Pesawat Saudia penerbangan SV832 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah gara-gara kelalaian seorang penumpang wanita tertinggal bayinya di kawasan menaiki kapal terbang terminal berkenaan. Memetik laporan The Independent pada 12 Mac, perkara itu didengar dalam rakaman antara juruterbang pesawat berkenaan dan petugas kawalan trafik udara Jeddah yang dimuat naik dalam YouTube.
"Semoga Allah bersama kita. Adakah kami boleh berpatah balik atau tidak?" kata juruterbang tersebut melalui radio. "Pesawat membuat permintaan untuk berpatah balik, seorang penumpang tertinggal bayinya di kawasan menunggu, kasihan anak itu," kata petugas kawalan trafik udara. Apabila diminta mengulangi permintaannya, juruterbang itu menegaskan, "Kami telah beritahu anda, seorang penumpang tertinggal bayinya di terminal dan tidak mahu meneruskan penerbangan." Pesawat berkenaan akhirnya dibenarkan berpatah balik. "Ini merupakan insiden yang pertama kali berlaku di sini," kata petugas kawalan trafik udara di Jeddah. Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang bagaimana penumpang wanita berkenaan boleh terlupa dan tertinggal anaknya di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. The Independent juga menyatakan pihaknya telah meminta pengurusan Saudia untuk mengulas tentang insiden tersebut. Mujurlah wanita berkenaan teringat tentang anaknya sebelum tiba di KLIA, kalau tidak mungkin lagi kecoh jadinya. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 12-3-2019 08:04 PM
Knp patah balik? Kerana sorang cuaim habis menyusahkan 1 kapal.. teruskan je perjalanan.. biar mak d ...
EvieWanKenobi replied at 13-3-2019 07:20 AM
padahal kan buat announcement
untuk parents with infants boarding
flight dulu..
glump replied at 12-3-2019 11:04 PM
Pramugari tak cek blk ke either semua penumpang dah naik ke. Ke baby tu tak daftar tu yg dia tak pas ...
hussaini4675 replied at 13-3-2019 08:06 AM
Sepatutnya camtulah. Check passenger & boarding pass. Mungkin perempuan tu naik business atau 1st ...
ADVERTISEMENT