CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

David Beckham Tak Dibenar Memandu, Lesen Digantung Enam Bulan!

11-5-2019 03:59 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4028| Komen: 13|Original author: Nia M

Kalau ditanya, pasti tiada siapa yang tak pernah menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kadang-kala pasti ada keperluan mendesak seperti perlu membuat panggilan dan memeriksa mesej penting. Betul kan?

Kredit foto: essex police


Begitulah adatnya. Walau apa pun alasan kita sebagai pemandu, yang salah tetap salah. Memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Tetapi di Malaysia, masih belum ada tindakan apa-apa, benar? 

Namun begitu, di United Kingdom, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dipandang sebagai kesalahan yang serius dan boleh dikenakan 6 mata penalti serta denda 200 pound sterling. 

Itulah yang menimpa bekas pemain bola sepak antarabangsa tersohor, David Beckham apabila menggunakan telefon bimbitnya semasa memandu. 

Kredit foto: IG



Kejadian ini berlaku sekitar November tahun lalu, dan foto David dirakam oleh orang awam. Sewaktu itu, David dilihat sedang tunduk memandang ke ribanya sewaktu memandu kereta. 

David mendakwa, walaupun dia sebenarnya tidak mengingati sekiranya dia ada menggunakan telefon bimbit pada tarikh berkenaan seperti didakwa, tetapi dia memilih untuk mengaku bersalah sahaja. 

Kredit foto: IG


Akibat daripada itu, David terpaksa membayar denda sebanyak 750 pound sterling, dan dikenakan penalti pada lesen memandunya sebanyak 6 mata. David sebelum ini sudah pun dikenakan 6 mata penalti  ke atas lesen memandunya akibat kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan. 

Total 12 mata penalti yang terkumpul sekaligus mengakibatkan lesen memandunya digantung selama 6 bulan mengikut undang-undang Britain.

Kredit foto: IG


David sering memandu keretanya setiap hari untuk mengambil dan menghantar pulang anak-anaknya dari sekolah. Nampaknya, terpaksalah 
orang lain pula mengambil alih tugasnya dalam tempoh itu.  Apa pendapat anda, wajar atau tidak wajar lesennya digantung? - CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 11-5-2019 08:00 PM
Loo kesiannyaa
Quote armin 11-5-2019 08:50 PM
Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. Tak paham iols
Quote lattehazelnut 12-5-2019 12:35 AM
armin: Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. T ...

Kete sport car bg driver drive?
Quote buapakperut 12-5-2019 05:42 AM
takpe iols boleh hantarkan...
Quote Tas123 12-5-2019 12:56 PM
Sistem buat duit paling syok, masyuk dan paling canggih abad ini. Boleh dapat pendapatan harian, mingguan dan bulanan. Peluang menang hadiah hebat-hebat. Jom join saya buat duit sama-sama sekarang juga! https://duitcloud.com/?id=tas123
Quote Tas123 12-5-2019 12:56 PM
Sistem buat duit paling syok, masyuk dan paling canggih abad ini. Boleh dapat pendapatan harian, mingguan dan bulanan. Peluang menang hadiah hebat-hebat. Jom join saya buat duit sama-sama sekarang juga! https://duitcloud.com/?id=tas123
Quote vee_zara 12-5-2019 10:02 PM
armin: Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp takde driver asyik kena tangkap drive masa mabuk. T ...
typical meleis kaya mmg le fikir cam ko. Naik alphard takpun vellfire. Baru cukup syarat utk jd org kaya kat malaysia.
Quote Mfzg89 13-5-2019 09:22 AM
armin replied at 11-5-2019 08:50 PM
Kaya2 pun takde driver ke. Kalau iols tak kuasa nak drive ni. Artis2 hollywood pun mcm tu. Kaya tp t ...

dia bekam maa bkn vida & alip sukri..takat keta bekam drive sendiri jelaa..dia bayor pilot je utk bawak flight dia...
Quote Artemesiaa 13-5-2019 12:58 PM
Apa susah duit banyak mampu je nak bayar driver lagi pun enam bulan je bukannya lama sangat
Quote palmolive 13-5-2019 04:22 PM
nak drive sambil tengok henset mai la drive kat malaysia..
lagi pulak ko org pemes..saper berani nak tegur
Quote keds 11-6-2019 02:07 PM
upah jela driver....  grab pun ada
Quote AvengersPanther 17-6-2019 10:19 AM
Beckham.... u so awesomeeeee huhu
Quote iolss 17-6-2019 05:13 PM

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036628 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top