CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita, Bayi Maut Selepas Cuba Melahirkan Berpandu YouTube

13-3-2019 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3341| Komen: 13

Seorang wanita di India maut selepas cuba melahirkan anaknya berpandukan video di YouTube, lapor Mirror.


Gambar Hiasan


Menurut media tempatan, tindakannya itu didorong perasaan bimbang terhadap stigma masyarakat setempat kerana bersalin sebelum berkahwin.

Mayat kedua-dua ibu dan anak itu ditemui di sebuah bilik di Gorakhpur, Uttar Pradesh yang disewanya beberapa hari lalu.

Mayat mereka ditemui selepas jirannya memaklumkan kepada pemilik rumah bahawa mereka melihat darah mengalir keluar dari bilik mangsa pada pagi Isnin, kata polis kepada Hindustan Times.

Pemilik rumah itu kemudian memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui beberapa peralatan seperti gunting, pisau dan benang berhampiran mayat bersama sebuah telefon pintar.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan menonton sebuah video bertajuk 'how to deliver baby by self' dan beberapa video serupa mengenai proses bersalin di YouTube.



Kredit foto: Mirror

Menurut jurucakap polis, Ravi Rai berkata, pihaknya percaya wanita itu cuba melahirkan bayinya sendiri pada malam Ahad iaitu empat hari selepas menyewa bilik berkenaan.

Selain itu, mereka juga percaya wanita dari Bahraich terbabit mahu mengelak stigma masyarakat setempat kerana memiliki anak sebelum berkahwin.

Difahamkan, pada hari mangsa ingin menyewa bilik berkenaan, dia memaklumkan pemilik rumah bahawa ibunya akan tiba untuk menghantarnya ke hospital apabila mahu melahirkan.

Mayat mangsa akan dihantar kepada keluarganya selepas bedah siasat dilakukan. Keluarga mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis mengenai kejadian. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • darls


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 13-3-2019 12:52 PM
kesiannya hidup dia ni....kene rogol ke apa sampai malu nk pi hospital
Quote RatuDunia94 13-3-2019 02:12 PM
Ayoom ko ingat main masak2 ke tgok kat youtube jah...
Quote mesmerize 13-3-2019 02:41 PM
takkan kau nak gunting, jahit sendiri kot bawah tu nak beranak DIY pelbagai
Quote EvieWanKenobi 13-3-2019 03:26 PM
sungguh terdesak..
Quote chinta89 13-3-2019 03:47 PM
sedihnya hanya kerana takut stigma masyarakat...
Quote mrsLucky 13-3-2019 09:34 PM
Adoi kasihannya. Parents kena monitor anak dan pastikan anak close dengan kita. Kalau perkara sebegini terjadi mereka berani mengadu dan meminta pertolongan. I think perempuan ni tumpah darah.
Quote farlis 14-3-2019 08:26 AM
Sedihnya laaa jd mcm ni.. Kalau dia mangsa rogol, tapi dia yg hidup tanggung malu.. Dh la puak2 sana tu rogol sumbang mahram mmg berleluasa.. Watever pun, this is not the right way to end up your own life.  
Quote notyghosty 14-3-2019 09:40 AM
adehhhh x ter 'imagine' aku cam ne nk gunting sendri, jahit sendiri?? doc pon belajar bertahun2 nk 'menjahit' pesakit...adeh...adeh... ngilu aku aiihhh...
Quote kenarikelabu 14-3-2019 09:49 AM
Doula mana la yg dia folo tgk kt yutiub tuh...
Quote sukacactus 14-3-2019 09:56 AM
Ngeri sungguh baca preparation si mati ni
Mula td masuk nak hencap sebab buat pandai2 sdr
Kesian...hadap problem berseorangan rupanya
Quote lolita737 14-3-2019 09:59 AM
kesian dia..

semoga rohnya tenang di sana..
Quote bakingsoda 14-3-2019 01:57 PM
kalau kena rogol jgn laaaa simpan sorang2, tolong buat laporan. jadi MANGSA kot, sempat lg fikir malu, ni perogol aman2 jah kat luar. mujur baru kalau tak kena report. tapi kalau buat suka sama suka, hmm..masa buat tak ingat masa depan.
Quote None68 20-3-2019 04:06 PM
Allah kesian pulak mcm gini, kurang2nya dia x bunuh anaknya..usaha jugak nak melahirkan..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.290656 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top