CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bangga Berkunjung Ke Masjid Tanpa Hijab, Gadis Diselar Netizen

28-2-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 4295| Komen: 16|Original author: Oleh: Myeonir

Setiap umat Islam dituntut supaya menutup aurat terutama ketika menjejakkan kaki ke masjid. Bukan itu sahaja, semua pengunjung bukan Islam juga diminta untuk menutup aurat sebagai tanda menghormati rumah ibadat Muslim itu.


Pun begitu, tular di Twitter baru-baru ini, apabila seorang gadis telah melawat sebuah masjid di India tanpa menutup auratnya.





Menerusi kapsyen gadis itu, dia menyampaikan bahawa hijab adalah tuntutan budaya dan bukannya kewajipan agama.

Keterangan gadis itu dihentam habis-habisan oleh kebanyakan netizen yang bengang kerana pendapatnya yang mengikut kepalanya sendiri dan tidak berlandaskan al-Quran.



Ada juga netizen yang menyelar tindakan wanita ini yang melancong semata-mata untuk mencari masjid bersesuaian dengan kefahamannya. 

Menurut seorang netizen, ini bukanlah kali pertama gadis ini melakukan perkara sebegini. Maryam Lee yang juga aktivis feminisme pernah beberapa kali sebelum ini 'memanaskan' laman sosial dengan kenyataan-kenyataan provokasinya. 



Sementara itu, seorang netizen berkongsi gambar dua artis antarabangsa terkenal, Camilla Cabello dan Dua Lipa yang menghormati masjid dengan mengenakan pakaian menutup aurat ketika berkunjung ke rumah ibadah itu.


Kredit foto: Twitter

Macam-macam betullah. Huru-hara jadinya bila ada puak yang menegakkan fahaman mereka sendiri! - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pai.kacang 28-2-2019 10:59 AM
ape lah manusia macam ni.. haih
Quote EvieWanKenobi 28-2-2019 11:01 AM
memandai2 je..
Quote Beribear 28-2-2019 11:20 AM
Laa tempat pengajian mana dia belajar sampai ckp pakai tudung tu tuntutan budaya je? Kalau tuntutan budaya mesti cuma satu kaum je yg amalkan kan? Adoiii la manusia, belajar AlQuran bg habis dulu baru la kau boleh sibuk pasal dunia ni ye
Quote sharlenetexas 28-2-2019 11:26 AM
Beribear replied at 28-2-2019 11:20 AM
Laa tempat pengajian mana dia belajar sampai ckp pakai tudung tu tuntutan budaya je? Kalau tuntutan  ...


Dia belajar dgn Alais kot
Quote kucingitam 28-2-2019 11:38 AM
nasiblah kau melayu dik...kalau cina dah kena tuduh DAPig dah..
Quote mawar_mustika 28-2-2019 11:43 AM
dlm forum ni pun ade jugak sorang hamba Allah tu ckp xwajib pakai tudung...sat lg muncullh tu
Quote chicozinn 28-2-2019 12:18 PM
oh si cikki birah ni mmg dari dulu jnis ala2 ateis cm sorg forumer tu..konon kita ni byak tiru arab sdangkan dlm Quran n hadis xde..Ya Allah sesat tol la weyh
Quote pokaibanktokyo 28-2-2019 12:50 PM
Hijab = kristian = kafir
Quote URUHA 28-2-2019 12:56 PM
Attention seeker ke dik? Bak kata P. Ramlee... "dah tua pun bodoh"
Quote saviour_09 28-2-2019 01:01 PM
minah ni dulu dah viral kan
ni merapu lagi?

stop making stupid people famous la
saja je ni cari viral
acah2 urban atheist yadayada

Quote ninjago 28-2-2019 01:18 PM
macam kurang ilmu je lagi dari statement dia. semoga bertemu jalannya dik. peace!
Quote matchstick 28-2-2019 04:13 PM
sharlenetexas replied at 28-2-2019 11:26 AM
Dia belajar dgn Alais kot

Hahahaha baru nk jawab yg sama. Alais aka asdan sewel pnya ajaran. Thread psl tudung sume dia duk ulang2 ayat yg sama dh mcm radio buruk pun ada
Quote bungarose 28-2-2019 04:50 PM
Sibukler minah nih dengan agama islam.....ko jaga agama ko sudahler
Quote kroit92 28-2-2019 08:19 PM
"Hijab is a social and culture construct, not a religious obligation."


dia ni Islam ke? bukan kut?
berani betul buat statement macam ni?

Allah dah kata, lelaki perempuan kena tutup aurat,
dalam Al-Quran pun dah bagi guideline, tang mana kena tutup, macam mana definisi tutup
tanak pakai tudung tutup aurat, ko pakai la baldi ke, iron-man punye armor ke, asalkan cover your aurah

Tapi kalau dia kata tak jugak, perempuan Islam boleh freehair, sah sesat
Memang tak paksa, Allah kata tutup aurat. Terpulang kat kamu nak ikut ke taknak
tapi sampai waktunya nanti, bila disoal. Jawab la kau sendiri. pandai buat pandai tanggung kan
Quote lee_sakura 1-3-2019 12:37 AM
dia ni non muslim kot
Quote BoLapciOus 4-3-2019 12:47 PM
If true dia non muslim why bother nk sibuk kecam agama lain..studyla dlu klu nk bgi hujah  yg dlm islam xperlu berhijab bgai..bercakap berdasarkan fakta baru btul..kot study2 tbuka hati tu nk peluk agama islam ke

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053759 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top