Disangka kejadian buruk berlaku ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika, rupa-rupanya kanak-kanak yang dilaporkan hilang sebelum ini berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Bernama melaporkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu tertidur dalam sebuah bas sekolah. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, "Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut. "Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai." "Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.
Bas yang dinaiki kanak kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang," tambahnya. Sumber menambah, guru pengiring ada membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Namun setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira jumlah pelajar yang keluar dari bas. "Kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Kira-kira pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas. "Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai." Pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak kanak itu tertidur di kerusi bas. -CARI
|
eetodee replied at 18-4-2019 12:21 PM
lamanya budak tuh tido.
gaara_X replied at 18-4-2019 12:23 PM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...
chinta89 replied at 18-4-2019 12:16 PM
Ya Allah lamanya ko tetido dik... Nasib baik bukan kereta tertutup, x psl2 mati lemas...
sukacactus replied at 18-4-2019 01:00 PM
Penat sungguh budak tu pergi hari sukan
Rasa2nya masa ditemui tu pun masih nyenyak tido lg
gaara_X replied at 18-4-2019 11:23 AM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...
ADVERTISEMENT