CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Pecutan Amal 10 Malam Terakhir Ramadan, Jom Iktikaf Di Masjid

24-5-2019 04:43 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2600| Komen: 7|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Membaca al-Quran merupakan salah satu amalan yang boleh dilakukan ketika beriktikaf. Kredit foto: Suara Muslim


Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya beriktikaf di dalam masjid sepanjang 10 bulan terakhir bulan Ramadan di mana fadilatnya lebih banyak berbanding hari-hari yang lain.

Bagi mereka yang ingin melakukannya, berikut adalah perkara-perkara berkaitan iktikaf seperti dipetik daripada risalah Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1. Syarat sah
Islam, berakal, tidak berjunub serta bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

2. Niat
Tidak sah iktikaf jika tidak dimulakan dengan niat.

Iktikaf mesti dilakukan di masjid. Kredit foto: Tanwir.my


3. Masjid
Iktikaf mesti dilakukan di masjid.

4. Waktu bermula iktikaf
Sesiapa yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari hari ke-20 Ramadan.

5. Waktu berakhir iktikaf
Selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan.

6. Perkara yang membatalkan iktikaf
Keluar daripada masjid tanpa hajat dengan sengaja, murtad, hilang akal kerana gila atau mabuk, datang haid atau nifas dan jimak.

7. Perkara yang sunat dilakukan
Solat sunat serta membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa. Begitu juga dengan menghadiri majlis ilmu dan membaca kitab hadis, tafsir dan sirah Nabi SAW.

8. Perkara yang harus dilakukan
Keluar dari masjid kerana hajat, mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit, mandi, memotong rambut atau kuku, memakai pakaian yang bersih dan berwangi-wangian.

Semoga kita semua bertemu dengan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. - CARI

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seluarmerah 25-5-2019 05:43 AM
InsyaAllah.. Semoga kita semua diberi Hidayah oleh nya untuk bersama sama beriktikaf di masjid
Quote dramaking007 25-5-2019 05:56 AM
smg dimakbulkan semua doa sepanjang ramadhan ini aamin
Quote RatuDunia94 25-5-2019 12:47 PM
10 mlm terakhir ni biasanya org pecut nk siapkan tempahan kuih or baju raya.. haha
Quote Foxey 25-5-2019 02:57 PM
Sedih kerana tak mampu nak beriktikaf di masjid tahun ni atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan.
Quote gelongbilal 25-5-2019 10:41 PM
Semoga Allah terima amalan2 kita semua.
Quote Lelaputra 26-5-2019 01:11 PM
gelongbilal replied at 25-5-2019 10:41 PM
Semoga Allah terima amalan2 kita semua.

Amin Ya Rabbalalamin
Quote Ina8895 10-7-2019 02:39 AM
Amin. Semoga beroleh keberkatan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.104703 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top