CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekik Suami Kerana Merajuk Tak Dapat Balik Rumah Ibu Bapa

1-3-2019 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2010| Komen: 4

Hasrat wanita ingin pulang ke rumah ibu bapanya bukan sahaja dihalang, malah dia turut dicekik suaminya di sebuah rumah panjang, lapor Berita Harian.


Gambar Hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam pada Ahad lalu, kejadian dipercayai berpunca akibat suspek berusia 18 tahun berang apabila isterinya merajuk dan sukar dipujuk selepas permintaannya mahu pulang ke rumah ibu bapanya tidak dituruti.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa berusia 22 tahun dan suspek yang kemudian mula mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai, mangsa yang tersinggung dengan kata-kata kesat itu memukul mulut suaminya menggunakan bantal sebelum suspek membalas dengan mencekik leher wanita berkenaan hingga berlaku pergelutan.


Tambahnya, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami cedera pada leher dan beberapa anggota tubuh lain.

Mohd Bukhori berkata, pihaknya menahan suspek di sebuah rumah panjang di Medamit, kelmarin sebaik menerima laporan daripada mangsa pada Selasa lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 1-3-2019 10:37 AM
amboi baru 18 tahun umo tok lakinya
Quote akumak 2-3-2019 08:58 PM
Adoi mudanya. Darah mmg senang mendidih dik...
Quote BoLapciOus 3-3-2019 12:22 PM
Pengaruh wrestling niii..
Quote jazaa100 3-3-2019 12:38 PM
Medamit ni kat mana?....

Sabah ke sarawak....sekrg byk gaduh cekik cekik, pukul bini dah berjangkit kat sana.....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.068025 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top