Seorang doktor rakyat Malaysia, Dr. Christopher Kwan Chen Lee yang bekerja di sebuah hospital di Australia digantung tugas kerana memberi komen tidak senonoh terhadap wanita dan berbaur perkauman dalam media sosial. Memetik laporan Coconuts KL pada 29 April, dia didakwa membuat kenyataan seperti "wanita memang patut dirogol" menerusi forum dalam talian yang popular di Singapura, Hardwarezone. Christopher yang menggunakan nama samaran 'nachtsider' juga dikatakan pernah menghina mangsa-mangsa tsunami di Indonesia dengan menulis "jangan buang masa membantu bangsa yang tidak mengenang budi itu." Dia turut didakwa pernah menyifatkan wanita Singapura sebagai "golongan paling materialistik, manja dan pentingkan diri yang pernah ditemui" manakala wanita Cina pula dianggap sebagai "haiwan yang licik dan tidak berhati perut." Netizen yang membantah perbuatan biadab Christopher itu meluahkan kemarahan mereka dalam laman Facebook Eastern Health iaitu hospital di mana dia bekerja. Eastern Health dalam satu kenyataan memberitahu, Christopher tidak akan kembali bertugas di hospital itu sehingga siasatan terhadapnya selesai. "Kami ingin memaklumkan bahawa Eastern Health memandang serius terhadap isu kelakuan tidak profesional ini," jelas Eastern Health. Selepas disiasat oleh Tribunal Pengamal Perubatan (Tasmania), Christopher digantung tugas selama enam minggu dan hukuman itu berkuat kuasa untuk semua hospital di Australia. Harap Christopher tidak diambil bekerja di Malaysia pula kerana sikap biadabnya itu dikhuatiri boleh mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat. -CARI
|
Aerhys replied at 30-4-2019 06:09 PM
I salute the justice system in australia. Sementara itu di sebuah negara "islam" seperti malaysia, m ...
airmineral replied at 30-4-2019 07:12 PM
Meminta sangat ayat2 dia tu
Camana la dia ni treat patient dia
Adakah double standard ?
CharlesDera replied at 30-4-2019 07:26 PM
report la polis....dengan hang2 sekali kita angkut..hang pun ada ja mempertikai agama orang len... ...
Aerhys replied at 30-4-2019 08:18 PM
Bila masa pula saya mempertikaikan agama lain? Mengutarakan pendapat dan mengkritik dgn konstrukti ...
CharlesDera replied at 30-4-2019 08:24 PM
konstruktif? pi report polis...semua komen polis siasast...hang punya komen ja dah banyak pertikai ...
Aerhys replied at 30-4-2019 08:29 PM
Tak ada masa nak melayan komen kamu lah. Selama ini saya diam sahaja tapi kamu ni semakin melampau ...
honeybee1802 replied at 30-4-2019 08:33 PM
Mcm dr psycho ja mamat neh... Elok la dikurung...
ADVERTISEMENT