CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Negeri Kelantan Arah Tutup Kedai Makan Semasa Solat Tarawih

7-5-2019 10:23 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3157| Komen: 12|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Carian Google


Semua kedai makan dan restoran di Kelantan diarahkan untuk menutup premis atau menghentikan sementara operasi masing-masing mulai jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Arahan itu dikeluarkan melalui surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang dikongsikan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam laman Facebook miliknya pada 6 Mei.

Menurut surat berkenaan, arahan itu dikuatkuasakan serta-merta bagi menghormati Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.


Surat arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. 

Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh berkata, beliau berharap dan berdoa agar arahan tersebut ditarik balik.

"Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadan yang penuh berkat. Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadan wajar digalakkan, bukan dihalang," katanya.

Beliau berpandangan, umat Islam digalakkan untuk menguruskan masa masing-masing dengan bijak untuk melakukan ibadah khusus dengan berpandukan sunnah Rasulullah SAW sepanjang Ramadan.

Arahan itu berniat baik, cuma mungkin menimbulkan kesulitan kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang bergantung kepada kunjungan pelanggan pada waktu malam kerana premis mereka ditutup pada waktu siang. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 7-5-2019 12:11 PM
Tak abis abis Pas parti kafir lahanat nak menyusahkan orang Islam
Quote Artemesiaa 7-5-2019 01:13 PM
Asalan tak berapa kukuh untuk buat peraturan sebegitu
Quote Sham143 7-5-2019 01:26 PM
Penyewa kena minta la freeze sewa sebulan dgn pemilik bangunan..Hi..hi..
Quote Sazida 7-5-2019 02:12 PM
Woi kalau tutup xmerasa lah aku colek kerang colek perut rojak buah segala tu.
Quote nazzse 7-5-2019 02:13 PM
Melampau..terawih 8 rakaat org dah cabut, pkul 10 baru boleh makan..nonsense

Saja nak suruh rakyat makin berpenyakit makan lewat malam
Quote mohdcrow 7-5-2019 03:31 PM
kalau tak lepak kedai makan, boleh jer berpiknik tempat lain
Quote eyansss 7-5-2019 04:05 PM
bodo much?  hahaha...  talibanisasi semakin teruk menular kat klate...  mengong weih...
Quote BoongaKertas 7-5-2019 04:14 PM
ok, i might be not that pious laa kan, tp bukan ke solat terawih 8 rakaat tu habis dlm masa 30mins jer? weh, ape ni nak makan kenot???
Quote DaisyD 8-5-2019 06:14 AM
Elok biarkan je seminggu tutup, tengok penuh tak penuh masjid tu. Nak tanya, fastfood chain, kedai dalam mall pun berani ke suruh tutup?
Quote rickray 8-5-2019 01:06 PM
DaisyD replied at 8-5-2019 06:14 AM
Elok biarkan je seminggu tutup, tengok penuh tak penuh masjid tu. Nak tanya, fastfood chain, kedai d ...

Mestilah tutup. Sekarang setiap Jumaat semua fast food, shopping complex pun tutup 2 jam
Quote ais_kosong 9-5-2019 07:22 AM
bagi aku tak patut nak sekat rezeki orang macam tu.
Kot nak ajak orang terawih pun xperlu la tutup periuk nasi orang lain.
Quote Ina8895 10-7-2019 03:05 AM
Biar le orang nak meniaga

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.052584 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top