CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dalang Pembuangan Sisa Kimia Sungai Kim Kim Akan Didakwa Esok

13-3-2019 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 54953| Komen: 553|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pengusaha kilang penguraian tayar haram di Kulai yang didakwa menjadi dalang pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu bakal didakwa di mahkamah Johor Bahru esok.


Harian Metro melaporkan tiga suspek yang juga pengusaha pelbagai kilang berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata pihaknya akan mendakwa pihak terbabit selepas siasatan mendapati bukti iaitu ciri-ciri bahan kimia yang ditemui dalam bahan buangan di Sungai Kim Kim.

Foto: Facebook
Keputusan analisa kimia terhadap empat sampel yang diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sungai Kim Kim menunjukkan ia mengandungi bahan pelarut organik benzene, toulene dan xylene, ethybenzene dan D-Limonene.


“Berdasarkan laporan analisa kimia, D-Limonene itu adalah hasil kepada proses penguraian tayar.

“Kertas siasatan sudah siap pagi ini dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian dan mendapatkan kebenaran bagi pendakwaan.

“Kita tidak boleh mendedahkan namanya tetapi pihak berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sabit kesalahan, pengusaha berkenaan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000.”

“Kesan pencemaran berkenaan merebak akibat hujan hingga ramai yang terjejas dan banyak perkara masih menjadi tanda tanya.

“Saya hubungi Peguam Negara Tommy Thomas bagi mendapatkan pandangannya sama ada pengusaha berkenaan boleh didakwa atas kesalahan lebih berat kerana hukuman penjara lima tahun dan denda tidak setimpal.

Foto: Facebook
“Namun pendakwaan akan diadakan esok mengikut hasil siasatan dan sekiranya agensi lain mengenal pasti kesalahan lain, mungkin dia boleh didakwa atas pelbagai kesalahan pada masa depan."

Sebelum ini  13 sekolah di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim terjejas akibat pembuangan sisa kimia Khamis lalu, dengan lebih 500 mangsa dicatatkan sehingga hari ini. -CARI 
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 12-3-2019 11:29 AM
Tutup sekolah hingga keadaan selamat - MB Johor
Ibrahim Isa

PASUKAN perubatan memberi bantuan kepada murid yang terhidu sisa toksik di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, semalam. FOTO Hairul Anuar Rahim.
KERAJAAN negeri Johor meminta dua sekolah yang terjejas teruk akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, supaya ditutup sementara hingga keadaan selamat.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.

Beliau berkata, menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) pada 7 Mac lalu, keputusan diambil untuk membuka semula kedua-dua sekolah pada 11 Mac.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian keselamatan dibuat dan mendapati keadaan udara di kedua-dua sekolah berkenaan selamat daripada sebarang unsur pencemaran bahan kimia.

“Bagaimanapun, kejadian pagi tadi (semalam) adalah sesuatu di luar jangkaan dan amat dikesali.

“Saya meminta JPBBD memastikan sekolah berhampiran sungai berkenaan ditutup sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk pelajar dan guru meneruskan sesi pembelajaran.

“Ketika ini pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melakukan kerja pembersihan bagi memastikan keadaan persekitaran dan kualiti udara selamat daripada sebarang pencemaran bahan kimia," katanya.

Osman berkata, agensi kerajaan itu berusaha mengenalpasti punca pencemaran supaya kejadian sama tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan tiga suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja dipercayai membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim ditahan pihak berkuasa dan akan didakwa dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri menerusi agensi berkaitan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak bertanggungjawab membuang bahan kimia ke sungai sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sisa kimia yang menjejaskan alam sekitar dan membahayakan nyawa penduduk setempat," katanya.
Quote Remyda 12-3-2019 11:58 AM
Sebuah lagi sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang terkesan akibat pencemaran gas susulan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pagi tadi.
Quote Remyda 12-3-2019 11:59 AM
Lapan murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas dipercayai mempunyai kaitan dengan pencemaran gas metana. - Dr Sahruddin Jamal
Quote Remyda 12-3-2019 11:59 AM
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang diarah tutup buat sementara waktu. - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal
Quote mejaputih 12-3-2019 12:28 PM
siannya pelajar2...
Quote prizadane 12-3-2019 12:31 PM
Sungai kim kim tu memang la dah sedia ada kotor..ditambah lagi dengan pencemaran toksik ni. Come on Johor..kata duit banyak sampai boleh ada own jet, tayang kereta, beli player mahal..takkan nak cuci sungai n invest duit uit untuk pemulihan sungai pun tak boleh?
Quote Remyda 12-3-2019 02:12 PM
JAS sudah selesai mengambil dan merekod keterangan 3 suspek yang dipercayai membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. - Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh
Quote awanearisu 12-3-2019 02:17 PM
Ini benar-benar menimbulkan amarah
Quote ninja boy 12-3-2019 02:25 PM
Kasi tangkap lah. Suruh kerja amal sedut taik angkat sampah bersih kan sungai pantai sampai bersih
Quote haruslah 12-3-2019 03:26 PM
xkan dpd aritu xde kena tangkap
siap boleh buang lagi lak tu
Quote haruslah 12-3-2019 03:27 PM
prizadane replied at 12-3-2019 12:31 PM
Sungai kim kim tu memang la dah sedia ada kotor..ditambah lagi dengan pencemaran toksik ni. Come on  ...

hahaha jgn sebut gitu
nanti ko kena tuduh dengki
haters JDT


Quote Remyda 12-3-2019 03:28 PM
haruslah replied at 12-3-2019 03:26 PM
xkan dpd aritu xde kena tangkap
siap boleh buang lagi lak tu

3 orang sudah di tangkap
Quote sonatalady 12-3-2019 03:28 PM
X pasal2 bdk2 jadi mangsa.
Otak singkat betul yg buat ni..
Letakkan dorang..bos comp tu kat tempat tercemar ni..jgn tolong lepas tu.rasakan plak.
Quote Simunggu 12-3-2019 04:18 PM
prizadane replied at 12-3-2019 12:31 PM
Sungai kim kim tu memang la dah sedia ada kotor..ditambah lagi dengan pencemaran toksik ni. Come on  ...

buang duit jota jota bagi bersih last last org bagi kotor balik...maluapabosku
Quote Remyda 12-3-2019 05:02 PM
Murid mula sesak nafas, loya, muntah sebelum rehat
Mohd Sabran Md Sani

PEGAWAI perubatan dan guru memberi bantuan kepada murid selepas mengalami tanda sesak nafas, loya dan muntah di SK Tanjung Puteri Resort. FOTO Mohd Sabran Md Sani
“KEJADIAN berlaku sebelum waktu rehat apabila empat murid tiba-tiba mengalami sesak nafas, loya dan muntah,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Mohd Asri Abdul Kadir.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, empat murid terpaksa dikejarkan ke bilik rawatan sekolah selepas mengalami simptom keracunan dipercayai terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim.

Mohd Asri berkata, gelombang ketiga pencemaran itu dihadapi seramai 857 murid sekolah apabila terhidu bau pencemaran akibat dibawa angin kuat pagi tadi.

“Pagi tadi, sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan selama ini tiada tanda murid terhidu gas kimia terbabit sejak kejadian itu berlaku enam hari lalu, murid dan pengurusan sekolah tidak berdepan sebarang masalah kesihatan.

“Bagaimanapun keadaan cemas bermula jam 9.45 pagi apabila empat murid berdepan tanda loya, muntah dan pening,” katanya ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.

Menurutnya, dia terpaksa mengambil langkah utama dan mengarahkan semua murid berkumpul di kawasan lapang bagi memastikan keselamatan terjamin sejurus selepas empat murid mendapatkan rawatan.

“Saya arahkan semua murid dan pengurusan sekolah termasuk guru turun di dataran perhimpunan bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan.

“Tidak lama kemudian bilangan murid yang mengalami tanda pening, loya dan muntah bertambah sebelum dikejarkan ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini, untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, murid sekolah itu silih berganti dikejarkan ke dewan dengan menaiki ambulans bermula jam 10 hingga 11.30 pagi bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Pada masa sama, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) datang untuk melihat kualiti udara, namun tahap bacaan sifar, selain mengesahkan ia berpunca daripada angin.

“Anggota balai bomba dan penyelamat mengarahkan penutupan sekolah dan mengarahkan kakitangan dan murid pulang ke rumah pada jam 11.15 pagi,” katanya.

Menurutnya, sekolah itu kemudian dikosongkan, selain guru turut menghantar murid orang Asli dari Teluk Kabung pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.

Sementara itu, tinjauan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih mendapati petugas kesihatan membantu memberikan rawatan kepada kira-kira 100 murid sekolah terbabit.

Murid yang mengalami tanda sesak nafas dan muntah diberikan rawatan termasuk diberikan alat bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Situasi menjadi agak kelam kabut apabila ibu bapa turut hadir melihat keadaan anak masing-masing yang dirawat di dewan itu.
Quote Remyda 12-3-2019 06:00 PM
Luahan dari seorang guru

Pray for us again...

Murah sangatkah harga nyawa kami warga SMK Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih. Sy sendiri pakai mask. Dr pagi sampai balik dan berakhir di bilik kecemasan KKPG. Bayangkan jika saya tak pakai, sy ada asma. Ramai rakan2 guru sy ada asma.. anak murid sy...  ramai rakan guru2 sy mengandung bahkan anak2 murid yg baru keluar wad... hadir ke sekolah. Nampak suasana sekolah tenang diawal pagi. PDPc berlaku dgn aman. Tenang. Menjelang slps rehat... seorang demi seorang mengadu pening, muntah2, sesak nafas. Ya... tragedi berulang. Bermulalah detik huru hara buat kali kedua. Sy sendiri... dada mula ketat... sakit.. pening dan lemah seluruh badan... tak mampu beri bantuan kpd rakan2 n anak2 murid. Call suami minta hantar ke klinik.

Tegarnya anda membuang sisa toksik merata... tegarnya anda meletakkan beban dibahu kami utk memikulnya... tegarnya anda membiarkan kami terluka...

Doakan yg baik2 buat kami semua... Doakan bencana ini berlalu pergi... Doakan hujan di bumi Pasir Gudang...

#Gastoxic
#OTWkeKKPG
Quote imthegirl 12-3-2019 06:16 PM
Orang awam selain yg kat sekolah ada kena sesak nafas pening muntah macam budak sekolah dan guru guru tu ke?
Quote nazurah 12-3-2019 06:29 PM
sekolah jek ke yang kena... rasa2 kat sekeliling sekolah tu banyak rumah...
Quote Remyda 12-3-2019 06:29 PM
[fbp]https://www.facebook.com/113896688663438/posts/2034458876607200?sfns=1[/fbp]

Lihat semua komen(553)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.191477 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top