Suatu ketika dahulu, Malaysia Airlines (MAS) adalah antara syarikat penerbangan paling terkenal di seluruh dunia kerana makanan dan layanan kru kabinnya. Mereka menerima pelbagai penghargaan dan sanjungan atas kualiti perkhidmatan yang memberangsangkan. Bagaimanapun, prestasi itu semakin malap susulan pelbagai insiden malang yang menimpa mereka. Bagaimanapun, terdapat
tanda-tanda MAS kini semakin pulih
daripada zaman kejatuhan. Terbaru, syarikat itu berjaya memenangi anugerah 'Best Airline in Asia' pada Pacific Area
Travel Writers Association (PATWA)
International Travel Awards di ITB Berlin. PATWA International Awards ialah
antara anugerah paling berprestij dalam dunia penerbangan dan dimulakan 18
tahun lalu. Penjurian anugerah ini dilakukan berdasarkan beberapa kriteria dan
diaudit berdasarkan piawaian yang ketat. Anugerah itu diterima oleh Ahmad Lukman
Mohd Azmi, Group CEO bagi pihak MAS. Menurut kenyataan Izhar Ismail, CEO MAS, penganugerahan itu berikutan beberapa perkembangan positif dalam syarikat tersebut dalam dua tahun kebelakangan ini termasuklah pembelian kapal terbang baru dan inovasi produk dan digital. 'Ini satu bukti bahawa kami komited
terhadap memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik buat penumpang' katanya.
'Kami bangga dengan anugerah ini dan mendedikasikannya kepada kakitangan MAS yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik' tambahnya lagi. Sebagai tanda terima kasih atas kemenangan ini, MAS kini menawarkan potongan harga 25% ke atas beberapa destinasi mereka seperti Hong Kong dan Sydney. Tawaran berakhir malam ini 12 Mac untuk penerbangan sehingga 31 Mei 2019. Tahniah diucapkan kepada MAS dan
semoga ini adalah comeback yang ditunggu-tunggu. - CARI |
5
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 14-3-2019 11:31 AM
hrp2 ubah la menu... meols masih tbayang2 nasi lemak dogol dan kacang masin tuh... do something utk ...
chinta89 replied at 14-3-2019 11:31 AM
hrp2 ubah la menu... meols masih tbayang2 nasi lemak dogol dan kacang masin tuh... do something utk ...
wadiunong replied at 14-3-2019 11:34 AM
tak sedap langsing nasik lemak itew
ira_229 replied at 14-3-2019 12:01 PM
betul hilang selera nak sarapan...ingat sedap...
kru boleh tahan layanan dia...cuma masa tu yg du ...
chinta89 replied at 14-3-2019 12:25 PM
layanan mmg tip top tapi bab menu mmg
lkick2113 replied at 14-3-2019 11:25 AM
dengarnya kerajaan pakatan nak jual MAS ni
slavehunter replied at 14-3-2019 05:53 PM
Best cabin crew service pun gaji tetap tak setanding airlines lain.
baghal_bortuqal replied at 14-3-2019 07:45 PM
Baghal terkejut cabin crew mas masih amalkan berlutut atas lantai Dan tolong bukakan kasut baghal ...
slavehunter replied at 14-3-2019 08:04 PM
Bukakan kasut kenapa?
ADVERTISEMENT