CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rayu Sumbangan RM50 Ribu Tampung Kos Saman Kerajaan, Jufazli Dikecam Netizen

23-3-2019 10:22 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9184| Komen: 30|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Jufazli Shi Ahmad (memakai jubah) bersama peguamnya. Kredit foto: Facebook

Selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 22 Mac lalu, aktivis politik yang sentiasa mencetuskan kontroversi, Jufazli Shi Ahmad cuba meraih derma daripada orang ramai untuk menampung kos saman RM2 juta terhadap kerajaan.

Dia sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai tuduhan yang dilemparkannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, strategi Jufazli memohon sumbangan orang ramai sebanyak RM50,000 menerusi media sosial hanya memakan diri kerana dia akhirnya menerima kecaman yang hebat daripada para netizen.

Mereka menyifatkan derma yang disumbangkan kepada Jufazli sebagai membazir serta tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakannya dalam berpolitik.

Kredit foto: Facebook
Ada juga yang berpandangan, Jufazli sengaja mencipta pelbagai kontroversi bagi menarik perhatian kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Dia juga dikatakan pernah menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semata-mata untuk mengambil hati Dr. Mahathir.

Kredit foto: Facebook
Seorang netizen turut menyindir Jufazli kerana berlagak seperti seorang yang berani dalam media sosial sedangkan dia 'meraung' semasa polis menahannya baru-baru ini.

Kredit foto: Facebook


Jufazli turut ditegur kerana sering mencarut dan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan ketika mengkritik pemimpin-pemimpin negara.

Kredit foto: Facebook
Mungkin elok juga Jufazli mengambil kira pandangan sebahagian besar netizen yang memintanya tidak meneruskan tindakan saman sekiranya tidak mampu membiayai kos guaman. -CARI
3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 23-3-2019 02:50 PM
Sendiri cari pasal, sendiri settle la..
banyak lagi insan yg perlu dan patut ditolong.. kau yg pilih jalan provokasi, pandai2 la cari duit.. kau kan kenal ramai top politicians.. minta tolong depa la..
Quote CharlesDera 23-3-2019 03:13 PM
memang tau pun jufazli sotong ni cari makan punya budak......mana berani berilmiah budak ni...sembang sorang hingaq2 nak suruh orang percaya cakap dia....bowdow punya sotong...wakakakakakakakkakakaa

lepaih ni sotong ni akan main isu borneo kuaq Malaysia...hangpa tengok la..wakakakakakakakakakakaka
Quote EvieWanKenobi 23-3-2019 03:25 PM
pelik budak ni..
Quote noor2 23-3-2019 03:28 PM
Anak siapa ni?....kalau aku bapak dia dah lama dah kena budak ni. ...
Quote tikusmontok 23-3-2019 04:30 PM
Meraung mcm sotong
Quote ikanmasin 23-3-2019 08:07 PM
sekuat mana nak melawan polis tu..bebunyi jg kan ketakutan..
Quote onexox97 23-3-2019 08:29 PM
Buat la proposal proper
Nak tengok impak kami derma awak 50k apa kami dapat
Quote tagas 23-3-2019 09:14 PM
nak kena lempang dgn papagomol bapok nih
Quote Umare 23-3-2019 09:33 PM
Dari aku menderma mamat ni,baik aku derma tabung masjid@rumah anak yatim jerr. Insyaallah ada berkat wang derma tu
Quote syaz_lina 23-3-2019 11:02 PM
Tolong lempang budak ni sedas dua..atau biar masuk penjara sebulan dua. Mulut cabul tapi penakut lg nk minta org derma
Quote slavehunter 23-3-2019 11:32 PM
Cuba jangan senang2 minta duit orang?
Quote Orix 23-3-2019 11:50 PM
Whooo r yussssss dekkkkkkk
Quote ultraline 24-3-2019 01:50 AM
Kelakar la.. ade ker umpama orang Berak nak kite basuhh
Quote hussaini4675 24-3-2019 02:40 AM
Loyar dia tak konfiden boleh menang saman kot. Tu pasal la awal2 mintak 50k.
Quote FitzTzif 24-3-2019 02:41 AM
Tiap gila tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok
Quote CiliPadiSedap 24-3-2019 04:37 AM
Akak derma kayu tukul mahkamah boleh x?
Quote 234126 24-3-2019 07:23 AM
Eh tak malunya. Serius sakit otak budak ni. Dah tu kalau menang 2 juta tu nak buat apa duit tu? Joli sakan pastu tayang kat insta berkat bekerja keras? puih

Baik netizen derma 50k tu pada orang hilang keupayaan / cacat kekal tak boleh kerja. Eh tapi orang cacat kekal pun ada yang kerja ok dasar pemalas budak ni.
Quote jalfa 24-3-2019 08:08 AM
Mintak dgn sotong dgn kunyit....kowser raykat marhein nak tolong ko...baik ko merepot dari menyemak
Quote Sham143 24-3-2019 07:34 PM
Menyampah pulak aku tengok...Sumbat aje dalam penjara..Menyusahkan aje..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.203646 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top