Christopher Kwan Chen Lee digantung tugas kerana memberi komen tidak senonoh dalam media sosial. Kredit foto: Coconuts KL
Seorang doktor rakyat Malaysia, Dr. Christopher Kwan Chen Lee yang bekerja di sebuah hospital di Australia digantung tugas kerana memberi komen tidak senonoh terhadap wanita dan berbaur perkauman dalam media sosial.
Memetik laporan Coconuts KL pada 29 April, dia didakwa membuat kenyataan seperti "wanita memang patut dirogol" menerusi forum dalam talian yang popular di Singapura, Hardwarezone.
Christopher yang menggunakan nama samaran 'nachtsider' juga dikatakan pernah menghina mangsa-mangsa tsunami di Indonesia dengan menulis "jangan buang masa membantu bangsa yang tidak mengenang budi itu."
Christopher menggunakan nama samaran 'nachtsider' semasa menulis komen dalam forum Hardwarezone. Kredit foto: Carian Google
Dia turut didakwa pernah menyifatkan wanita Singapura sebagai "golongan paling materialistik, manja dan pentingkan diri yang pernah ditemui" manakala wanita Cina pula dianggap sebagai "haiwan yang licik dan tidak berhati perut."
Netizen yang membantah perbuatan biadab Christopher itu meluahkan kemarahan mereka dalam laman Facebook Eastern Health iaitu hospital di mana dia bekerja.
Komen netizen dalam laman Facebook Eastern Health. Kredit foto: Coconuts KL
Eastern Health dalam satu kenyataan memberitahu, Christopher tidak akan kembali bertugas di hospital itu sehingga siasatan terhadapnya selesai.
"Kami ingin memaklumkan bahawa Eastern Health memandang serius terhadap isu kelakuan tidak profesional ini," jelas Eastern Health.
Selepas disiasat oleh Tribunal Pengamal Perubatan (Tasmania), Christopher digantung tugas selama enam minggu dan hukuman itu berkuat kuasa untuk semua hospital di Australia.
Keputusan Tribunal Pengamal Perubatan (Tasmania) yang menggantung tugas Christopher selama enam minggu. Kredit foto: Bill Madden's Wordpress
Harap Christopher tidak diambil bekerja di Malaysia pula kerana sikap biadabnya itu dikhuatiri boleh mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat. -CARI |