Setiap negara di dunia ini mempunyai wilayahnya sendiri. Untuk mengekalkan kedaulatannya, setiap negara bersetuju menetapkan batas sempadan. Apabila memikirkan sempadan negara, pasti anda akan terbayangkan sesuatu yang terpencil, dikawal ketat dan kadang-kadang tidak boleh dilihat bukan?
Namun, tahukah anda masih ada sempadan negara yang unik dan menarik untuk diketahui. 1. Mexico dan Amerika Syarikat Sempadan yang paling kerap dilintasi di dunia. Sempadan kedua-dua negara ini kelihatan begitu ketara. Di sebelah kanan adalah Tijuana, Baja California, memiliki pembangunan yang membangun, manakala di sebelah kiri adalah San Diego, California, merupakan loji rawatan kumbahan yang dibina untuk membersihkan sungai Tijuana.
2. Hungary, Slovakia dan Austria Batas tiga negara ini adalah unik kerana ada meja segi tiga dan kerusinya yang memisahkan tiga negara. Sisi pertama meja dimiliki Hungary, sisi kedua meja dimiliki Slovakia dan sisi ketiga dimiliki Austria. 3. Norway dan Sweden Norway dan Sweden merupakan salah satu sempadan yang agak unik. Kedua-dua negara ini memiliki sempadan negara dengan garisan putih di tengah jambatan yang membahagikan kedua-dua kawasan di negara ini. Apa yang lebih menarik, terdapat sempadan dengan hanya memotong laluan pokok. Kebiasaannya digunakan warga Sweden yang menaiki kereta salji (laluan terhad dengan jarak kira-kira 1000 batu sahaja). Namun, sebaliknya di Norway, kereta salji dilarang sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan alam sekitar. 4. Belgium dan Belanda Terdapat sebuah bandar di benua Eropah yang dipanggil bandar Baarle yang mempunyai nama berbeza. Di Belanda, bandar ini sering dipanggil bandar Baarle-Nassau. Di wilayah Belgium, bandar ini dipanggil Baarle-Hertog. Batasan antara Belanda dan Belgium tidak hanya dipisahkan dengan garisan, tetapi sempadan ini mempunyai wilayah eksklaf (exclave) . Wilayah exclave adalah wilayah negara yang berada di wilayah negara lain. 5. Korea Utara dan Korea Selatan Negara yang memutuskan untuk mengadakan perdamaian sejak April 2018 ini bersempadan secara langsung di dataran. Korea Selatan dan Korea Utara dipisahkan oleh zon selamat yang dipanggil DMZ (zon demiliterisasi). Perbezaan kedua-dua negara ini sangat ketara. Salah satu yang dapat dilihat adalah lampu pada waktu malam di Korea Utara yang hampir bergelap di malam hari berbanding di Korea Selatan. 6. Poland dan Ukraine Kedua-dua negara ini berada di Benua Eropah Timur. Ukiran tanaman ladang berbentuk dua ekor ikan yang dihasilkan oleh Yaroslav Koziaroy ini adalah sebagai simbolik kepada keselamatan dan usahasama antara dua negara. 7. China dan Nepal Titik tetinggi bumi ini sebenarnya adalah sempadan antarabangsa antara China dan Nepal yang mana ia berada betul-betul di puncak Gunung Everast, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter. 8. Sepanyol dan Portugal Menaiki flying fox dari Sepanyol ke Portugal adalah sesuatu yang baru jika ingin melepasi sempadan. Hal ini demikian, kedua-dua negara berkenaan mempunyai sempadan kurang dari setengah batu panjangnya. Apa yang lebih menarik, perbezaan zon waktu kedua-dua negara ini adalah satu jam. 9. Jerman-Belanda Sempadan negara di dalam bangunan. Itulah keunikan sempadan bagi kedua-dua negara ini. Bahkan di sisi bangunan ini terdapat peti Mel dan polis Jerman, manakala di satu sisi lagi adalah Belanda. 10. Haiti - Republik Dominica Bahagian kiri gambar adalah wilayah negara Haiti, manakala bahagian kanan imej adalah wilayah negara Republik Dominika. Kedua-dua negara kecil ini terletak di pulau yang sama di Caribbean, Amerika Tengah. Keunikan kedua-dua sempadan ini adalah perbezaan hutannya yang mana Haiti (kiri) mempunyai asas tersendiri mengenai penebangan manakala Republik Dominika (kanan) pula sebaliknya. 11. Argentina,Paraguay dan Brazil Sempadan ketiga-tiga negara ini hanyalah dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu. 12. Malaysia - Indonesia Dulu, terdapat sebuah filem berjudul "Tanah Syurga...katanya" yang menunjukkan perbezaan kedua-dua negara ini walaupun hanya bersebelahan. Namun kini, Indonesia juga semakin hari sudah pun kian memaju. Selain itu, terdapat juga rumah dua negara yang betul-betul berada di kedua-dua negara. Kredit Foto : Google 13. Malaysia - Thailand Seperti di Malaysia-Indonesia, Malaysia-Thailand juga mempunyai perbezaan waktu yang mana Malaysia adalah satu jam lebih cepat dari negara sempadannya. Salah satu sempadan Malaysia-Thailand yang begitu sibuk adalah sempadan Bukit Kayu Hitam yang mana menjadi laluan utama dari Malaysia untuk ke Danok dan seterusnya ke Hat Yai. Keberadaan kedua-dua sempadan negara ini adalah bersebelahan sahaja. Selain itu, terdapat banyak lagi sempadan negara yang dikatakan unik dan menarik. Pada pendapat anda, sempadan manakah yang begitu unik dan menarik di mata anda? Atau anda ada pilihan lain? - CARI Sumber: https://www.brilio.net/serius/foto-6-perbatasan-indonesia-dulu-dan-sekarang-berubah-drastis-170330z.html#,https://www.finansialku.com/daerah-perbatasan-terunik-di-luar-negeri/,https://www.zmescience.com/other/great-pics/ready-14-mind-blowing-international-borders-around-world/#4_Norway_8211_Sweden, https://www.youtube.com/watch?v=Yao40O4YhWQ, https://blog.misteraladin.com/7-perbatasan-antar-negara-paling-unik-di-dunia/ |
5
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 19-3-2019 11:59 AM
Malaysia Indonesia tu di Serikin ke TT?
nazzse replied at 19-3-2019 03:52 AM
So yang tinggal sempadan dekat (tak kena rentas sungai etc.) mcm tu kena pakai passport tak?
dekmieDandy replied at 19-3-2019 04:57 AM
kalau kat kelantan tu orang luar dari tempat tu kadang2 bawak je passport utk berjaga2
kalau or ...
ADVERTISEMENT