CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3927|Reply: 17

Anak Buaya Jadi Haiwan Belaan. Bukan Itu Saja, Otter, Burung Hantu Banyak Lagila

[Copy link]
Post time 5-3-2019 12:58 PM | Show all posts |Read mode





Sejak kebelakangan ini muncul satu hobi pelik dalam kalangan orang Malaysia, iaitu membela haiwan-haiwan liar untuk dijadikan binatang kesayangan. Bunyinya pelik tapi ianya bukan luar biasa kerana hobi mewah dan berbahaya ini seolah-olah dijadikan medan perlumbaan untuk menayangkan haiwan eksotik milik mereka.



Di media sosial tular dua keping gambar seekor anak buaya dibawa berjalan-jalan oleh tuannya dengan menaiki kereta. Biarpun anak buaya tersebut nampak tenang dalam gambar pertama, namun gambar kedua pula menunjukkan sebaliknya, anak buaya itu ternganga menonjolkan gigi-gigi tajamnya. Dengan kapsyen "happy buaya dengan owner dia." menimbulkan kemarahan warga netizen.



Persoalannya mengapa manusia mencari sesuatu yang berbahaya dan haram sebagai teman rapat mereka?

Di manakah nilai kemanusiaan apabila mereka tergamak memisahkan ibu haiwan ini dengan anaknya semata-mata mahu membelanya?
Tidak sedarkah mereka bahaya akan menimpa apabila haiwan ini membesar?






Kredit foto: Twitter





Menurut Natasha, bercambahnya kedai haiwan eksotik adalah kerana adanya permintaan daripada sekumpulan peminat binatang liar ini untuk dijadikan haiwan peliharaan.



Haiwan seperti burung helang, ular,  memerang, kongkang, dusky leaf monkey, 'Asian leopard cat' dan sebagainya adalah contoh haiwan yang sepatutnya berada di habitat asal. Walaupun kita masih tidak mengetahui bagaimana peminat ini mengumpul 'koleksi' mereka tetapi perbuatan sebegini seharusnya dihentikan. Haiwan liar seharusnya dibiarkan bebas bermain dengan kumpulannya bukan dijadikan haiwan belaan yang terpaksa mengekor manusia!



Antara haiwan liar yang menjadi binatang peliharaan seorang wanita





Kenyataan tersebut disokong oleh netizen yang merasakan perbuatan tersebut perlu dihentikan segera. Kedai yang dimaksudkan itu sebenarnya menjual lebih banyak anak haiwan liar. Malahan tidak dapat dibayangkan bagaimana golongan pemburu ini memisahkan anak dan ibunya untuk didagangkan sebagai haiwan belaan. Dan kapsyen buaya itu gembira?






Kredit foto: IG



Kredit foto: IG





Kebimbangan netizen adalah berasas, ini kerana sudah ada kes buaya tersesat di tasik Shah Alam, tetapi pihak Perhilitan berjaya menangkapnya. Nasib baik juga lah tiada kemalangan yang membabitkan nyawa.



Setelah tweet itu tular, akhirnya muncul pemilik buaya tersebut lalu menafikan dia mewakili kedai tersebut. Katanya buaya itu dijaga dengan sebaik-baiknya, jadi tidak timbul isu penganiayaan binatang.





Namun, tweet tersebut mendapat balasan komen yang mengutuk perbuatannya itu. Bagaimanapun, sesuatu perlu dilakukan oleh masyarakat supaya adanya kesedaran supaya melaporkan beramai-ramai mengenai penganiayaan haiwan eksotik ini.





Kredit foto: IG




Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menyekat haiwan eksotik yang dijadikan binatang peliharaan ini. Bimbang ia menjadi trend sehingga setiap orang mempunyai mini safari sendiri tetapi akhirnya setelah tidak mampu menjaga, melepaskan ia ke tempat tidak sesuai - membahayakan nyawa orang lain pula. - CARI










Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 01:06 PM | Show all posts
animal activist triggered...wakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya pernah tau satu mangkuk ni, tangkap ank boya kt sarawak bw balik semenanjung. Bkn dia yg bela pun. Suh mak ayah dia bela. Dia gi meronggeng je tau. Last2 ayah dia hantar ke zoo kot sbb xde dah boya tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular boye ni bukannya macam kucing anjing boleh gomol2. Ni besar nanti ular boye tu pulak yg makan ko.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 5-3-2019 01:06 PM
animal activist triggered...wakakakakakakkaka

Nak jadi aktivis bukan macam ni caranya. Jadi aktivis macam Bam Arrogacia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:40 PM | Show all posts
Jangan masa kecik je gigih nak jaga tapi bila dah makin besar cost dah makin tinggi main tinggalkan kat tasik kat sungai membahayakan orang awam pulak nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar buang merata2 ingat boleh buang spt anjing kucing
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo iolss mmg tak teringin nak bela.. kosser agt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
owner burung pun layak di kecam ..... patah kan kaki mereka dan rasa kan hidup bebas ......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:56 PM | Show all posts
baik bela ayam je cukup masa bleh makan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat student bela anak buaya dlm longkang besaq di asrama...bila terbongkaq...pegawai perhililitan mai angkut ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:12 PM | Show all posts
harap tiada masalah yang menimpa di kemudian hari kerana haiwan reptilia sebagaimana jinak pun akan mempunyai sifat agresif and protect them self from human hati-hati kerana bahaya tidak kira masa terutama kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bangangnya
Nnt dh besor ko buang kat sungai atau lombong
Baik kau sendiri serahndiri kat buaya tu jadikan makanan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:48 PM | Show all posts
kesian binatang2 tu.ptt biarkan ke habitat asalnye jer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari bela haiwan reptilia camni. Baik pi bela anjing atau kucing yg terbiar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Reptilia yang macam ni sesuai hidup bebas jangan bila ada masalah di kemudian hari call abang bomba ye! reptilia sukar di jangka karakter walaupun bela dah berbelas tahun jangan sebab haiwan reptilia ni anda hilang orang yang tersayang pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiwan apa yg bawah gambar burung hantu tuh? Comel
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kedai pet lebih bercambah Dr kedai baby.. Apa yg byk dibela
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.072861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list