CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Bajet RM10 Tapi Habis RM30" - Bagaimana Tahan Godaan Di Bazar Ramadan?

9-5-2019 03:35 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5200| Komen: 30|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Bazar Ramadan menjadi tumpuan pengunjung yang mencari juadah untuk berbuka puasa. Kredit foto: Selangorkini



Bazar Ramadan yang menawarkan beraneka juadah untuk berbuka puasa sememangnya menjadi godaan yang sangat besar kepada para pengunjungnya.

Dalam keadaan lapar dan dahaga, semua makanan dan minuman yang ditawarkan nampak menggiurkan belaka.

Sehubungan itu, Persatuan Dietitian Malaysia berkongsi tips melalui laman sesawangnya tentang cara menangani godaan bazar Ramadan.

1. Beli hanya dari satu gerai pada setiap kunjungan

Walaupun terdapat banyak makanan yang ingin dicuba dari pelbagai gerai, pengunjung seharusnya mengawal diri dengan membeli hanya satu atau dua jenis makanan dari sesebuah gerai setiap hari.


Tidak perlu membawa wang yang banyak ketika mengunjungi bazar Ramadan. Kredit foto: Malay Mail


2. Kawal perbelanjaan anda

Bawa wang dalam jumlah yang terhad untuk membeli makanan dan minuman. Mungkin RM10 sehari sudah memadai.

3. Bakar kalori semasa meronda di bazar

Berjalanlah dari satu hujung bazar Ramadan ke hujung yang lain sebelum membuat keputusan makanan apakah yang ingin dibeli. Anda boleh membakar sekurang-kurangnya 100 kalori dengan melakukan aktiviti ini.

4. Dengarlah bisikan tubuh anda

Makan perlahan-lahan semasa berbuka, nikmati setiap kunyahan dan berhenti apabila anda tidak lagi berasa lapar. Makan sedikit snek kemudian apabila anda terasa lapar semula.

Memakan kurma merupakan cara terbaik untuk memulihkan kadar glukosa dalam tubuh yang rendah semasa berpuasa. Kredit foto: Carian Google


5. Kurma makanan terbaik untuk berbuka

Makanan yang kaya dengan karbohidrat dan manis adalah yang terbaik. Kuih manis seperti kuih lapis dan seri muka juga merupakan pilihan yang baik untuk mengembalikan glukosa dalam badan namun perlu dikawal kuantiti yang dimakan.

Hayatilah falsafah kesederhanaan yang ditekankan melalui ibadah puasa dengan tidak makan secara berlebihan sewaktu berbuka. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 9-5-2019 03:40 PM
Rm10 mne cukup.rm15 ke rm20 bru cukup
Mknn mne ada yg murah.lain la kalau beli kuih je
Ai beli nasi+air dh lebih rm10
Quote CARI-MAMS 9-5-2019 03:44 PM
tu la air balang pun skrg dah mhl mcm nasi haha
Quote matchstick 9-5-2019 03:45 PM
Dgn keadaan jem skrg ni bazaar ramadhan serdang tu terasa jauh tp itu je lah yg ada pun..so kalo pegi sana setakat beli nasi sebungkus rasa x berbaloi. Sbb tu lah tahun ni aku blom jejak kaki ke bazar
Quote ali2810 9-5-2019 04:39 PM
Salam Ramadhan
Quote Artemesiaa 9-5-2019 05:14 PM
Tetapkan dulu apa nak beli sebelum kesana, kalau dah sampai sana baru nak pilih kebarangkalian nak terlebih belanja amat besar sekali
Quote EvieWanKenobi 9-5-2019 05:42 PM
harga mahal..
kualiti hazab..
boleh makan waktu berbuka je..
Quote mohdcrow 9-5-2019 06:59 PM
Takyah g bazar...beli jer kat gerai2 tepi jalan yg berdekatan dgn rumah atau otw dr tempat kerja ke rumah...target apa nak beli dan beli itu jer...set dalam otak bukak puasa makan sikit jer dah kenyang...takyah beli air manis...minum air sejuk kosong dalam peti dah...lebih sihat
Quote noraidil_06 9-5-2019 07:28 PM
hasniey: Rm10 mne cukup.rm15 ke rm20 bru cukupMknn mne ada yg murah.lain la kalau beli kuih jeAi beli nasi+air dh lebih rm10

Jgn la beli air uols. Habis tak air tu?
Quote salmon-suki 9-5-2019 07:32 PM
Artemesiaa: Tetapkan dulu apa nak beli sebelum kesana, kalau dah sampai sana baru nak pilih kebarangkalian nak terlebih belanja amat besar sekali

yang ni sy setuju..so far sy blnje paling byk pn rm11 je..ckup laa dpt nasi sebungkus ngn air..xpun kuih sikit..hihi
Quote hasniey 9-5-2019 08:04 PM
noraidil_06 replied at 9-5-2019 07:28 PM
Jgn la beli air uols. Habis tak air tu?

Abes.air abes dulu.kdg2 air je 2 bungkus.cmno tu
Quote buapakperut 9-5-2019 08:27 PM
bisikan tubuh..teringat yusuff thaiyoob
Quote ikanmasin 9-5-2019 08:51 PM
mana lah ckp rm10 tu..dah lah peniaga jual makanan ke minuman
rm4 lah rm5 lah.air pun sama..kene beli bergilir2 la .bole gitu..ari ni beli 1 jenis
kedai yg ini.esok nya beli kat kedai sebelah pl..rasanya mcm susah kan..tak bole
control nafsu mata jg..plg senang tak pyh dtg param..jimat lah
Quote noraidil_06 9-5-2019 09:15 PM
hasniey replied at 9-5-2019 08:04 PM
Abes.air abes dulu.kdg2 air je 2 bungkus.cmno tu

Alamak. Ok ok. Belilah.hehhehe
Quote Pink_Purple 9-5-2019 10:42 PM
rm10 boleh beli apa je,
semua mahal
Quote orkid_amani 9-5-2019 10:46 PM
Taktau NAK Beli APA kat bazar. Sebab harga bazar dgn Pasar Malam jauh gila malaih..mkn kat kedai yg selalu biasa Mkn ja. Puaih Hati. Nasi&air xsampai rm10
Quote lee_sakura 10-5-2019 07:50 AM
xde nilai dh rm10 kalo nk beli makanan skrg ni
Quote acikhan 10-5-2019 09:19 AM
Semalam laki haku blik keje beli roti John da rm5 n air mangga rm3 total rm8...balik umah bergaduh abg adik coz ayah nyer beli satu je roti John...pas nie kene beli 2 la...
Quote fifie_olin 10-5-2019 11:52 AM
bajet rm10...ko bwk je la rm10
konpem under bajet
Quote hasniey 10-5-2019 12:43 PM
fifie_olin replied at 10-5-2019 11:52 AM
bajet rm10...ko bwk je la rm10
konpem under bajet

Aah mmg kene buat cmni klau nk jimat.xcukup duit xde la beli lebih kan.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037724 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top