Kedua-dua negara ini berada di Benua Eropah Timur.
Ukiran tanaman ladang berbentuk dua ekor ikan yang dihasilkan oleh Yaroslav Koziaroy ini adalah sebagai simbolik kepada keselamatan dan usahasama antara dua negara.
Kredit foto:
World Atlas
Titik tetinggi bumi ini sebenarnya adalah sempadan antarabangsa antara China dan Nepal yang mana ia berada betul-betul di puncak Gunung Everast, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter.
8. Sepanyol dan Portugal
Menaiki flying fox dari Sepanyol ke Portugal adalah sesuatu yang baru jika ingin melepasi sempadan. Hal ini demikian, kedua-dua negara berkenaan mempunyai sempadan kurang dari setengah batu panjangnya. Apa yang lebih menarik, perbezaan zon waktu kedua-dua negara ini adalah satu jam.
9. Jerman-Belanda
Kredit Foto:Google
Sempadan negara di dalam bangunan. Itulah keunikan sempadan bagi kedua-dua negara ini. Bahkan di sisi bangunan ini terdapat peti Mel dan polis Jerman, manakala di satu sisi lagi adalah Belanda.
10. Haiti - Republik Dominica
Kredit foto: Google
Bahagian kiri gambar adalah wilayah negara Haiti, manakala bahagian kanan imej adalah wilayah negara Republik Dominika. Kedua-dua negara kecil ini terletak di pulau yang sama di Caribbean, Amerika Tengah.
Keunikan kedua-dua sempadan ini adalah perbezaan hutannya yang mana Haiti (kiri) mempunyai asas tersendiri mengenai penebangan manakala Republik Dominika (kanan) pula sebaliknya.
11. Argentina,Paraguay dan Brazil
Kredit foto: Google
Sempadan ketiga-tiga negara ini hanyalah dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu.
12. Malaysia - Indonesia
Kredit foto: Google
Dulu, terdapat sebuah filem berjudul "Tanah Syurga...katanya" yang menunjukkan perbezaan kedua-dua negara ini walaupun hanya bersebelahan. Namun kini, Indonesia juga semakin hari sudah pun kian memaju.
Kredit foto: Google
Selain itu, terdapat juga rumah dua negara yang betul-betul berada di kedua-dua negara.
Kredit Foto : Google
13. Malaysia - Thailand
Kredit foto: Google
Seperti di Malaysia-Indonesia, Malaysia-Thailand juga mempunyai perbezaan waktu yang mana Malaysia adalah satu jam lebih cepat dari negara sempadannya. Salah satu sempadan Malaysia-Thailand yang begitu sibuk adalah sempadan Bukit Kayu Hitam yang mana menjadi laluan utama dari Malaysia untuk ke Danok dan seterusnya ke Hat Yai.
Keberadaan kedua-dua sempadan negara ini adalah bersebelahan sahaja.
Selain itu, terdapat banyak lagi sempadan negara yang dikatakan unik dan menarik. Pada pendapat anda, sempadan manakah yang begitu unik dan menarik di mata anda? Atau anda ada pilihan lain? - CARI
Sumber: https://www.brilio.net/serius/foto-6-perbatasan-indonesia-dulu-dan-sekarang-berubah-drastis-170330z.html#,https://www.finansialku.com/daerah-perbatasan-terunik-di-luar-negeri/,https://www.zmescience.com/other/great-pics/ready-14-mind-blowing-international-borders-around-world/#4_Norway_8211_Sweden, https://www.youtube.com/watch?v=Yao40O4YhWQ, https://blog.misteraladin.com/7-perbatasan-antar-negara-paling-unik-di-dunia/