CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Sabar Nak Kahwin!" - Ain Edruce Nak 20 Anak, Larat Ke Tu?

26-4-2019 11:29 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12567| Komen: 63|Original author: Oleh: LilRose

Ain Edruce teruja dan tidak sabar untuk membina rumah tangga dengan kekasih hati, Amirul Hafiz memandangkan dia kini menjangkau usia 28 tahun.


Kredit foto: IG Ain Edruce


Katanya seperti dipetik daripada mStar Online, ianya masa yang ideal untuknya membina mahligai.

"Saya nak anak 20 orang, jadi masa itu sudah cantik," katanya kepada mStar.

Wah, 20 cahaya mata yang disasarkannya! Larat ke tu?

Bercerita mengenai kisah cintainya, Ain menjelaskan dia enggan berkongsi foto kekasih di laman sosial kerana bimbang perhubungan terkandas di tengah jalan.



"Hampir satu tahun kami berkenalan, bukan tidak mahu berkongsi bersama peminat cuma saya enggan kecoh mengenai hubungan kami.

"Tapi, saya ada saja berkongsi mengenai Amirul di laman Youtube dan peminat suka melihat keserasian antara kami," ujarnya yang mendedahkan peminat tidak sabar menunggu mereka menamatkan zaman bujang.

Ain dalam masa sama menafikan 'marketnya' jatuh apabila dirisik, sebaliknya dia menganggap ia sebagai rezeki.



"Alhamdulillah, rezeki semakin banyak yang masuk. Saya rasa tak sabar nak kahwin!" ujarnya teruja.



Wah, semoga semuanya berjalan lancar ya. Tak sabar juga nak lihat Ain Edruce dikelilingi 20 cahaya mata! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gummiebear 26-4-2019 12:43 PM
Tahniah Ain.

Amboi 20 orang ye.. larat ke sis? Apakata cuba sorang dulu

Apa2 hal kawen dulu lah baru cite pasal anak eheh
Quote tagas 26-4-2019 12:44 PM
bingit la minah ni

main pun bising
Quote kokocrunch 26-4-2019 01:02 PM

Tahniah Ain.
Quote hunters 26-4-2019 01:02 PM
sembang cm senang nk dpt anak..kawin dlu bru sembang..igt semudah abc agknya
Quote Cookingholic 26-4-2019 01:13 PM
Takpaham ayat dia yg ni:
"Saya nak anak 20 orang, jadi masa itu sudah cantik," katanya kepada mStar.

Btw 20 anak? Harap chuols sempat produce sebelum masuk fasa menopous

Quote apedehal 26-4-2019 01:15 PM
huhuhu... kalau nak 20 ank kawinla dgn org kaya yach ain amek maid.. ko jgn expect laki ko nak care pulak anak berdozen tu...silap2 kelahi laki bini sbb anak2 sbb kekangan kewangan
Quote gopal 26-4-2019 01:29 PM
dptkn anak sorang dulu dikkk..kdg2 nk dptkan anak pon susah...dah dpt anak sorang..try dpt 2 plak...bagi jarak dekat skit cam 2-3thn...tunggu depa dh pandai gado...dah pandai perang,...mase tu ko pikir balik betol ke ko nak anak 20org..opss lupa..kalau bole ade syarat tambahan which ko takde maid..hahahahhaha
Quote flyzpiz 26-4-2019 01:30 PM
nak kata sheolsss kuat main ke?apooooo
Quote Sazida 26-4-2019 01:39 PM
kemainn nk 20 anak. Xsempat nk ketat lorong mutiara dh beranak lg. Cukup 20, kereta api tanah melayu boleh buat uturn.
Quote Mamidingdong 26-4-2019 01:43 PM
kecoh la dia ni
Quote SherryZass 26-4-2019 01:46 PM
Kawen lepastu beranak sorang dulu, rasai pengalaman jadi mak bapak dulu. Nanti lepastu boleh lah decide nak berapa anak
Quote inspektoremos21 26-4-2019 01:54 PM
apedehal replied at 26-4-2019 01:15 PM
huhuhu... kalau nak 20 ank kawinla dgn org kaya yach ain amek maid.. ko jgn expect laki ko nak care  ...

Mmg tunang ain tu org kaya kan.. businessman kot rasanya. Tu yg tak sabar2 nak kahwin takut melepas hahaha
Quote didinfriends 26-4-2019 02:09 PM
Ntah2 pregnant anak first pun dah separuh mati. Sembang je. Rasa dulu.
Quote kikiharris 26-4-2019 02:30 PM
Retis ni kalau bercakap mmg jarang guna otak ke mcmana.
Quote ahd_naa 26-4-2019 02:50 PM
muka sama...semoga berjodohan hingga akhiran.
Quote mixed 26-4-2019 03:10 PM
gedik ny blm NIKAH lg dah bercite psl anak

nikah dulu tgk la klu ada rezeki dpt bunting pelamin cam elbulu
br sembang nak anak 20 org  
Quote EvieWanKenobi 26-4-2019 03:14 PM
tingginya cita2..
Quote cikatilia 26-4-2019 05:00 PM
lols
kawin dulu hadap mertua ipar duai dulu pastu kerja2 umah and if laki pemalas
baru tgk ada anak 1 1 1
Quote gideoncross 26-4-2019 06:39 PM
Dh mcm machine d buatnya.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049627 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top