Kalau keluarga dah bagi lampu hijau, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akan bertunang? Wah, cepat betul! Zahirah yang hangat bercinta dengan Aiman memberi bayangan bakal melangkah ke fasa seterusnya memandangkan aktor itu sudah bertemu dengan kedua ibu bapanya. "Bagi saya, kalau keluarga kami merestui hubungan ini dan semuanya berjalan lancar, kami akan berbincang untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang. "Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenainya, tapi dia ada datang bawa keluarga berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya," katanya yang mendedahkan kekasihnya itu mungkin akan mengunjungi keluarganya lagi ketika bulan puasa. Dalam masa sama, Zahirah menjawab persoalan mengenai kemesraan mereka berdua hingga mengundang kontroversi. Menurutnya, dia faham kalau ada pihak kurang senang dengan kemesraan ditonjolkan pasangan romantis itu. "Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang di sekeliling," jelasnya. Benda yang baik tidak elok diperam lama-lama. Baguslah kalau sudah ada niat untuk mengikat tali pertunangan. Semoga semuanya berjalan lancar. - CARI
|
dua_chzy replied at 12-4-2019 01:48 PM
Antara kapel paling akak geli abad ini is deyol. Seperti berlengas muka versi siap gituh.
Acikgomen replied at 12-4-2019 02:01 PM
Pasah sendat dgn edel tuh lagi meloyakan yach
Specially part lambung2 tunang ke udara dan ...
Acikgomen replied at 12-4-2019 02:01 PM
Pasah sendat dgn edel tuh lagi meloyakan yach
Specially part lambung2 tunang ke udara dan ...
violetungu replied at 12-4-2019 05:06 PM
kenapa aku ja yg rasa depa ni xsesuai??? geli nak mati.
ADVERTISEMENT