Sejak kebelakangan ini muncul satu hobi pelik dalam kalangan orang Malaysia, iaitu membela haiwan-haiwan liar untuk dijadikan binatang kesayangan. Bunyinya pelik tapi ianya bukan luar biasa kerana hobi mewah dan berbahaya ini seolah-olah dijadikan medan perlumbaan untuk menayangkan haiwan eksotik milik mereka. Di media sosial tular dua keping gambar seekor anak buaya dibawa berjalan-jalan oleh tuannya dengan menaiki kereta. Biarpun anak buaya tersebut nampak tenang dalam gambar pertama, namun gambar kedua pula menunjukkan sebaliknya, anak buaya itu ternganga menonjolkan gigi-gigi tajamnya. Dengan kapsyen "happy buaya dengan owner dia." menimbulkan kemarahan warga netizen. Persoalannya mengapa manusia mencari sesuatu yang berbahaya dan haram sebagai teman rapat mereka?
Di manakah nilai kemanusiaan apabila mereka tergamak memisahkan ibu haiwan ini dengan anaknya semata-mata mahu membelanya? Tidak sedarkah mereka bahaya akan menimpa apabila haiwan ini membesar? Menurut Natasha, bercambahnya kedai haiwan eksotik adalah kerana adanya permintaan daripada sekumpulan peminat binatang liar ini untuk dijadikan haiwan peliharaan. Haiwan seperti burung helang, ular, memerang, kongkang, dusky leaf monkey, 'Asian leopard cat' dan sebagainya adalah contoh haiwan yang sepatutnya berada di habitat asal. Walaupun kita masih tidak mengetahui bagaimana peminat ini mengumpul 'koleksi' mereka tetapi perbuatan sebegini seharusnya dihentikan. Haiwan liar seharusnya dibiarkan bebas bermain dengan kumpulannya bukan dijadikan haiwan belaan yang terpaksa mengekor manusia! Kenyataan tersebut disokong oleh netizen yang merasakan perbuatan tersebut perlu dihentikan segera. Kedai yang dimaksudkan itu sebenarnya menjual lebih banyak anak haiwan liar. Malahan tidak dapat dibayangkan bagaimana golongan pemburu ini memisahkan anak dan ibunya untuk didagangkan sebagai haiwan belaan. Dan kapsyen buaya itu gembira? Kebimbangan netizen adalah berasas, ini kerana sudah ada kes buaya tersesat di tasik Shah Alam, tetapi pihak Perhilitan berjaya menangkapnya. Nasib baik juga lah tiada kemalangan yang membabitkan nyawa. Setelah tweet itu tular, akhirnya muncul pemilik buaya tersebut lalu menafikan dia mewakili kedai tersebut. Katanya buaya itu dijaga dengan sebaik-baiknya, jadi tidak timbul isu penganiayaan binatang. Namun, tweet tersebut mendapat balasan komen yang mengutuk perbuatannya itu. Bagaimanapun, sesuatu perlu dilakukan oleh masyarakat supaya adanya kesedaran supaya melaporkan beramai-ramai mengenai penganiayaan haiwan eksotik ini. Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menyekat haiwan eksotik yang dijadikan binatang peliharaan ini. Bimbang ia menjadi trend sehingga setiap orang mempunyai mini safari sendiri tetapi akhirnya setelah tidak mampu menjaga, melepaskan ia ke tempat tidak sesuai - membahayakan nyawa orang lain pula. - CARI |
7
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CharlesDera replied at 5-3-2019 01:06 PM
animal activist triggered...wakakakakakakkaka
ADVERTISEMENT