Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google
Pesawat Saudia penerbangan SV832 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah gara-gara kelalaian seorang penumpang wanita tertinggal bayinya di kawasan menaiki kapal terbang terminal berkenaan.
Memetik laporan The Independent pada 12 Mac, perkara itu didengar dalam rakaman antara juruterbang pesawat berkenaan dan petugas kawalan trafik udara Jeddah yang dimuat naik dalam YouTube.
"Semoga Allah bersama kita. Adakah kami boleh berpatah balik atau tidak?" kata juruterbang tersebut melalui radio.
"esawat membuat permintaan untuk berpatah balik, seorang penumpang tertinggal bayinya di kawasan menunggu, kasihan anak itu," kata petugas kawalan trafik udara.
Apabila diminta mengulangi permintaannya, juruterbang itu menegaskan, "Kami telah beritahu anda, seorang penumpang tertinggal bayinya di terminal dan tidak mahu meneruskan penerbangan."
Pesawat berkenaan akhirnya dibenarkan berpatah balik. "Ini merupakan insiden yang pertama kali berlaku di sini," kata petugas kawalan trafik udara di Jeddah.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Kredit foto: Carian Google
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang bagaimana penumpang wanita berkenaan boleh terlupa dan tertinggal anaknya di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
The Independent juga menyatakan pihaknya telah meminta pengurusan Saudia untuk mengulas tentang insiden tersebut.
Mujurlah wanita berkenaan teringat tentang anaknya sebelum tiba di KLIA, kalau tidak mungkin lagi kecoh jadinya. - CARI |