Kalau keluarga dah bagi lampu hijau, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akan bertunang? Wah, cepat betul!
Zahirah yang hangat bercinta dengan Aiman memberi bayangan bakal melangkah ke fasa seterusnya memandangkan aktor itu sudah bertemu dengan kedua ibu bapanya.
"Bagi saya, kalau keluarga kami merestui hubungan ini dan semuanya berjalan lancar, kami akan berbincang untuk ke fasa seterusnya iaitu bertunang.
"Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenainya, tapi dia ada datang bawa keluarga berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya," katanya yang mendedahkan kekasihnya itu mungkin akan mengunjungi keluarganya lagi ketika bulan puasa.
Dalam masa sama, Zahirah menjawab persoalan mengenai kemesraan mereka berdua hingga mengundang kontroversi.
Menurutnya, dia faham kalau ada pihak kurang senang dengan kemesraan ditonjolkan pasangan romantis itu.
"Realitinya, kami bukanlah jenis yang berkepit. Kami masih menghormati orang di sekeliling," jelasnya.
Kredit foto: IG Zahirah MacWilson
Benda yang baik tidak elok diperam lama-lama. Baguslah kalau sudah ada niat untuk mengikat tali pertunangan. Semoga semuanya berjalan lancar. - CARI |