CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ayu, Kenapa Terlalu Awal Kau Meninggalkan Aku?"- Kekasih Mangsa Kemalangan Bas Luah Kedukaan

11-4-2019 01:01 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3983| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Jodoh , pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Demikianlah yang terjadi kepada pasangan Hamirul Nizat, 25 dan tunangannya, warga Indonesia , Ayu Zulkarnain 23. 

Kredit foto: Facebook
Ayu yang telah bekerja selama beberapa tahun dengan MAS Kargo adalah antara 12 orang yang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pekerja-pekarja kontrak ke pejabat Mas Kargo Sepang.


Kredit foto: Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku tiga hari lalu itu, bas yang membawa 44 orang pekerja telah terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter mengakibatkan Ayu dan 11 orang pekerja asing lain dan pemandunya warga tempatan meninggal dunia.


Kredit foto: Harian Metro
Berikutan itu, Hamirul Nizat berkongsi kedukaan dalam sebuah posting di Facebook. Menurutnya, mereka berdua telah beberapa tahun berkenalan dan merancang untuk bertunang pada pertangahan tahun ini dan berkahwin pada awal tahun depan. 


Kredit foto: Facebook
Menurutnya lagi, ibu bapanya telah bersedia untuk berjumpa keluarga Ayu di Sei Rempah, Medan bagi merancang pernikahan mereka berdua. Bagaimanapun perancangan itu tidak kesampaian susulan tragedi yang mengorbankan Ayu.


Kredit foto: Facebook
Dalam perkongsiannya, Hamirul meluahkan kedukaannya kerana niatnya untuk mendirikan rumahtangga dengan Ayu telah hancur. Dia juga mengatakan kini  tidak ada kekuatan untuk menempuh hidup bersendirian.

Kredit foto: Facebook
Rata-rata sahabat Hamirul yang membaca perkongsian duka itu memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan salam takziah. Mereka juga barharap Hamirul akan bersabar menempuh dugaan.

Kredit foto: Facebook
Jenazah Ayu dilaporkan telah dibawa pulang ke negara asalnya untuk pengebumian. 

Takziah diucapkan kepada Hamirul dan keluarga Arwah Ayu. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 11-4-2019 01:06 PM
beliau anak yatim piatu ke yang hidup bersendirian gitu?
Quote Sang_Pencinta 11-4-2019 01:25 PM
Ada mak bapak lagi tu, kan dia kata nak bawa parents pegi meminang Jun ni

Tapi dah sedih kekasih meninggal pastilah hidup terasa mcm anak yatimlah
Quote ayyyyangg 11-4-2019 01:41 PM
Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
Quote kookie92 11-4-2019 01:53 PM
Innalillahiwainnailahirojiun
Quote haryatie 11-4-2019 01:57 PM
makwe ninggal boleh cri lain
kalau makayah ninggal confirm yatim piatu ...xde dah pengganti
lagik sedih
Quote CiliPadiSedap 11-4-2019 02:23 PM
Xpe sis vokuru ada. Bisa di jodohin sama mas
Quote Konahhh 11-4-2019 02:30 PM
Innalillah
Quote Kurex 11-4-2019 02:35 PM
Terus teringat dengan minah indon tadi. Berebut q nak beli kuih walhal ada yg dah sampai awal. Dia nak penjual tu perasan dia, dia dok ulang 10 kali "keripap 2 ringgit" sambil letak duit 5 ringgit yg dia genggam atas kuih karipap dalam bekas tu.. Iyukkkk terus aku tak jadi beli.
Member opis aku pun dulu hampir nak minang indon ni, sekali kena tipu. Duit tu habis gitu je kena kikis.
Quote mohdcrow 11-4-2019 03:16 PM
Kurex replied at 11-4-2019 02:35 PM
Terus teringat dengan minah indon tadi. Berebut q nak beli kuih walhal ada yg dah sampai awal. Dia n ...

gua paling benci org berebut giliran camni...ko ingat orang lain beratur kat situ saja2 mengisi masa lapang sambil bersantai santai ke?
Quote EvieWanKenobi 11-4-2019 04:15 PM
manusia mampu merancang..
semoga mas tabah..
Quote Kurex 11-4-2019 04:25 PM
mohdcrow replied at 11-4-2019 03:16 PM
gua paling benci org berebut giliran camni...ko ingat orang lain beratur kat situ saja2 mengisi ma ...

Banyak kali weh.. Aku rasa ni memang budaya sana
Quote khai83 11-4-2019 09:46 PM
Kurex replied at 11-4-2019 02:35 PM
Terus teringat dengan minah indon tadi. Berebut q nak beli kuih walhal ada yg dah sampai awal. Dia n ...

Yekkk.. Orang lain pun nak makan kuih2 tu la
Quote Kurex 11-4-2019 10:04 PM
khai83 replied at 11-4-2019 09:46 PM
Yekkk.. Orang lain pun nak makan kuih2 tu la

Serious weh.. Dekat pasar malam rumah aku pun sama. Orang lain tapi tetap indon. Betina tu dah la datang lambat, seboleh nak menyelit celah ramai org yg tunggu turn. lepas tu mention banyak kali nak kopok lekor 5 ringgit. Sampai tak hirau orang yg datang dulu. Lepas tu letak duit tu atas kopok lekor tu konon dia dah cop dulu. Memang kuno perangai.
Quote mziskandar 12-4-2019 01:15 AM
utk kes ini, aku sngt simpati.
aku percaya pekerja2 yg terlibat dlm kemalangan ini adalah dikalangan org yg baik2.
pergi kerja, balik kerja, berantar, berambik, duk hostel, dgn permit n document n medical checkup yg lengkap.

bukan jenis pendatang yg terlibat dgn pelbagai kesalahan yg sepah2 tu..
Quote am2020 21-6-2019 05:18 PM
indon sama taraf pddk pprt kat malaysia nia..low class
Quote Lengkong 22-6-2019 03:38 PM
Innalillahhiwainnailaihirajiun

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.143845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top