CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 4

Dicekik Suami Kerana Merajuk Tak Dapat Balik Rumah Ibu Bapa

[Copy link]
Post time 1-3-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Hasrat wanita ingin pulang ke rumah ibu bapanya bukan sahaja dihalang, malah dia turut dicekik suaminya di sebuah rumah panjang, lapor Berita Harian.




Gambar Hiasan




Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam pada Ahad lalu, kejadian dipercayai berpunca akibat suspek berusia 18 tahun berang apabila isterinya merajuk dan sukar dipujuk selepas permintaannya mahu pulang ke rumah ibu bapanya tidak dituruti.


Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa berusia 22 tahun dan suspek yang kemudian mula mengeluarkan kata-kata kesat.


Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai, mangsa yang tersinggung dengan kata-kata kesat itu memukul mulut suaminya menggunakan bantal sebelum suspek membalas dengan mencekik leher wanita berkenaan hingga berlaku pergelutan.


Tambahnya, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami cedera pada leher dan beberapa anggota tubuh lain.


Mohd Bukhori berkata, pihaknya menahan suspek di sebuah rumah panjang di Medamit, kelmarin sebaik menerima laporan daripada mangsa pada Selasa lalu.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 10:37 AM | Show all posts
amboi baru 18 tahun umo tok lakinya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi mudanya. Darah mmg senang mendidih dik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengaruh wrestling niii..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Medamit ni kat mana?....

Sabah ke sarawak....sekrg byk gaduh cekik cekik, pukul bini dah berjangkit kat sana.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.324941 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list