CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mata Masuk Habuk'- Netizen Sebak Baca Luahan Perasaan Shuib Sepahtu

13-3-2019 12:48 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 7551| Komen: 23|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit Foto: Shuib Sepahtu
Bercakap tentang Sepahtu, pasti ramai yang mengenali pasangan pelawak ini yang dianggotai oleh dua jejaka yang berasal dari Johor, iaitu Shahmira Muhammad (lebih dikenali sebagai Shuib) dan Mohd Nadzri Zainal Abidin (lebih dikenali sebagai Jep). Sepanjang bergelar pelawak tersohor di Malaysia, lawak jenaka Sepahtu jarang mengecewakan dan seringkali menghiburkan, baik di kaca TV mahupun di radio. 


Namun kejayaan yang dikecapi Sepahtu kini bukanlah semudah yang dilihat. 

Menerusi post Instagram baru-baru ini, Shuib telah menitip sebuah catatan yang menyentuh hati mengenai susah senang yang dilaluinya bersama-sama Jep sebelum Sepahtu dikenali. 

Perkongsian yang mendapat lebih 40,000 tanda suka itu antara lain menyatakan tentang nama 'Shuib' yang digunapakai sehingga kini merupakan nama gelaran  yang diberi sendiri oleh Jep dari awal perkenalan mereka yang kini mencapai hampir belasan tahun. 

"Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya...😂,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. "

"Dia kata nama tu sesuai utk aku...Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” 😂..."

"Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL... Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak," tulisnya.

Mengimbau pelbagai kenangan bersama, Shuib menutup tulisannya dengan ungkapan yang lebih syahdu apabila menyatakan betapa tidak ternilainya talian persahabatan di antara mereka.

"Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”...Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tp tak tau siapa... Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU," tulisnya lagi.


Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakan selebriti dan peminat terhadap post berkenaan dan yang paling menarik perhatian adalah respon daripada Jep sendiri yang ringkas dan mendalam, "Kita perlu pulangkan semua sebelum kita pulang. Atas dzatNya yang maha Rahman kita berada disini. Sebuah cita-cita dongeng yang diizinkan 😊. Semoga sentiasa dalam redup rahmatNya sahabat @shuibsepahtu." -CARI
8

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupperwarepink 13-3-2019 01:36 PM
Nasib baik puji kawan dia kali ni, ingat recycle lagi pujikk bini
Quote kiah_mai_pulak 13-3-2019 01:46 PM
tupperwarepink replied at 13-3-2019 01:36 PM
Nasib baik puji kawan dia kali ni, ingat recycle lagi pujikk bini

Rasanya puji kawan ni pun recycle gakk ni
Quote minahmanja 13-3-2019 01:48 PM
ingat kan diorg sekampung...
Quote tupperwarepink 13-3-2019 02:05 PM
kiah_mai_pulak replied at 13-3-2019 01:46 PM
Rasanya puji kawan ni pun recycle gakk ni

gituuulah nak kekal relevan dalam industry
Quote RatuDunia94 13-3-2019 02:19 PM
Peranan mamat pon byk gak utk kejayaan deols.. shuib ada cerita mamat yg bg nama kumpulan Sepah tu.. mamat dah kawan dgn Jepp lama sebelum Jepp jumpa Shuib..
Quote fifie_olin 13-3-2019 02:27 PM
Edited by fifie_olin at 13-3-2019 02:29 PM

pe nama betul shuib
mati2 igt tu nama dia

Quote virgo19 13-3-2019 02:30 PM
kiah_mai_pulak replied at 13-3-2019 01:46 PM
Rasanya puji kawan ni pun recycle gakk ni

Rasanya dia dah pernah cerita kat program astro 'di sebalik tawa'
Quote kaklong32 13-3-2019 02:50 PM
fifie_olin replied at 13-3-2019 02:27 PM
pe nama betul shuib
mati2 igt tu nama dia

shahmira kalo tak silap
Quote AmyOpy 13-3-2019 02:53 PM
mengimbau kisah silam
Quote EvieWanKenobi 13-3-2019 03:30 PM
apa maksud Sepahtu?
Quote tagas 13-3-2019 03:49 PM
rezki depa

mamat je bodoh sombong ntah mane hilang
Quote Nuyak 13-3-2019 04:10 PM
Rezeki Shuib & Jep..Kalau Mamat pandai jaga diri mesti da berjaya mcm diaorg..tapi tu la poyo sangattt...
Quote nuryakmal 13-3-2019 04:11 PM
ok shuib. noted with thanks

Quote mohdcrow 13-3-2019 05:22 PM
M.A.R.K.E.T.I.N.G
Quote giyomi 13-3-2019 08:01 PM
tak rasa pon mata masuk habuk, tp tergelak bila dikatakan pelawak tersohor.
Quote chicozinn 13-3-2019 09:10 PM
Apsal xsebut skli si mamat tu??betul2 si jep n mira ni smpai hati wt cmtu..wlaupun dia tu gduh ngan korang tpi limelight korg dpt skang pun berkat mse jadi sepah dlu..stat msuk rahim si kaki lompat geng n pakya lawak xleh hadam tu meollss rasa korg stat bosan cuma bese r bila jdi produk asterok ni rzki masyuk la..cer tgu lgi brape tahun kang trus flop hbs cm harun ajis..
Quote one_aiman 13-3-2019 09:40 PM
si shuib ni jadi duta dobi aqua nano lagi ke?
Quote Fettybombom 13-3-2019 09:54 PM
Moga persahabatan dorg kekal utuh..
Quote cupu 13-3-2019 09:59 PM
Shuib ni lembut..dia jawa ke eh...biasa johorean yg aku knl memanjang bhskan dia aku aku aku...certain ngan makbapak pun aku..tp shuib ni saya...aku perati je dia kag hot.fm..bhskan diri saya...soft spoken patutlah syg bini..jd yg beruntung kat sini sarah..dan kwn2 shuib..jepp plk bagusnya ada..tp aku tgk jns ada angin sikit..ada xkena dia blh let go mcm tu je.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.119705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top