CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dahla 9 Malam Bagitau Esoknya Interview, Menyusahkan! - HR Dikecam Kerana Sambil Lewa

27-2-2019 10:56 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5875| Komen: 30|Original author: Oleh: Azza




Lumrah mencari pekerjaan, pasti ada ranjau dan durinya. Bermula dengan menghantar 'resume' hinggalah panggilan temuduga, semuanya ada fasa tertentu. Namun, jika pihak majikan pula yang menetapkan tarikh temuduga mengikut kelapangannya, bagaimana pula dengan orang yang mahu ditemuduga? Perlukah dia mengikut atau melupakannya?

Begitulah yang terjadi kepada wanita ini. Asalnya ingin mengadu mengenai sikap pencari kerja ini yang disifatkannya kurang ajar, namun sebaliknya berlaku apabila dia pula dikecam kerana mendedahkan perbualan tersebut.

Kredit foto: Twitter

Netizen berpandangan banyak kesalahan dalam perbualan tersebut. Antaranya ialah kenapa pihak Sumber Manusia (HR) menghubungi pencari kerja pada jam 9 malam sedangkan ianya perlu dilaksanakan dalam waktu pejabat sahaja? Persoalan seterusnya ialah sudahlah menghubungi pada malam dan temuduga pula adalah keesokan harinya mestilah membuatkan keadaan jadi huru-hara. Lebih parah ialah kenapa mendedahkan perbualan tersebut di media sosial? Ia sudah melanggar etika!
Kredit foto: Twitter

Sementara itu, ada netizen pula menyatakan ianya salah kedua-dua pihak. Ini mungkin kerana pencari kerja hendak menukar masa dan sebagainya, tetapi ia dipatahkan oleh pihak HR yang sangat emosi. Keadaan sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana tiada profesional dalam perbualan Whatsap tersebut. Jika inilah yang berlaku pada HR syarikat tersebut, pastinya huru-hara perjalanan syarikat.

Bagaimanapun, HR yang dimaksudkan akhirnya menjawab pertanyaan netizen dengan menyatakan ianya tidak menjadi kesalahan kerana syarikat mereka adalah kedai baju sahaja. Jadi, masa bukanlah masalah utama. Adalah tidak wajar netizen mengecamnya apabila tidak tahu cerita sebenar.

Kredit foto: Carian Internet

Akan tetapi, sekali lagi dia dikecam kerana masalah syarikat besar atau kecil bukan ukurannya. Hal ini perlu dilakukan beberapa hari awal supaya pencari kerja boleh membuat persiapan dalam temudugan walaupun hanya kedai baju mengikut bicara HR tersebut.

Ada pula netizen yang bergurau menyatakan itu adalah syarikat di Eropah yang waktunya berbeza daripada Malaysia.

Kredit foto: Carian Internet

Tidak mengira syarikat besar atau kecil, budi bahasa perlu lah dijaga supaya kita mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Atau, ada ke forumner yang menghadapi situasi seperti ini, malam diberitahu dan esoknya ada 'interview'? - CARI 
5

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 27-2-2019 11:17 AM
kalo aku, aku sound balik ke HR tu.
HR apa kerja smpai 9mlm..byk nk pakai org sgt ker?
Quote mdhelmi 27-2-2019 11:35 AM
xde pelik sgt situasi tu
ada je HR keje sampai mlm
yg pelik calon tu xbole nk cakap elok2
Quote mohdcrow 27-2-2019 11:42 AM
blah siap2 la...HR takde etika...lepas dapat keja lagi pelik2 benda ko nak ngadap
Quote milanhawkin 27-2-2019 11:43 AM
wow... bestnyer dia reply sblm kecam kena tanya dulu. abis dia yg terus post ke ig ajak netizen kecam xpe plak eh.
Quote dewi_rina 27-2-2019 11:48 AM
Belum kerja dah tengok perangai HR macam nie
Dah kerja mampos
Tiap saat ko kena hadap muka bodoh dia
Quote prettyuglybabe 27-2-2019 11:52 AM
nama pun kedai baju kecik..
mana ada post hr bagai..
dia lah admin dia lah account dia lah segala..
so sendiri faham la kalau etika ke laut..
but for someone yang cari kerja, tak boleh ke bersopan santun..
kalau tak boleh or tak nak, just say tak boleh..
tak perlu nak persoalkan kenapa tak tunggu bos kenapa perlu interview 2 kali and such..
Quote Artemesiaa 27-2-2019 12:14 PM
Kena reject sebab ada masaalah attitude disitu majikan tak nak ambil risiko mungkin
Quote suiskipas 27-2-2019 12:18 PM
Kalau aku la...awal2 reject je keje ni...kompem la tak best keje kat situ. Mesti byk politik n drama tempat keje tu. Koserrrr
Quote ally9970 27-2-2019 12:29 PM
Reject jer awal2 company mcm tu...
Lps tu dok jer rumah menganggur..
Hari2 goyang telur...
so siapa yg padan muka?
Quote dekmieDandy 27-2-2019 12:48 PM
tapi dia dah explain balik kan.??

ni macam kedai baju tepi jalan tu je, hr recruiter apoo
Quote minahmanja 27-2-2019 12:58 PM
prettyuglybabe replied at 27-2-2019 11:52 AM
nama pun kedai baju kecik..
mana ada post hr bagai..
dia lah admin dia lah account dia lah segala. ...

betul... i second u... & dr apa hr tu ckp, itu cuma kedai baju.. so no wonder la keje sampai kul 9++... kedai baju kan biasa bukak sampai mlm...
Quote BerbiriOren 27-2-2019 01:46 PM
kalau aku HR msg2 pakai whatsap/msg biasa ni aku xlayan sbb x profesional. Paling2 pon call lah.. lagi mudah.
Quote jazaa100 27-2-2019 01:49 PM
mdhelmi replied at 27-2-2019 11:35 AM
xde pelik sgt situasi tu
ada je HR keje sampai mlm
yg pelik calon tu xbole nk cakap elok2

Betul.....

Pd aku aisha tu yg bengap....
Klu hr tu panggil lg, dah tentu utk 2nd iv & yg dah di shortlisted.....blh pulak tanya knp tak tgu boss lah.....

Elok HR tu jwab mcm tu pun.....

Quote sheqim 27-2-2019 01:52 PM
Bebudak yg komen tu dh masuk alam kerja ke blom? Kalu belom ko tunggu laaaa camne ko nk dapatkan keje punya payah.. baru staf company ws kul 9 pon macam salah besar giler.. agak2 nanti kalu keje nanti boss ws hal keje kul 3/4 pagi dia meroyan tak dkt boss? Wakakakaka ke report buruh terus?

Pastu xleh ke jwb leklok.. hahaha
Quote jazaa100 27-2-2019 01:57 PM
Edited by jazaa100 at 27-2-2019 01:59 PM

Memang layak lah kau tak dpt kerja aisya     

Dah lah tak bekerja....sewa satu baris dgn kedai baju tu je pun....bila org suruh dtg iv lg sekali...byk cekadak pulak.....
Quote adeqbun 27-2-2019 02:30 PM
Mmeilih kerja..baru kol 9 malam kene pggil dh merempan..ko hengat ko sorg je nak cari keje ke Aisya,..I team HR ni..
Quote buapakperut 27-2-2019 02:50 PM
iols tgk hr cakap helok je. yg pencari keje tu yang reply macam tak suka. heyy nak cari keja tapi tanak iv? apa punya mentality. mungkin sekolah tahap pmr
Quote fifie_olin 27-2-2019 03:17 PM
ptt la wasap mlm2...kedai baju jeh
Quote paz 27-2-2019 03:26 PM
Bagi Paz biasa sahaja Recruiter contact malam. Maybe ada sebab urgent atau apa sahaja.

Tapi attitude calon tu sangat lah tak best. Memang payah nak dapat keje macam tu.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.641149 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top