CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga RON95 Mungkin Diapung, Tiada Lagi Had Siling

24-4-2019 11:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4025| Komen: 34|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Motor Trader

Kerajaan mungkin tidak lagi menguatkuasakan harga siling untuk petrol RON95 apabila pemberian subsidi minyak yang dihadkan hanya kepada para penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dilaksanakan.

Memetik laporan The Star Online pada 23 April, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan oleh Kabinet.

"Kita juga akan memutuskan sama ada subsidi bersasar akan berdasarkan harga siling sedia ada atau mengikut sistem apungan harga," jelasnya.

Saifuddin Nasution Ismail. Kredit foto: Facebook



Pada Februari lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga siling petron RON95 ditetapkan pada RM2.08 dengan tanpa mengambil kira kenaikan harga minyak dunia.

Harga minyak semasa di Malaysia. Kredit foto: CompareHero


Saifuddin menambah, kementeriannya bercadang untuk menggunakan data BSH untuk menentukan jumlah individu yang layak menerima subsidi petrol.

Menurut beliau, masalah yang dihadapi adalah kira-kira 10 peratus daripada penerima BSH terutamanya di kawasan luar bandar tidak mempunyai akaun bank.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berbincang dengan beberapa bank bagi membantu golongan berkenaan membuka akaun.

Saifuddin memberitahu, jika kaedah tersebut berhasil, ia akan diperluaskan untuk pemberian subsidi barangan lain seperti minyak masak dan tepung.

Nampak gayanya memang tiada harapan untuk melihat harga minyak diturunkan kepada RM1.50 seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 24-4-2019 11:41 AM
mahacai bodoh mmg tak masuk sini
Quote pakupayung21 24-4-2019 11:48 AM
adoi la..ketahian betoi
Quote Cicisweets 24-4-2019 11:48 AM
Tread ni mmg supercai tak kan masuk la
Quote sambaldurian 24-4-2019 11:53 AM
Nk apply bsh pun bkn sng, bnyk stage. Last2, klu org jenis mls, mmg x g apply la. Hadap le nk g turun naik lhdn nnti. Sori i terpaksa use this word takut "mcm pengemis" dibuatnya. Terpaksala pura2 jd org kaya, x hadap duit bsh.
Quote pokaibanktokyo 24-4-2019 11:57 AM
Baguuuussss
Quote arnauld 24-4-2019 12:02 PM
Ehhh bkn dah berjaya stabilkan harga minyak ker hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha Dari 1.50 Pindah gol ker stabilkan harga minyak, LPs Pindah gol lagi ker tak stabilkan pulak...dasar kerajaan keberet mmg cam Ni hahaha hahaha hahaha hahaha
Quote True-X 24-4-2019 12:05 PM
HAHAHAHAHAHAHAHA

melingkup la PH... AMINNNN
Quote hussaini4675 24-4-2019 12:10 PM
Rafizi dah masuk dalam gua batu belah batu bertangkup sebab malu kantoi menipu
Quote badaksumbu 24-4-2019 12:11 PM
tak sanggup dah nak keluar duit utk menten rm2.08 seliter?

masa harga minyak dunia jatuh hari tu blh la korang sembang kencang sbb subsidi tak byk mn. sekarang rasain lorrrrr

Quote badaksumbu 24-4-2019 12:14 PM
lps ni boleh la guna alasan biasa. salahkan rakyat sbb isi ron 95 byk2, subsidi minyak negara jd byk

Quote dino 24-4-2019 12:15 PM
arnauld replied at 24-4-2019 12:02 PM
Ehhh bkn dah berjaya stabilkan harga minyak ker hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha Dari 1.50 Pindah  ...

otak tak stabil ade hati nak stabilkan harga minyak haha
Quote dino 24-4-2019 12:16 PM
Cicisweets replied at 24-4-2019 11:48 AM
Tread ni mmg supercai tak kan masuk la

supercai akan kata slh najib haha
Quote baghal_bortuqal 24-4-2019 12:55 PM
badaksumbu replied at 24-4-2019 12:11 PM
tak sanggup dah nak keluar duit utk menten rm2.08 seliter?

masa harga minyak dunia jatuh hari tu  ...

Gila chest thumping kot Masa tu. Harga menten Tak Kira harga pasaran donia.


Wak luuuuuu
Quote sue_0684 24-4-2019 02:01 PM
mengencing sama je ph ni.
Quote tagas 24-4-2019 03:27 PM
Rafizi boyak mane ko punye formula minyak turun
Quote hussaini4675 24-4-2019 03:32 PM
tagas replied at 24-4-2019 03:27 PM
Rafizi boyak mane ko punye formula minyak turun

Boyak... Lama tak dengar perkataan tu
Quote GigaMom 25-4-2019 08:43 AM
Bagi caj lebih je pd org2 asing nk isi minyak smtara korang cari kaedah lbh baik
Drpd manjang ambil jln singkat,semua nk dinaikkn
Petrol 150? Dlm mimpi pun x dpt
Quote wunan88 25-4-2019 08:45 AM
ph suck...menang atas dasar kencing rakyat
Quote Simunggu 25-4-2019 10:17 AM
Tahniah kepada pengundi PH..jasa anda dikenang...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.115944 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top