoalan utama: Anda yang mana satu? Sudah sedia untuk bekerjasama? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 4-3-2019 05:01 PM
yang lahir tahun 2015 Gen apa pula? Gen Z1.1?
Quote Iris. 5-3-2019 12:11 AM
I gen x (awal 80an) tapi tak dress up macam acik kantin, kepam dan size L dan tak gigih follow artis kat fb/ig {:teatime
Quote CiliPadiSedap 5-3-2019 07:02 AM
PeYno lahir gen 2 campro..

Sekarang peYno busy buat kereta terbang ada kepak batman
Quote saviour_09 5-3-2019 08:20 AM
Gen X
Quote tagas 5-3-2019 11:07 AM
Gen y
Quote pittjie 5-3-2019 11:34 AM
CiliPadiSedap replied at 5-3-2019 07:02 AM
PeYno lahir gen 2 campro..

Sekarang peYno busy buat kereta terbang ada kepak batman

mana peyno sekarang dam? dengar2 dulu ... dia masuk penjara.
Quote RatuDunia94 5-3-2019 12:30 PM
kucingitam: yang lahir tahun 2015 Gen apa pula? Gen Z1.1?


Gen A balik kot... haha
Quote alesandra 5-3-2019 01:02 PM
yg pasti gen x adalah generasi yg paling oohhhsemmm.titik.
Quote Kejora927 5-3-2019 02:56 PM
92 babies.. Gen yb bro.. lol
Quote pearl.silver 13-3-2019 11:12 AM
Gen W xda ka..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040919 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top