Ain Edruce teruja dan tidak sabar untuk membina rumah tangga dengan kekasih hati, Amirul Hafiz memandangkan dia kini menjangkau usia 28 tahun.
Kredit foto: IG Ain Edruce
Katanya seperti dipetik daripada mStar Online, ianya masa yang ideal untuknya membina mahligai.
"Saya nak anak 20 orang, jadi masa itu sudah cantik," katanya kepada mStar.
Wah, 20 cahaya mata yang disasarkannya! Larat ke tu?
Bercerita mengenai kisah cintainya, Ain menjelaskan dia enggan berkongsi foto kekasih di laman sosial kerana bimbang perhubungan terkandas di tengah jalan.
"Hampir satu tahun kami berkenalan, bukan tidak mahu berkongsi bersama peminat cuma saya enggan kecoh mengenai hubungan kami.
"Tapi, saya ada saja berkongsi mengenai Amirul di laman Youtube dan peminat suka melihat keserasian antara kami," ujarnya yang mendedahkan peminat tidak sabar menunggu mereka menamatkan zaman bujang.
Ain dalam masa sama menafikan 'marketnya' jatuh apabila dirisik, sebaliknya dia menganggap ia sebagai rezeki.
"Alhamdulillah, rezeki semakin banyak yang masuk. Saya rasa tak sabar nak kahwin!" ujarnya teruja.
Wah, semoga semuanya berjalan lancar ya. Tak sabar juga nak lihat Ain Edruce dikelilingi 20 cahaya mata! - CARI
|