|
"Gen Y manja", menurut sesetengah individu dari Gen X."Gen Z pemalas", getus sesetengah individu dari Gen Y pula.
Tetapi, pastikah mereka bahawa mereka bukan dari generasi yang sama? Di sini pentingnya untuk kita memahami latarbelakang setiap generasi.
Gen X, Y atau Z, pasti kritikan-kritikan negatif ini terkena batang hidung salah seorang dari ahli keluarga kita sendiri. Lebih teruk lagi, kritikan-kritikan ini mampu membentuk jurang yang akan merencatkan kerjasama antara generasi demi pembangunan sesebuah negara.
Jadi, mari kita kenali dahulu Gen X, Y dan Z serta sedikit latarbelakang di sebalik gelaran yang diberikan.
Gen X
Sebuah laporan Census di Amerika Syarikat pada 2010 mengelaskan Gen X sebagai kelompok individu yang lahir dari awal 1960-an ke awal 1980-an. Berdasarkan sebuah esei yang berjudul GenXegesis: Essays on Alternative Youth (Sub)Culture, Gen X adalah mereka yang membesar selepas Perang Dunia Kedua.
Memetik Wikipedia, gelaran lain adalah Post Boomers, New Lost Generation, Latchkey Generation, MTV Generation dan The 13th Generation.
Kredit Foto: Pixabay
LA Times menyifatkan Gen X sebagai generasi yang optimis dan berkeyakinan tinggi. Pengarang Neil Howe dan William Strauss menerusi sebuah artikel di Harvard Business Review menyifatkan Gen X sebagai "Generasi yang memiliki sifat keusahawanan paling tinggi di Amerika Syarikat" dan melabelkan generasi ini sebagai "high-tech savvy" dan "marketplace resillience".
Kredit Foto: Pixabay
Ciri-ciri lain:
Berdikari, minat yang mendalam terhadap sukan, pintar menggunakan sumber sekeliling, pragmatis (praktikal), sinis dan mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan.
Gen Y
Menurut Merriam-Webster, Gen Y merangkumi individu yang lahir di antara tahun 1980-an sehingga 1990-an.
Memetik Wikipedia, gelaran lain adalah Millennials, Echo Boomers, New Boomers, Generation Me, The Me Me Me Generation, Generation 9/11, Generation We, Generation Next, The Net Generation, The Burnout Generation dan Digital Natives.
Kredit Foto: Pixabay
Menurut sebuah buku berjudul Millenials Rising, Gen X dikenali sebagai generasi yang memiliki sikap moral dan sentimen komuniti yang tinggi. Selain itu, Gen X dilabelkan sebagai bercita-cita dan berkeyakinan tinggi, bekerja dalam kumpulan, dilindungi, istimewa, konvensional, dan tertekan.
Namun, pendapat ini disanggah oleh ahli psikologi Jean Twenge. Twenge menyatakan bahawa Gen Y memiliki ciri-ciri berikut: bertoleransi, memiliki "sense of entitlement" dan narsisistik.
Kredit Foto: Pixabay
Ciri-ciri lain:
Materialistik, kurang mementingkan institusi, politik dan falsafah kehidupan, mementingkan masa hadapan, kestabilan kewangan, kebebasan bersuara, rangkaian bersama rakan-rakan, pilihanraya dan hak mengundi, memiliki kesedaran social yang tinggi, sukakan kreativiti dan maklumbalas segera, dinamik, suka mengambil risiko, penutur asli bahasa digital, mementingkan keseimbangan di antara kerja dan kehidupan dan memiliki keinginan yang tinggi untuk menjadikan dunia lebih baik.
Gen Z
Memetik agensi pekerjaan Canada, Randstad, Gen Z meliputi individu yang lahir dari 1995 sehingga 2014.
Menurut Wikipedia, kelompok ini mendapat jolokan gelaran iGeneration, The Centennials, The Delta Generation, The Founders, The Internet Generation, Mass Shooting Generation, Post Millennials, The Pluralist Generation dan Neo-Digital Natives.
Kredit Foto: Pixabay
Menurut Public Relations Society of America, Gen Z terdidik sebagai generasi yang mahu berdikari dan berkeusahawanan tinggi setelah menyaksikan pengalaman generasi terdahulu bergelut dengan krisis kewangan dunia. Gen Z turut berdepan dengan kadar tekanan emosi yang tinggi akibat kewujudan jurang ekonomi yang semakin ketara di kalangan ahli keluarga mereka.
Kredit Foto: Pixabay
Ciri-ciri lain:
Berazam tinggi, setia, belas kasihan, bertimbang rasa, bersifat terbuka terhadap idea baru, mementingkan pendidikan, progresif, memiliki ikatan digital dengan Internet dan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, menggunakan pelbagai jenis laman social bagi memenuhi keperluan yang berbeza dan mementingkan hubungan atas talian serta kemahiran sosial.
Setelah membaca sedikit latarbelakang mengenai Gen X, Y dan Z, mari kita kembali kepada persoalan utama: Anda yang mana satu? Sudah sedia untuk bekerjasama? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|